Gangguan Penyesuaian, Adjustment Disorder with Depressed Mood

Mungkin artikel aku biasa-biasa saja kerana dah ramai yang pernah confess tentang kemurungan, tapi percayalah penyakit mental aku adalah berlainan. Adjustment disorder with depressed mood.

Bolehlah teruskan baca kalau berminat nak tahu simptomnya.

Baru-baru ni aku dimasukkan ke wad psychiatry atas cubaan suicidal behaviour.

Mula-mula aku admitted kat hospital XX atas diagnosis abdominal colic kemudian di transfer ke Hospital XX bila staf wad dapat tahu aku cuba bunuh diri.

Macam mana dorang dapat tahu? Sebab aku punya pergelangan tangan kiri dah bleeding teruk. Masa ni PKP belum lagi diumukan di Malaysia.

Dalam pukul 6:30 petang aku naik ambulans sambil ditemani staf nurse dan PPK. Sampai je kat emergency department aku terus ditolak ke zon kuning..

Oh ya,before aku dihantar ke Hospital XX awal-awal lagi doktor kat wad tu dah inform pada MO oncall PSY yang aku akan dirujuk ke sana. So senanglah bila aku dah sampai hospital, dorang boleh terus attend aku.

Tak lama lepastu ada HO emergency yang attend aku, baca referral letter dan soal siasat pasal sejarah hidup aku. Physical examination kat aku, check luka kat pergelangan tangan tu dan ambik darah.

Mula-mula dorang takut nak attend aku sebab takut aku agresif dan mencederakan orang lain tapi bila nurse yang teman aku tu tak ikat aku dorang rasa lega.

Dan MO oncall dan pakar dari psychiatry department pun attend aku. Kalini soal siasat lebih mendalam dan tanya sindrom yang aku alami dah berapa lama, ada keinginan nak bunuh diri ke, ada pernah kena dera ke dan macam-macam lagi.

Bukan aku tak pernah minta bantuan dari Klinik Kesihatan tapi bila buat DASS test dan scoring untuk Depression,anxiety,stress tu tinggi mereka hanya suggest untuk buat sedikit senaman dan pernafasan.

Mula-mula ada pertikaian antara doktor yang aku ni kena admit kat medical ke psychiatry investigation.

Tapi sebab aku ada simptom keinginan membunuh diri yang tinggi, aku dimasukkan ke wad psychiatry. Dan bukan wad medical walaupun dorang syak aku ada internal bleeding kat brain/ brain infection.

MO Oncall pun bagi aku beberapa borang untuk aku tandatangan dan baca. Dorang cakap wad psikiatri ni wad istimewa sebab tu kena ada kebenaran dari pesakit/penjaga untuk admit wad ni.

Setiap hari sepanjang aku berada di wad itu, aku diberi psikoterapi oleh doktor yang incharge aku. Menariknya, setiap pesakit akan diberi seorang doktor perubatan untuk sesi psikoterapi dan sebarang masalah dengan kesihatan mental.

Akhirnya aku disahkan menghidap penyakit Adjustment Disorder with Depressed Mood atau gangguan penyesuaian.

Kata doktor yang incharge aku, banyak lagi penyakit mental yang dikesan pada diri aku tetapi buat masa ini diagnosis mereka ialah gangguan penyesuaian. Simptom boleh berubah dan diagnosis juga boleh berubah.

Ada beberapa faktor yang menjurus aku mengalami kemurungan antaranya ialah,

Aku menghidap penyakit kronik sejak kecil, kehilangan orang tersayang, rasa rendah diri dan tekanan dari keluarga dan persekitaran kerana aku tidak suka dengan persekitaran baru sejak arwah nenek aku meninggal 3 tahun lepas.

Dr yang incharge aku mendispens ubat Escitalopram 10 mg dan lorazepam kerana aku mengalami kesukaran untuk tidur sepanjang malam.

Doktor juga mengatakan bahawa aku tidak sedar yang emosi marah dan sedih sedang berleluasa di dalam diri aku kerana emosi itu telah tertanam dalam diri sejak kecil. Aku juga sukar membuat keputusan sendiri dan sering mendapatkan pandangan orang lain.

Sepanjang berada di wad, sudah banyak kali aku bertindak agresif seperti menjerit, menangis, meraung-raung menyalahkan takdir dan semua orang yang berada disitu.

Doktor pakar mengatakan bahawa itu adalah reaksi normal untuk pesakit kronik tetapi perasaan itu harus diredakan. Kalau rajin bolehlah google D.A.B.D.A. atau stages of grief.

Untuk pembaca di luar sana sekiranya terdapat tanda-tanda kemurungan dalam diri anda bolehlah segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital yang mempunyai kepakaran dalam psikiatri dan kesihatan mental.

Dianggarkan bahawa 1 daripada 3 rakyat Malaysia berisiko menghidapi masalah mental. Doktor akan sedaya upaya membantu anda untuk menangani masalah anda dengan ubat-ubatan dan psikoterapi.

Jika anda dinasihatkan untuk dimasukkan ke wad, anda perlu bersetuju supaya mendapat rawatan dan pantauan oleh doktor dengan rapi.

Bayaran wad psikiatri adalah percuma tetapi percayalah anda perlu membayarnya dengan pengorbanan berjauhan dengan keluarga dan dunia luar.

Jaga diri dan kesihatan mental anda sepanjang wabak COVID-19.

– Cik H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *