Apa yang saya nak cerita ni bukan masalah rumahtangga jauh sekali tentang cinta. Ini tentang si bulus kesayangan saya.
Anggap jer cerita ni sekadar hiburan sahaja di saat semua orang sedang terkurung menjelangnya bulan puasa yang tak lama lagi. Bak kata seseorang dalam grup whatsapp saya ‘for the first time in history, we are locked up before the satan’. Haha…
Saya dah tua, separuh abad usia. Berkeluarga dan bahagia dengan dua anak remaja yang terkurung sama kerana semua universiti bercuti.
Dirumah saya ada dua ekor bulus kesayangan. Saya namakan Grey dan Ciktam… ni nama sebenar yer.
Tentu pembaca boleh bayangkan warna mereka. Grey warna kelabu. Ciktam berwarna hitam dengan putih di kaki macam berstoking. Bawah perut pun putih. Dua2 sangat comel. Saya nak cerita tentang perangai Grey sebab dia ni kategori kurang upaya, haha.
Masa saya kecik dulu, keluarga saya memang bela kucing. Biasanya kucing tu datang sendiri, kami selalu bagi makan yang akhirnya teruslah menetap. Dulu2 senang jer bela diorang ni. Lebihan nasi tu gaul dengan lebihan ikan goreng atau kepala ikan. Elok jer makan. Sihat jer.
Tak pernah pun kami pergi jumpa vet.. tak pernah sakit… malam2 kami akan lepas diorang kat luar rumah.
Jadi masa tu saya tak pernah tahu pasal pasir kucing atau makanan kucing. Mungkin juga sebab kami bukan orang senang sebab tu tak pernah ambil tahu tentang benda2 tu semua. Bila balik kampung, biar jer kar luar rumah berhari2. Tak pernah hilang pun…. elok jer balik rumah.
Beza dengan zaman sekarang. Bulus2 saya tu sebelum divaksinkan, selalu jer demam, selalu selesema. Berair hidung diorang. Sampai kena bawak ke vet ambil ubat. Bila google saya baru tahu kucing ni tak elok bagi nasi.. Tu saya tak berani bagi nasi.
Jadi saya kena sentiasa ada makanan diorang tak kiralah jenama apa, friskies ke, power cat ke, prodiet ke… tak kisah. Lepas tu kena sediakan tempat diorang nak berak atau kencing… pasir tu kena beli pulak… aduh…
Di belakang rumah saya (taman perumahan) ada sekumpulan ‘stray cat’ dalam lima atau enam ekor macam tu. Tiap2 pagi dan petang, saya akan bagi diorang makan. Siap dengan air minum sebab saya sedeh tengok diorang minum air longkang. Apa yang bulus2 saya makan, itulah diorang makan.
Satu hari saya terpandangkan seekor anak kucing. Dia pun tumpang makan dengan stray cats yang ada. Saya tak tahu nak agak umur dia tapi memang dia boleh makan dah.
Bila saya nak ambil, dia akan lari menyorok dalam longkang jiran. Longkang tak lah besar sangat tapi kalau budak kecik mesti boleh masuk. Saya panggil dia tak nak datang, jadi saya biarkan jer. Puas saya hendap nak cari ibu dia tapi tak ada.
Sebab kesian dan takut dia lapar, saya letak bekas khas untuk dia makan tepi longkang dia selalu menyorok tu. Saya nampak dia datang makan. Mujurlah stray cats yang ada tak kacau makanan dia. Dekat seminggu jugak saya dok ngendap dia, akhirnya dia tak lari bila saya dekat.
Saya tangkap dia sebab anak2 mintak saya bela. Saya namakan Grey ikut warna dia. Dalam mata kiri dia ada macam benda biji sebesar kismis melekat. Saya cuba tolak tak boleh. Nak kata biji mata, saya rasa bukan…
Dah seminggu bela, saya pun carilah vet sebab nak tanya benda apa kat mata dia. Selama mak ayah saya bela kucing, tak pernah pulak jumpa kes macam tu.
Masa jumpa vet, baru saya tahu… Grey ni adalah kacukan british short hair dengan kucing kampung. Patutlah bulu dia lain dari kucing biasa cuma muka dia tak bulat macam british short hair yang original.
Vet tu kata, benda kat mata tu akan luruh sendiri lama2 nanti tetapi mata dia memang buta dah. Allahu… macam nak nangis saya. Vet tu kata saya kena letak eye more (beli kat kedai haiwan) tiap hari selama2nya.
Mulalah aktiviti saya melayan Grey. Makanan dia, pasir dia sentiasa ada. Selesema dan demam tu bersilih ganti. Boleh kata tiap bulan. Macam baby pulak. Haha.. Dah tua2 ni baru saya tahu ada ubat pill untuk kucing.
Saya siap belajar cara nak suap ubat… kena ngangakan mulut dia dan letak kat anak tekak. Masa jumpa vet tu dia tengok gigi Grey dan agak umur dia dah tujuh bulan. Saya iyakan ajelah sebab saya pun tak tahu. Sejak saya vaksinkan dia, barulah kurang sakit.
Grey ni tak pandai manjakan diri. Jarang sekali boleh dengar bunyi ‘grrr’. Tetapi kami semua sayangkan dia sangat2. Kalau main dengan tali atau gerak2kan jari, tu paling dia suka. Terlompat2 dia cuba menangkap. Sekali dapat tangan saya dia akan gigit dan cakar. Habis berparut tapi saya tak kisah.
Kalau saya menjahit, kena jauhkan dia sebab suka nak tangkap jarum yang bergerak. Nak lekakan dia, saya bagi bekas berisi benang. Nanti dia akan keluarkan satu2 benang tu sampai habis baru dia beredar.
Kalau orang datang rumah, dia akan menyorok bawah sofa diruang tamu. Dan akan nampak muncung dia sahaja dari hadapan sofa tu. Walau pun anak2 saya yang dah kawin tu datang dan dah selalu dia tengok, tetap dia akan lari.
Kalau dia tengah duduk kat ruang tamu, mesti dia akan panjangkan leher bila dengar bunyi orang tolak pagar atau bunyi tapak kasut. Dia akan pastikan siapa yang datang dan bersedia untuk lari.
Kalau yang buka pintu tu ahli rumah saya (kami tinggal berempat) dia tak jadilah menyorok. Kalau orang lain, terus jer nyorok.
Sejak dah besar ni, dia dah bijak sikit sebab bawah sofa tu tak berapa selesa. Sempit kot. Dia akan naik ke bilik tingkat atas. Ada tiga bilik. Dia pilih la mana yang boleh dia masuk dan tidor. Sanggup tak turun makan sebab takut.
Selalunya anak saya dan cucu2 akan datang dinner kat rumah. Seminggu sekali atau dua kali.
Sepanjang masa diorang ada, Grey tak kan munculkan diri. Elok jer diorang dok kat luar bersalam2 dengan saya sebab nak balik, saya tengok dia dah ada atas sofa depan tv. Relax jer baring. Tau jer dia tetamu saya dah nak balik.
Lagi satu perangai Grey yang saya hairan ialah bila tengok saya bersiap2 dan pakai tudung nak keluar. Cepat2 dia menyorok bawah sofa. Macam takut. Bukan sekali dua tapi selalunya lah. Suami saya kata dia takut saya bawak dia pergi vet kot…haha
Kalau saya memasak, Grey akan ikut saya ke dapur. Duduk jer. Kadang2 muka dia mendongak macam nak bertanya. Tapi macam biasalah. Saya akan bercakap dengan dia tapi dia buat bodoh jer. Mengiau apa pun tidak.
Mesin basuh saya kat dapur. Bersebelahan dengan kabinet. Pernah sekali saya letak Grey atas tu sebab Ciktam suka duduk situ… merayaulah dia sampai atas kabinet nak cari jalan turun. Ulang alik jer. Akhirnya saya yang turunkan dia. Penakut betul.
Grey ni tak pandai memanjat. Meja makan pun tak pernah panjat kecuali ada kerusi yang terkeluar. Dia naik kerusi dulu baru naik meja. Kalau dia dok atas meja dan saya masukkan kerusi bawah meja, situlah dia seharian. Mengiau pun tidak.
Saya agak dia ni kategori pendiam. Tak pernah mengiau kuat macam kucing lain mintak makan. Bunyi manja apa tah lagi.
Kadang tu saya garu dahi dia, garu bawah dagu dia. Tetap tiada bunyi ‘grrrr’. Agaknya dia tak reti kot…haha. Yang dia tahu, marah. Mendengus sambil tunjuk gigi dia. Cepat2 saya larikan tangan. Kalau buat jugak, mendapatlah saya. Dia gigit. Tak kuat tapi sakit lah jugak.
Satu hari saya nak masak sarapan pagi, tengok ada tiga ekor lipas mati. Setahu saya Ciktam tidor kat bilik anak saya.
Eh, takkan lah Grey bunuh semua tu. Kalau Ciktam saya tak heranlah sebab dia suka main lipas. Nak jer rasa cari lipas bagi kat Grey . Tengok reaksi dia. Masalahnya kami semua takut lipas..haha. Jadi kisah tu tinggal misteri.
Ada satu bilik kat rumah saya tu, macam bilik bersantailah. Saya letak katil bujang untuk lepak2. Selalunya solat kat situ sebab malas nak naik tingkat atas. Tiap kali saya masuk, dia pun ikut. Duduk kejap jer mulalah tunggu tepi pintu. Saya tahu dia nak keluar tapi dia tak mengiau.
Biasanya kalau dah boring sebab saya tak bukak pintu dia akan berdiri seolah2 nak capai tombol. Tentulah tak sampai. Tapi nampaklah usaha dia. Panjangkan badan dia …bunyi pun sikit jer macam merungut2 tu.
Ada sekor stray cat tu suka masuk rumah saya, curi makanan Grey. Kalau Grey nampak, dia akan pandang jer dari jauh. Macam orang dalam ketakutan. Mana taknya, stray cat tu warna oren berjalan penuh gaya dan gemok sebab dia kucing kampung jantan yang agak besar dan hidup liar.
Tapi dia pandai manjakan diri dengan saya walau pun saya tak bela. Saya pulak kesian nak halau dia, jadi dia akan terus ketempat makanan Grey.
Kadang2 makan sampai habis baru keluar. Grey tengok jer apa tah lagi nak halang. Pernah sekali Grey kena kejar sebab halang laluan dia, tergolek2 Grey jatuh sebab takut.
Satu perangai Grey yang saya geram ialah dia berak atas pasir, lepas kambus dia akan cakar pulak pasir tu sampai keluar bekas. Cakar pulak pasir yang tertumpah2 tu. Heran betul. Tapi nak marah tak sampai hati. Pernah saya marah, dia tengok saya macam mintak belas. Dahla mata dia sebelah jer…
Sekali tu saya lupa nak buang najis dalam bekas tu, Grey nampak gelisah. Kesana kesini dekat bekas pasir dia sambil pandang saya. Mengiau tak lah. Terus saya tengok pasir dia, dah banyak rupanya. Saya buang dan letak pasir baru. Terus dia berak….
Saya tak bawa dia tidor dalam bilik sebab suami saya alegic bulu dia. Jadi bila dia nampak saya nak naik tidor dia akan ikut dan tunggu luar pintu bilik. Entah bila, dia akan beredar. Tapi sebaik saya bangun pagi, buka lampu tentu Grey akan berlari naik tangga cari saya.
Grey ni kalau tido siang2 terlalu lama mesti ada air liur basi. Macam orang. Berbekas tempat tu. Tapi bukan selalu lah.. kadang2 jer. Mesti dia tengah layan mimpi agaknya…
Ada sekali tu saya tengok Grey asyik tido. Tak makan langsung. Bila check badan dia panas betul. Memang bimbanglah kan. Esoknya saya tengok Grey berjalan sambil menarik dua2 kaki belakang. Saya cuba dirikan dia, jatuh balik. Dua2 kaki belakang dia macam lumpuh.
Yang kesiannya dia tetap mengesot cari pasir sebab nak kencing. Dah la lantai rumah licin, susah betul dia.
Saya letak dia atas kain buruk, saya ingat kalau dia nak kencing atau berak pun tak apa atas kain tu. Tapi dia tak nak. Terpaksalah saya letak juga atas pasir. Susah payah dia berdiri dengan dua tangan tu untuk kencing dan berak.
Esoknya saya bawa ke vet. Dia inject dan bagi ubat makan. Katanya Grey mungkin jatuh. Setahu saya tak ada. Vet suruh saya guna syringe paksa dia minum. Saya buat setiap dua jam saya bagi 10 ml air. Makan pun bagi wetfood sebab dia tak larat nak kunyah friskies. Makan pun tak banyak.
Selang 3 hari demam dah kurang tapi masih tak boleh berjalan. Betul2 lembik kaki belakang dia. Tiap2 kali saya bagi stray cats makan, saya akan cakap kat diorang. Doakan Grey saya sihat. Saya takut dia mati. Anak sedara saya cerita kucing dia mati lepas seminggu lumpuh.
Tak puas hati, saya bawa Grey jumpa vet yang lain pulak. Kali ni vet tu bagi ubat saraf dan suruh saya bawa jumpa pakar haiwan. Dia bagi alamat klinik yang paling dekat. Saya terus pergi.
Bayangkan Grey tak pernah pergi tempat macam tu. Orang agak ramai sebab semua bawa kucing sakit. Saya masukkan Grey dalam sangkar yang diletakkan atas sangkar lain. Bergegar sangkar tu saya tegok sebab Grey terlampau takut. Dia menggigil rupanya.
Akhirnya saya ambil Grey dan peluk dia sementara giliran saya sampai. Baru dia diam. Agaknya rasa selamat. Pakar tu ambil darah untuk check apa2 berkaitan paru2, buah pinggang dan entah macam2 penyakit. Saya pun tak faham. Yang saya nak dengar result dia jer.
Dia suruh saya bawa balik lepas tu. Ada lah ubat2 yang dia suruh bagi kat Grey.Tiga hari kemudian pakar telefon kata tak ada apa2 yang serious. Lega saya. Ambil masa sikit, dia akan pulih. Kata pakar.
Dalam sebulan jugak la, saya nampak perubahan pada Grey. Mula2,dia bertatih2…lepas tu boleh la berjalan sikit2. Senget2 kaki dan badan bila jalan. Tiga bulan kemudian saya nampak dia dah boleh berlari. Berkejar2 dengan Ciktam.
Agaknya Grey ni kategori lembam kot sebab dia selalu beralah dengan Ciktam. Kalau dia tengah makan dan Ciktam datang, dia akan beredar. Walau pun itu bekas makanan dia.
Kalau saya tengah main dengan dia dan Ciktam ganggu, dia akan pergi. Dia akan ikut kemana saya pergi tapi bila saya nak pegang dia lari. Saya kena bersungguh2 cuba tangkap dia baru boleh dapat.
Begitulah kisah si bulus saya yang ‘kurang upaya’.
Harap pembaca terhibur… Stay safe… Stay at home.
– Mama meow (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit