Love Yourself

Assalamualaikum. Aku perempuan bujang dan berumur 29 tahun. Sedikit sahaja pengenalan pasal aku.

Aku terdetik untuk post confession sebab aku tak tahan. Aku tak tahan tengok kawan-kawan perempuan aku tengah ‘desperate’ nak bercinta lah.. nak kahwin lah..

Bukan benda tak elok.. Memang kahwin tu sunnah Nabi.. Tapi aku rasa zaman sekarang ni dah terpesong jauh daripada guideline Nabi SAW.

Kalau tak, masakan sekarang kes cerai-berai berlaku setiap minit? Itu tak termasuk lagi dengan kes ‘physical and mental abuse’ di rumah, biawak hidup, curang sana sini.. Nauzubillah..

Aku tak pernah bercinta. Perasaan crush tu pernah lah. Sepanjang hidup aku, aku pernah jatuh hati sebanyak 4 kali rasanya.

Aku pernah luah perasaan sekali je dekat crush aku. Sudah tentu jawapannya tidak seperti yang diharapkan. Tapi aku bersyukur. Sebab lepas aku ‘confess’, aku mudah untuk ‘move on’.

Aku pun tak sangka aku boleh ‘move on’ dalam masa 2 bulan selepas confess. Padahal waktu tu aku memang dah yakin habis dah bahawa crush aku ni adalah jodoh aku. Sebab kami memang kawan rapat and senang bersama.

Perempuan ni kan.. Bila rasa diri sendiri tak cantik, mula lah cepat rasa kecewa dan murung.

Kalau tak jumpa jodoh lagi, mula lah kata lelaki pilih rupa. Kalau badan gempal sikit ke, kulit tak cerah bak mutiara, mula lah kata lelaki tak tengok hati dan budi.

Aku percaya lelaki ni pilih ikut cita rasa masing-masing. Bukan semua lelaki pilih perempuan yang cantik, badan lawa and kulit cerah. Ada lelaki yang pilih pasangan hidup berdasarkan personaliti perempuan tu.

Macam mana perempuan tu layan orang sekeliling, hati budi dia, cara dia melayan orang tua dia. Ada lelaki yang macam ni lagi dalam dunia ni.. Tolong lah husnuzon dengan ketentuan Allah.

Aku pun memang tak lawa. Rupa ala kadar je tapi alhamdulillah ada 2 bijik mata, hidung dan mulut. Badan pun tak kurus pun tapi alhamdulillah tiada cacat cela dan boleh melakukan aktiviti seharian dengan lancar.

Dulu aku pun permikiran macam tu jugak, rasa diri sendiri buruk sebab tu tak ada orang yang mengorat.

Kemudian bila dah semakin tua ni, permikiran pun sudah matang. Aku sudah tidak fokus kepada kekurangan tapi sebaliknya aku fokus kepada kelebihan yang aku ada. Aku mula untuk belajar sayang diri sendiri.

Macam mana tu? Dari segi rohani, aku belajar untuk perbetulkan ibadat aku, perbanyakkan solat sunat, mula menghafal surah-surah lazim. Dari segi fizikal, aku mula jaga diet dan bersenam.

Sekarang musim PKP ni aku banyak ber-diet lah sebab lebih senang. Aku buat diet Intermittent Fasting dan Keto. Alhamdulillah sekarang sudah nampak hasilnya walaupun masih banyak kg yang aku nak nyahkan.

Dari segi mental, aku banyakkan membaca buku, belajar bahasa baru, belajar resepi baru, belajar skill baru yang aku tahu penting dalam career aku. Secara tidak langsung, kehidupan seharian aku memang padat dengan aktiviti.

Aku sudah lagi tidak mengadap SOCMED dan share post yang berkaitan dengan jodoh. Sebab aku rasa itu buang karat je.

Satu lagi cara nak ‘boost’ motivasi dari segi jodoh, aku juga menyenaraikan ciri-ciri jodoh yang aku mahu. Selepas selesai senaraikan tu, tengok ciri-ciri dalam jodoh tu yang aku boleh praktik dekat diri sendiri.

Contohnya, aku nak jodoh yang rajin menolong mengemas rumah. Maka aku kenalah rajin mengemas rumah. Jodoh itu adalah cerminan diri sendiri.

Kalau sekarang tak jumpa lagi, jangan risau.. Belajar untuk sayang diri sendiri dan ‘improve’ lah diri sendiri. InsyaAllah Allah akan datangkan jodoh kita pada masa yang kita tak jangka pun.

Ada jugak yang cakap dekat aku buat apa nak berangan nak jodoh macam tu macam ni kalau tak ada orang berkenan. Aku tepuk dahi. Itu hanya lah ayat orang yang terdesak je.

Bayangkan lah ye, tetiba ada seseorang suka kat kau and nak kau jadi suri hati dia. Tapi dia ni kerja pun tak dak, solat ke laut asia pacific, mengaji tak reti, menagih dadah.

Kau nak tak? Mestilah nak kan.. Kan dah ada orang suka tu.. Terima lah pinangan dia tu. Pastu tak lama kemudian, keluar pulak post baru pasal isu rumahtangga.

Remember people, like attract like. Love yourself first and the one will come to you eventually. InsyaaAllah.

– Hayatul Husna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *