Ada Apa Dengan Abe-Abe Kelantan

Assalamualaikum. Bikin kontroversi tak tajuk confession sis?

Minta abe2 Kelantan duduk dulu, tarik nafas dalam-dalam. Sabar dulu kalau nak marah pun okay.

Aku perkenalkan diri. Nama diberi Isha, semestinya bukan nama sebenar. Berumur 27 tahun, hampir dapat kerja awal bulan Mac haritu, tapi cancel sebab Covid19.

Panjanglah cerita dia tapi aku kira bukan aku sorang yang macam tu masa tengah gawat ni. Aku buat part time master in forensic accounting. Berasal dari Kelantan.

Biasalahkan. Di umur 27 ni, gesaan untuk kahwin dari pelbagai sudut wujud. Sebelah kanan mak, belah kiri nenek, belah bawah makcik, belah atas kawan.

Maknya kalau boleh nak menantu Kelantan. Macam-macam mana pun, mak aku nak menantu Kelantan. Senang nak ziarah, senang nak ulang-alik, senang nak kenduri katanya. Aku pun iyakan jelah.

Mula dari tahun lepas aku start serius cari calon. Risiklah aku calon-calon Kelantan ni. Last-last, kesimpulan yang aku dapat, takde orang Kelantan yang suka aku.

Aku bagitahu mak, lelaki Kelantan tak suka orang, orang cari Terengganu ke. Mak aku balas, takde, cari dulu orang Kelantan. MasyaAllah maknyaaa.

1. A. Aku diperkenalkan dengan A melalui sahabat baik. A merupakan iparnya. Sahabat aku bagi gambar A pada aku, gambar aku pada A serta serba sedikit mengenai plan masa depan kami berdua.

A terus buat kesimpulan yang aku ni terlalu bercita-cita tinggi bila dia dapat tahu aku sedang sambung master. Lol. Apakah? Orang nak belajar, kerja pun tak tahu celah mana lagi.

2. B. Aku suka B sebab aku kenal B dari zaman sekolah. Aku nampak macam mana B bercakap dengan mak dan adik perempuan dia. Sungguh aku jatuh hati dengan adab dia. Tapi tu lah, dia tak jatuh hati pada aku hahaha.

3. C. Aku berkenalan dengan C dalam laman cari jodoh maya muslim. Wah2, katanya nak isteri yang highly educated sebab nak anak nanti pandai.

Tapi bila dapat tahu aku sedang ambik master dan tak kerja, terus senyap sunyi takde berita. Mungkin aku tak cukup layak sebab tak habis master lagi huhu.

4. D. Senior sekolah aku. Dia yang tegur dulu, kata dah minat dari sekolah lagi tapi tak berani tegur sebab aku garang.

D pun sama macam A, bila aku kata aku nak habiskan belajar, kalau dapat kerja biasa2 tu alhamdulillah sangat, tapi aku nak sangat habiskan master. Bukan untuk kerja tapi untuk kepuasan hati sendiri.

Terus dia label aku bercita-cita tinggi. Nak jadi CEO ke yang bersungguh sangat nak habis master?. Ya Rabbi!

Betul, bukan semua lelaki Kelantan macam ni ye. Tapi aku dah fed up. Aku sebenarnya, sambil-sambil berkenalan dengan abe2 Kelantan, aku berkenalan juga dengan abang Selangor.

Bukan nak test market, just nak bandingkan pemikiran diorang. Takde pun orang Selangor ( aku kenal dua orang, takuutt kenal ramai2) kata aku bercita-cita tinggi ke, dapat galakan lagi ada lah.

To be honest, aku rasa deep down memang betul aku bercita-cita tinggi. Tapi cita-cita ni wujud lepas aku rasa sendiri kesusahan untuk dapat kerja di negeri kelahiran sendiri apatah lagi di negeri aku merantau.

Pernah kena reject sebab aku orang Kelantan. Ada juga sebab aku berbaju kurung dan bertudung agak labuh. Tak sesuai pakai office attire katanya.

Parents aku ada business kecil-kecilan. Aku sebagai budak akaun, sampai bila nak biar parents buat business kecil-kecilan je ye tak? Orang Kelantan cakap “nnego wak make llo”. Sampai bila?

Aku bercita-cita untuk besarkan business parents aku, kalau ada rezeki lebih, aku nak bantu anak-anak muda Kelantan untuk senang dapat kerja di Kelantan sendiri. In a nutshell, yes, i want to be a CEO hahaha.

Aku nak jadi pemula untuk senangkan anak muda Kelantan dapat kerja, tak perlu merantau jauh untuk bekerja lagi dah. Aku harap bila aku berjaya buat macam tu, ada owner2 syarikat Kelantan buat benda yang sama. Sebab ye lah, nak harapkan kerajaan… hm.

Aku pernah buat report kat jabatan buruh bila aku nampak iklan kerja di Jobstr***, sebuah syarikat ni iklankan pekerja untuk pemandu director dengan tawaran gaji sebanyak RM1100.

Skop kerjanya, office boy, driver, driver untuk keluarga director, pembantu akaun dan nak kelulusan degree. Gila ke apa. Menyirap aku baca iklan tu weh.

Malangnya, inilah reality Kelantan. Tolongla pemilik syarikat berkenaan, kalau kecil buat cara kecil, hidup bersederhana tak payah nak bermewah bagai.

Sejenis yang nak senang sorang2 dia je. Kalau tak mampu hire pekerja lulusan degree, hirelah lulusan yang rendah sikit, bagi kerja fizikal ke. Kerja intelektual tu kau lah yang buat sampai syarikat besar dan mampu hire pekerja. Nama lagi owner. Aduh!

Berbalik pada cita-cita aku. Disebabkan cita-cita aku ni, memang patutlah rasanya cari orang Kelantan sebab nanti nak duduk Kelantan juga.

Aku kalau boleh, nak yang boleh support, semestinya akan banyak susah dari senang di awal perhubungan. Tapi itu lah, ada ke yang sanggup? Huhu.

– Isha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *