2006-2009
Kisah ni berlaku 14 tahun lalu. Kisah anak kampung yang mengejar cita-cita di upsi, tanjung malim, Perak. Aku perkenalkan diri aku sebagai T. Minggu pertama di upsi, aku dan partner in crime aku, S singgah dekat booth palapes.
Palapes ni stand for Pasukan Latihan Pegawai Simpanan under Angkatan Tentera Malaysia. Aku masih ingat lagi muka puan senior tu, dia sapa kami.
Dia promote, “Jum la masuk palapes. Awak nanti dapat elaun tau. Bukan sikit. Ribu2 dapat, dah tak payah menyusahkan mak ayah mintak duit nanti . Lepas tu awak boleh stay dekat kolej kediaman. Awak tak payah susah2 cari rumah sewa.”
Blink 1. Elaun + tak susahkan mak ayah
Blink 2. Tempat kediaman
Alaaahh, budak miskin dari kampung, kau dengar janji bulan bintang takkan kau tak terpengaruh kann. Aku tanya lagi dia,
“kak… palapes ni macam mana latihan dia??”. Aku ingat lagi dia cakap, “alah macam PENGAKAP je”. Diulang, PENGAKAP. Jadi aku macam, alahhh pengakap je punn, K. A. C. A. N. G…
Maka bermulalah episod makan kacang aku ditipu sepertinya pengakap ituuu. Kami kena lalui ujian kesihatan, ujian fizikal sampailah hari angkat sumpah.
Malam tu aku telefon mak ayah kat kampung. “Umi, angah join palapes tau.”… Mak ayah aku masa ni mereka tak ada idea lagi palapes tu apa sampai la akak aku cerita pada mak ayah, budak palapes uitm teruk kena bantai.
Tak cukup yang tu, siap kena ludah dekat muka pakej sekali kena makan ludah. Mak dah susah hati. Mak telefon aku, cakap jangan masuk palapes tu.
Aku diam je masa mak larang. Tapi masa tu bagi aku dah terlambat keluar baris. Aku dah angkat sumpah. Macam2 ujian kelayakan aku dah buat. Tambah pula dengan perangai aku yang keras kepala, aku pasrah…
Maka aku pun menempuh onak duri 3 tahun dalam palapes sampai mak aku tak kenal lagi aku masa tu. Budak hitam pekat. Mula-mula je aku gigih pakai sunscreen, lama-lama aku naik menyampah menipu diri sendiri.
Ada coursemate aku cakap aku ni cantik, tapi sayang hitam benorr. Aku ingat lagi jawapan aku, “budak palapes tak pentingkan kecantikan”. And yes, duit aku tak habis beli mekap bagai. Watsons pun aku tak heran la walau duit kadet kepuk2. Hahaha, riak.
3 years journey, cut short. Peristiwa yang paling aku tak boleh lupa masa aku menggali kubu. Ketinggian kubu tu wajib bila kau duduk dalam tu, musuh tak nampak kepala kau.
Masa tu hujan renyai2, pukul 1 pagi. Aku tengah menggali. Dalam keadaan letih separuh mati tu dan sisa2 kudrat berbaki aku teruskan juga menggali ditemani cahaya lampu malap. Undang2 dia, tak boleh pakai pun lampu. Nanti musuh nampak kau.
Partner menggali aku masa ni tak ada. Sakit, dan dipindahkan ke kubu lain. Masa ak menggali, tiba2 muncul 3 entiti, kiri kanan dan depan aku. Dua duduk mencangkung, satu lagi berdiri. Pakai baju askar lusuh penuh lumpur.
Muka pucat macam mayat, pandangan kosong tak berperasaan. (i guess, memang bukan manusia pun kan?? ). Entah mana aku dapat kekuatan, aku buat tak peduli. Aku tekun tunduk pura2 sibuk menggali sambil pejam mata.
Sumpah aku penat, aku tak ada masa nak fikir dan layan tetamu tak diundang waktu malam pekat. Mujur juga aku tak cangkul kaki aku.
Lepas 5 minit ak intai2 tengok, Alhamdulillah dah hilang. Agaknya dia dah tersedar, aku bukan orang yang dia bagi hutang dulu2. Ajak gengg uiii nak gertak aku tapi gagal…
Dalam palapes ni, JL (jurulatih) aku minta kami pegang 1 ayat sampai tauliah. Mesti dan harus pegang. Palapes bertindak pakai kepala lutut bukan otak.
Yelah, kalau ikut akal kau yang logik tu, sanggup ke kau redah hutan tebal, berjalan berkilometer sampai kaki melecet, tak mandi berhari2. Semua tu tak perlu pakai otak. Nanti silap2 kau resign terus sebab tak sanggup.
Peristiwa ke 2 yang aku ingat, untuk merapatkan ukhwah fisabilillah kami, senior belanja kami makan sebiji gula2. Start dari orang pertama sampai kepada orang yang ke-38, main pas2 gula2 tu. Nak tak nak, kau kena habiskan gula2 tu. Ada yang muntah. Ada yang menangis jijik.
Gila kau nak makan air liur orang lain? Tapi aku dah mindset, ini gula2. Ini bukan najis. Makanya masa tu aku berjaya buat senior aku tu annoying gila dengan kesanggupan aku makan gula2 yang dikongsi makan oleh 38 kadet lain tanpa meroyan mahupun menangis.
Yesss but still Yekkkkkk. Mati hidup semula pun aku tak nak repeat lagi.
Masuk 3rd year, aku berdepan masalah kesihatan sikit. Aku dapat penyakit anemia. Aku cepat letih. Muka aku selalu pucat. Bila dalam baris JL panggil aku ke depan, dia suruh aku tengok muka2 kadet lain.
Punya seriau berdiri dekat depan, tak jadi pengsan. Seram tengok muka kadet yang penat lebih daripada seram terserempak hantu2 kubu tu. Sebelum pergi tauliah, JL bagi pilihan samada aku nak masuk kawad pertandingan atau jadi setiusaha?
Aku pilih jadi setiusaha. Masa kadet2 lain pergi latihan kawad, aku melepak dekat ofis dibantu si cantik manis si K dengan semua setiusaha universiti2 lain, key-in macam2 data sampai 2 ke 3 pagi saat kadet lain dah lena diulit mimpi.
Ada sesetengah yang perlekeh aku rilek2 santai pagi2 melenggang walhal mereka terkejar2 ikut jadual ketat tauliah. Ketahuilah, nama pada sijil tauliah yang kalian genggam itu jasa aku. Kalau tak, sijil itu kosong.
Jun 2009, staf minta kami poskan surat jemputan pada ibu bapa untuk hadir ke majlis pentauliahan. Aku telefon mak, beria2 minta mak ayah datang. Mak cakap, “maaf lah angah, abah cari kereta kawan nak pergi tapi tak ada. Lagipun johor jauh, tak ada duit nak ke sana”.
Aku cakap, “tak apalah umi, simpan je kad tu nanti ye”. Pura2 kuat tapi hati menangis. Kawan nak kad tu untuk pelepasan tetamu masuk dewan, tapi ak bertegas tak mahu bagi. Biarlah mak simpan kenangan aku bergolak gadai dalam kad istimewa tu.
Tiba hari pentauliahan di utm johor. Mak ayah aku betul2 tak dapat datang. Aku pendam perasaan je saat kadet lain bergembira dengan keluarga masing2.
Abah telefon aku malam sebelum tauliah. Abah cakap, “abah dengan umi bangga angah masuk palapes. Angah sanggup hidup susah semata2 tak mahu susahkan abah. Terima kasih”. Berjurai air mata aku, tak sia2 aku keras kepala dari awal.
Wallahi, memang nawaitu aku tak nak bebankan mak ayah minta2 duit belanja. Hidup masa tu betul2 susah. Adik2 kecil lagi, manakala aku dan kakak sama2 menuntut ilmu di menara gading. Allah bayar dengan cara yang cukup menyentuh hati. Mak ayah hargai apa yang aku buat.
Panjang perkongsian aku ni, upsi dan palapes sama2 mengajar aku menjadi matang. Dalam hidup, usah takut keluar dari kebiasaan, tapi takutlah jika kau selamanya merasa senang berada di takuk lama…
– Tina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit