Assalamualaikum semua. Pertamanya, terima kasih kepada iiumc kalau nukilan aku ni dikongsikan.
Nama aku Nik, 24 tahun. Aku pernah share pasal kisah aku sebelum ni dibawah tajuk “Bersyukurkah Kita Kepada Allah?” (https://iiumc.com/bersyukurkah-kita-dengan-allah/).
Perkongsian sebelum ni, menceritakan pasal kisah hidup aku & simptom skizofrenik auditory (bunyi bisik² angin & delusi) yang aku alami. Siapa yang tak tahu, mungkin boleh cari dalam google pasal penyakit ni, sejenis mental illness.
Alhamdulillah sepanjang membuat terapi dengan Prof, aku dah makin pulih. Aku yang dahulu terlalu sensitif, selalu berkhayal & lambat respon, which aku tak boleh kawal semua tu. Sekarang aku dah ok.
Cuma, bila aku dah tersedar hidup dengan realiti. Aku perasan satu perkara, yang aku pun tak faham pasal diri aku. Aku tak berani nak ada sentuhan dan bergurau dengan keluarga aku, yang aku memang nak, tapi tak pernah rasa selama ni.
Kalau ada pun, tak macam keluarga orang lain yang boleh gurau² dan ada sentuhan. Malah, dengan mak aku pun, aku banyak perkara nak luahkan & tegur. Tapi aku sangat takut sebab masa aku kecik mak aku sangat garang.
Pernah setiap kali aku balik asrama luahkan perasaan aku kpd mak semasa umur 13-17 tahun, tak silap aku. Adik beradik perempuan aku mengejek aku anak manja, anak mak dsbgnya yang membuatkan aku tak nak nampak sebagai anak manja.
Aku kecewa, even aku sebagai anak remaja lelaki, waktu itu adalah fasa untuk aku kenal diri aku. Salahkah aku yang balik 2 minggu sekali, balik rumah nak bermesra dengan mak? aku pun manusia yang ada perasaan kan.
Akhirnya, aku menjauhkan diri daripada mak dan aku lega adik beradik aku dah tak ejek aku. Tapi, aku dah menyimpan rasa tak ingin bergaul dgn mereka. Aku rasa mereka seperti orang yang asing dalam hidup aku, termasuk mak aku.
Aku pernah usaha untuk rapat semula dengan mak aku, waktu tu aku baru lepas “clashed” cinta pertama aku. Aku mencari cinta sebab daripada kecik, aku akui aku memang kurang kasih sayang. Kalian, boleh baca artikel sebelum ni.
So, bila aku cerita kat mak, mak aku cakap aku ni anak manja. Aku mengharapkan seseorang untuk “listen” kesedihan aku dan aku nak ambik peluang tu untuk rapat dengan mak aku. Tapi sebagai remaja, apa yang aku dapat?
Aku bersyukur kerana masih ada mak & ayah aku atas kebaikan² yang mereka berikan kepada aku, tetapi tidak soal mengajarkan “nilai” & cara untuk hidup. Hasilnya, aku memang tak tahu cara utk melayan wanita.
Hidup aku penuh trauma. Aku dah redha ketakutan² yang aku alami masa kecik. Tetapi, mungkin kesannya belum mengelokkan otak aku, aku masih tak boleh hilangkan depression aku. Otak aku masih lagi sakit, semenjak kecik lagi.
Adakah buntu, adakah aku yang tidak bersyukur?
Atau adakah masing² dalam keluarga ini salah cara didikan, kerana tiada role ayah dalam hidup aku?
Adik beradik aku pun sama, aku bimbang kalau mereka kahwin nanti, mereka pun tak tahu bagaimana cara untuk melayan lelaki, memandangkan semua takut dan meluahkan rasa tak ingin pun untuk kahwin. Mungkin sebab trauma sama.
Prof selalu sebutkan, aku tak boleh “rush” semua perkara utk ubah diri aku, apatah lagi keluarga aku.
Aku hanya mencari solusi. Macamana aku nak mulakan untuk berbaik² semula dengan adik beradik dan mak aku?
Mak cuba untuk berbaik dengan aku apabila nampak perubahan diri aku selepas membuat CBT (Cognitive Behavior Therapy) dengan prof.
Tetapi, mak aku sendiri masih ada sifat lama dia, tak boleh sabar & sensitif dengan benda kecik.
Aku still in-progress penyembuhan, not totally sembuh lagi. Tetapi mak macam nak aku terus boleh buat kerja banyak², aku still nak train diri aku slow² & dont rush, kalau tak memang aku akan migrane.
Aku faham, mak aku jadi macam tu sebab ayah aku dah bertahun² asingkan diri daripada mak, mak rindu ayah. Mak aku wanita bekerjaya, manakala ayah aku pula slow-motion, tapi kedua² baik. Cuma tak ada komunikasi semenjak aku kecik.
Aku selalu memikirkan bagaimana lah keadaan setiap ahli keluarga aku di mahsyar nanti, khususnya mak ayah aku.
Hidup dalam keadaan berdosa, mak pernah cerita keburukan ayah aku masa dia muda, ayah aku pula jenis lelaki baik, tak nak gaduh sebab nak jaga hati pasangan, akhirnya anak yang jadi mangsa.
Minta nasihat netizen sekalian secara berhemah, apa yang aku boleh buat dan patut buat untuk perbaiki keluarga aku? sebab aku pernah terfikir untuk buat tazkirah selepas maghrib pasal kekeluargaan, tapi aku pun tak pasti berjaya ke tak.
Tolong aku…
– Nik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit