Fitnah “Membunuh” Silaturrahim

Assalamualaikum semua kepada semua pembaca confession. Terima kasih jika penulisan aku ini terpilih untuk disiarkan. Aku doakan semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sepanjang musim PKP ni.

Dekat sini aku ingin kongsi satu cerita/kisah yang berlaku dalam family aku sendiri supaya cerita ini menjadi pengajaran untuk semua.

Cukuplah aku kenalkan diri aku sebagai Z. Dekat sini aku nak ceritakan situasi fitnah yang berlaku dalam family aku yang mana fitnah itu telah berlaku lebih 10 tahun.

Fitnah ini berlaku kepada mak dan ayah aku yang mana semakin lama semakin menjadi-jadi orang yang memfitnah kedua orang tuaku.

Tidak akan aku maafkan orang ini yang telah membuat mak ayah aku bersedih sampai menitik air mata mereka disebakan FITNAH yang telah ditaburkan & aku juga tidak akan berbaik dengan orang yang telah mempercayai fitnah tersebut tanpa bertanyakan dahulu kepada mak & ayah aku.

Ada seorang hamba ALLAH di dalam family ayah aku, cukuplah aku namakan dia N. N ini merupakan biras kepada ayahku (isteri kepada salah seorang adik ayahku).

N inilah yang telah memfitnah kedua orang tuaku sehingga terputus silaturrahim antara adik-beradik ayah aku dengan ayahku sendiri yang merupakan abang dalam kalangan adik-adik ayah aku.

Sangat dahsyat cara dia fitnah kedua orang tuaku dari aku kecik sehinggalah umurku sudah memasuki 30 tahun.

Untuk pengetahuan semua, N ini tinggal di rumah yang dibeli oleh adik-beradik ayah aku untuk mak mereka iaitu nenek aku. Mereka (N & SUAMI) hanya tinggal di rumah tersebut tanpa perlu bayar sewa/bulanan bank langsung sebab kehidupan mereka yang agak susah.

Ayah aku & beberapa adiknya yang lain berkongsi bayaran bulanan bagi membayar rumah tersebut. Dia start memfitnah mak & ayah aku sewaktu majlis perkahwinan adik ayah aku, (10 tahun yang lepas) terdapat goodies beg yang lebih yang ditinggalkan di rumah tersebut.

Apabila adik ayah aku datang semula untuk ambil lebihan goodies tersebut, dia telah memfitnah mak & ayahku bahawa mak & ayahku yang telah ambil & bawak balik lebihan goodies tersebut.

Cerita ini telah disampaikan oleh mak kepada ayah aku (nenek aku) kepada makku. Si N ini juga pernah memfitnah mak & ayahku pernah mengambil semula salah satu barang yang telah diletakkan di rumah pusaka tersebut.

Si N juga pernah mengatakan cerita yang tidak baik memfitnah mak aku di belakang mak aku dihadapan adik2 perempuan ayahku, dan cerita ini telah disampaikan oleh salah seorang biras mak aku.

Sangat dahsyat apa yang diperkatakan, tidak perlu aku ceritakan di sini. Tidak aku maafkan si N ini kerana banyak lagi fitnah yang telah dia buat. Itu yang aku dapat tahu? Yang tidak tahu? Betapa banyaknya lagi rasanya.

Dia lupa rasanya pertolongan yang mak & ayahku pernah beri yang mana masa tersebut, mereka tidak bekerja & sampai tidak ada duit nak beli beras.

Mereka menangis, mengadu nasib kepada ayahku, ayahku masih datang membantu. & Sampai sekarang adik ayah aku ni masih ada pinjam duit ayahku hampir tiap bulan disebabkan isterinya si N jenis nak hidup bermewah.

Si L ini tidak boleh tengok orang lebih, apa yang orang lain ada, dia pun akan pastikan dia mempunyai cerita kehidupan yang sama seperti orang tersebut. Ayah aku tidak pernah berkira & telah halalkan.

Seterusnya, fitnah ini jadi semakin parah bila aku bertunang yang mana mereka berkecil hati ayah aku tidak menjemput adik-beradiknya.

Ya, memang majlis pertunangan aku adalah secara kecil-kecilan yang memang tidak jemput sesiapa hanya parents, adik beradik aku dan juga parents sebelah pihak lelaki.

Ayah aku tidak pernah sesekali pun menyatakan dia juga ada berkecil hati dengan adik2 nya, dia tetap hubungi adik-adiknya dahulu even adik-adiknya tidak pernah nak call tanya khabar terlebih dahulu.

Secara jujurnya, ayahku ada juga berkecil hati dengan adik-adinya bila ayah aku pernah susah (masa tu salah seorang adik beradik aku sakit), masa tu ayah susah perlukan bantuan duit.

Ayah ada minta pertolongan mereka yang mana adik2 ayah aku ada yang hidup senang (gaji sebulan jejak belas ribu), tetapi mereka beri pertolongan sangat berkira.

Meraka beri duit yang mana anggap duit itu adalah sebagai pinjam yang mana pemberian tersebut tidaklah banyak mana tetapi masih ingin berkira.

Terasanya ayahku masa tu. Aku yang suruh pulangkan duit tersebut, & aku cakap dengan ayahku masa tu, tidak perlu kita meminta bantuan dengan orang yang berkira walaupun itu adalah adik beradik sendiri.

Seakan-akan mereka semua ini lupa, semasa mereka belajar tinggi dahulu, ayah aku yang membantu mereka masa mereka susah.

Aku masih ingat masa tu aku masih sekolah menengah, salah seorang adik ayah aku, menangis sebab tiada duit nak makan dekat university, masa tu ayah aku yang berikan duit walaupun gaji ayahku tidak la besar mana.

Ayah aku tidak pernah pun untuk mereka membayar balik semua duit yang ayah aku pernah tolong. Sampai sekarang gaji ayah aku masih kecik tida sampai RM3K sebab ayah aku tidak belajar tinggi sama seperti yag lain tetapi dia tidak pernah berkira.

Fitnah ini makin besar bila semasa majlis pernikahan aku, si N ada memfitnah mak & ayah ku lagi. Semasa majlis tersebut, adik-adik ayahku ada memberi buah tangan. Namun, Si N ini yang telah memberi kuih tersebut tu mewakili adik-adik ayah aku.

Dia telah sampaikan kepada adik-adik ayahku bahawa mak aku tidak suka dengan pemberian tersebut, buat muka masam, marah2 dan sebagainya sehingga adik2 ayahku sampai bermasam muka dengan mak aku, layan mak aku macam nk tak nak.

Semasa majlis persandingan aku pula, adik-adik ayah aku ada yang tidak datang pun atas bermacam-macam alasan. Ada yang datang hanya sebagai tetamu (sepatutnya adik beradik datang, duduk berborak, eratkan silaturrahim, tetapi yang datang hanya datang makan & balik).

Terasanya ayah aku masa itu! Jujur, aku sedih tengok keadaan ayah aku masa tu. Sepatutnya jika anak buah mereka yang sulung kahwin, selalunya mereka akan seronok tapi tidak untuk adik-beradik ayah aku.

Sejujurnya aku juga berkecil hati kerana semua mak sedara & ayah sedara aku begitu, tidak minta untuk datang bawak hadiah semua tapi cukuplah tidak kecilkan hati ayahku sendiri (abang kandung korang sendiri kot).

Sampaikan masa raya haji kami datang ke rumah pusaka, mereka langsung tidak menegur kami, buat macam tidak tahu.

Mereka lebih percayakan Si N tanpa mereka bertanyakan terlebih dahulu kepada ayahku. Mereka tidak tahu yang Si N ni juga pernah mengatakan yang tidak baik tentang mereka dekat makku, dia pernah mengatakan anak2 adik ayahku macam2 perkara.

Si N juga mengungkit dia pernah menjaga mak ayahku (nenek aku) jadinya adik-adik ayahku tidak perlu untuk komen macam-macam. Jujur, aku kesian dengan mak ayah aku. Betapa sedihnya mereka masa itu. Busuknya hati kau si N!

Si N juga telah memfitnah diriku sendiri, dengan mengatakan aku telah datang serang dia suami isteri sebab hal berkaitan rumah pusaka tersebut.

Sebab rumah pusaka tersebut, dibeli atas nama ayah aku, sebab masa nak beli rumah tersebut hanya yah aku yang sudah bekerja & mempunyai slip gaji.

Jadinya, adik2 ayah aku ni tak tahu mana datang fikiran mereka, nak hibahkan rumah tersebut sebab nak bahagikan ikut faraid. Kadang2 aku terfikir, busuknya hati mereka sebab mereka terfikir nanti terjadi apa-apa kat ayah aku, mereka tiada hak sebab jatuh ke atas aku dan adik-beradik aku yang lain.

Masa tu, aku datang untuk berjumpa dengan si N ni dengan suaminya, sebab nak terangkan konsep hibah sebenarnya dalam Islam.

Tetapi niat aku telah di salah erti, sehingga si N tak guna ini telah menyampaikan kepada adik-adik ayahku bahawa aku telah serang mereka, belajar tinggi tapi nak berlagak. Busuknya hati ko N!

Ada juga adik-adik ayah aku ini pernah mengatakan aku ni menyibuk nak ambil tahu urusan mereka, disebabkan mereka adik beradik yang lain pernah pergi berjalan ke suatu tempat tanpa mengajak ayah aku.

Waktu tersebut, niat aku hanya untuk bertanya tapi itulah di salah ertikan. Tidak akan aku ambil tahu lagi selepas ini apa-apa berkaitan mereka.

Sekarang ni, mereka semua dah tak bertegur dengan kami. Hanya ayah macam biasa yang tetap megalah terlebih dahulu menghubungi adik2 nya.

Aku? Tidak akan aku jejakkan lagi kaki ke rumah pusaka tersebut selagi mereka tidak minta maaf dengan ap yang dh mereka lakukan terhadap mak ayah aku, terhadap diriku.

Mak ayah aku pernah minta untuk berbincang tetapi semua mengelak. & yang paling tak sangka Si N dah siap blok unfriend semua adik beradik, mak aku disemua laman social termasuk whatsapp.

Jika dia tidak bersalah, kenapa bertindak demikian? Apa yang aku ingin sampaikan di sini, kita hidup ini jangan sesekali cemburu & dengki dengan orang lain.

FITNAH itu berlaku jika terdapat rasa IRI HATI dalam hati kita seperti mana yang dikatakan oleh Prof Muhaya. Kita tidak akan kemana dengan FITNAH yang telah kita sebar. Pembalasan Allah itu pasti.

Kita jangan terlalu bangga dengan FITNAH yang kita buat, mungkin kita nampak menang sekarang tapi kita tidak tahu bagaimana masa depan kita.

& lagi satu, jangan sesekali berkira dengan adik berdik sendiri. Setiap adik beradik itu Allah kurniakan rezeki berlainan supaya boleh berkongsi, bukan iri hati.

Datuk aku pernah pesan, jangan sesekali berasa kita di atas saat kesenangan yang kita peroleh kerana kita tidak akan tahu bagaimana rezeki kita masa akan datang.

Mungkin kita berjaya sekarang, kita tidak tahu rezeki anak-anak kita.

Ada orang senang, tetapi anak tidak begitu berjaya.

Ada orang senang, anak sangat berjaya, tetapi tidak tahu bagaimana rezeki jodoh anak2 kita sama ada baik atau tidak jodoh mereka.

Ada orang senang, anak sangat berjaya, tetapi kita tidak tahu macam mana kehidupan kita pula bila dah jadi warga emas nanti. Adakah kita yakin akan sihat smpai tua tanpa menyusahkan orang lain terutamanya anak2 kita nanti?

Hidup kita di masa hadapan adalah bagaimana cara kita jalani kehidupan kita pada masa muda. Jangan sesekali buat orang/fitnah orang, kita tidak tahu apa yang Allah sediakan balasan atas perbuatan kita.

Jangan nanti disebabkan perangai kita, kita menyusahkan orang lain semasa meniti hari tua.

Yang sedih melihat mak ayahnya sedih,

– Zack (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *