Sedikit tentang diri aku – aku Bella, umur 20an. Ayah aku dah meninggal masa aku form 5, setelah almost 4 tahun dia sakit (bedridden).
Mak aku ada hubungan dengan beberapa lelaki waktu ayah sakit tu. Tapi satu yang dia serious, jantan keparat yang aku nak story ni. Dia punya hipokrit dan bermuka-muka tu memang level dewa lah, habis kami adik-beradik tertipu.
Fun fact, dia dah jadi bapak tiri aku dah pon 2 tahun. But of course aku takkan mengaku dia bapak tiri aku, so aku akan bahasakan dia jantan. Admin tolong approve please… It means a lot to me. Thank you in advance.
Honestly aku taktau cerita ni akan jadi panjang ke tak sebab aku main tulis je takde specific plot.
SEBELUM KAHWIN:
Waktu ni aku baru lepas SPM, mak dah start bagi hint kat kami adik-beradik dia nak kahwin baru. Jantan tu ada datang rumah kadang-kadang and dorang keluar berdua selalu sangat. Cara mak nak yakinkan kiteorang untuk terima jantan tu:
1) Berkerjaya (duit banyak)
First and foremost, mak kata dia tu kerja as spy polis. Sebab tu dia banyak duduk rumah je, bila ada kerja je dia busy. Tapi setiap projek tu gaji berpuluh/ratus ribu. Family saya ni orang susah tau, so bila tau macam tu, kiteorang happy lah sebab rasa macam nasib nak berubah.
Apa yang buat kiteorang terhasut tu sebab lagi satu jantan ni kadang-kadang ada meeting. Dekat Penang lah, Genting lah, memang dekat hotel 5 bintang, and orang yang dia jumpa tu pon dalam kalangan Dato’ etc. Kenapa macam tu nanti aku sambung balik.
2) Jaga solat (kepala bana dia, tu semua lakonan)
Okay next, mak kata dia ni memang jaga solat. Setiap hari anak-anak dia akan bangun subuh pukul 6 and tak tidur balik dah lepas tu.
Fyi, jantan ni dah ada bini and anak 9 orang. Ye betul korang baca tu, anak dia 9 orang. Mak memang tak rahsiakan benda ni dari kami adik-beradik, sebab dia dapat yakinkan kiteorang yang jantan tu mampu. So yeah, kiteorang terpedaya lagi sekali pasal keimanan jantan ni pulak.
Afterwards, dorang kahwin senyap-senyap dekat Thailand sana, abang-abang aku jadi saksi. Kemain weh bahagia gila mak aku. Awal-awal kahwin tu setiap hari solat jemaah laki bini, aku pon macam ‘Alhamdulillah’ je lah.
LEPAS KAHWIN:
Berapa lama sangatlah mak nak sorok the fact that dia dah kahwin baru, kat sempadan pulak tu. Orang kampung ni cepat ni cari bahan gosip. Last-last sampai kat telinga nenek and adik-beradik mak.
Rumah aku ni belakang rumah nenek, tapi kena masuk lorong kecik sebelah rumah nenek sampai ke belakang jauah sikit baru jumpa. So nenek selalu je nampak kereta jantan ni ulang alik masuk ke jalan rumah aku, tapi dia positifkan diri ingatkan orang yang ada urusan ke apa.
So kemuncak dia adalah satu malam tu. Adik-beradik mak semua kumpul dekat rumah nenek and panggil mak and jantan tu. Mak suruh aku dengan abang sulung ikut, dia kata nak semangat sebab dia tau dia akan dihentam.
Satu, sebab kahwin senyap-senyap dekat Thailand. Dua, sebab adik mak pernah bercerai sebab ada orang ketiga runtuhkan rumah tangga dia.
Sampai je rumah nenek tu, kiteorang duduk dekat luar rumah je bincang kat situ. Mulalah pergaduhan antara family mak yang sebelum tu sangat rapat. Semua orang kecewa dengan mak, and kami adik-beradik jugak sebab bagi mak kahwin.
Dalam sejam lepas tu, pakcik kata nak bawak bini tua jantan tu ke rumah nenek sekali biar dia tau laki dia dah kahwin baru. And yes, dia memang bawak betul-betul. Bini tua dia tu tumbuk-tumbuk jantan tu sebab marah.
Dia sendiri memang tak sokong apa yang laki dia tu buat and start lah sesi pembongkaran sikap sebenar jantan tu. Dia bagitau yang jantan tu tak kerja, anak-anak makan nasi goreng je hari-hari. Setakat mengharap gaji dia sorang yang tak seberapa.
Kereta Vios yang dia pakai tu pon sebenarnya anak sulung dia yang belikan. Anak dia kerja Singapore so gaji banyak, tapi takde lah sampai tahan boleh support makan minum family sepenuhnya. Dah bapaknya ada lagi, patutnya bapaknya tu yang kena kerja bagi anak makan.
Malam tu pakcik aku paksa dorang bercerai. Dia pegang parang and sorok kat belakang dia. So jantan tu lafazkan talak satu kat mak, which lepas tu rujuk balik unofficially since dorang bukan ada sijil kahwin malaysia pon nak kena turun naik mahkamah untuk cerai and rujuk.
Tapi keadaan berubah lepas malam tu. Bini tua jantan tu selalu datang rumah bila duit takde and menjerit-jerit satu kampung pon boleh dengar padahal laki dia bukannya tengah kat rumah aku pon.
Biasanya dia akan duduk dekat motor dia sebab mak memang takkan bagi dia masuk rumah. Mak pulak akan berdiri depan di sebalik grill sebab taknak kena serang. Apa yang dia buat adalah bongkarkan lagi macam-macam sikap laki dia tu.
1) Pemalas
Dia tak kerja dan tak cari kerja. Punyalah pemalas jantan tu, kerja berat sikit pon dia tak boleh buat. Kerja-kerja kampung kan biasanya memang meletihkan macam kutip sawit, racun rumput etc.
Tapi even kerja pump minyak pon dia taknak weh. Selagi tak jumpa kerja yang grand lah senang kata dia takkan kerja.
2) Kaki ganja
Jantan keparat tu hisap ganja weh! Bila bini tua dia bagitau benda ni kat mak aku, mak aku ta terkejut pon. Rupa nya sebab dia memang dah tau dah pon. Aku macam nak maki je. Mak aku siap simpankan ganja jantan tu dalam purse dia weh.
Masa aku jumpa tu aku taktau tu ganja. Lepas tu aku google-google baru tau. Abang aku pon pernah jumpa and dia memang confront mak aku terus. Lepas-lepas tu mak aku tak berani dah simpankan ganja jantan tu lagi.
3) Gadai tapak surau
Mak jantan ni wakafkan tanah dia buat surau. Surau tu sebelah rumah dia je, as in rumah dia dengan bini tua dia. Pernah dia terdesak dia pergi gadai tanah tu. Dah lah tapak surau. So orang kampung terpaksalah kumpul duit sesama dorang nak dapatkan balik tanah tu.
4) Seludup PATI
Haa ni lah sebab dia ada meeting dekat hotel-hotel mahal tu. Baru aku faham kenapa sekali job dia boleh dapat duit banyak.
Dia komplot dengan orang-orang atasan untuk bawak masuk PATI (pendatang asing tanpa izin for those yang taktau). Antara orang berkuasanya sudah tentu polis. Well dalam polis pon mestilah ada pengkhianat. Ni jugaklah sebab jantan ni tak boleh di report pon.
Aku nak report dia pasal dadah pon aku tau dah dia takkan ditangkap. Tapi sekarang dia dah tak buat dah kerja ni sebab takut kena cekup. So dia langsung takde kerja dah sekarang sekian.
Okay bila dah kantoi macam ni of course lah kami adik-beradik benci dia kecuali abang sulung aku.
Dia sorang je yang masih support perkahwinan ni sebab dia rasa ada orang yang boleh jagakan mak and adik-adik dia. Kalau tak sebelum ni dia sentiasa risaukan kiteorang and sanggup tak sambung belajar and kerja area rumah je.
Disebabkan rasa benci aku ni kat dia, aku selalu gaduh dengan jantan ni. Sampai satu masa tu bini dia datang rumah aku lagi tapi waktu ni jantan tu memang tengah kat rumah aku.
Aku memang waktu tu kena keluar, sempatlah aku maki 2 ekor tu dulu, lepas tu aku campak beg jantan tu kat batu laman, baru aku blah.
And guess what, mak aku mestilah marah kat aku, dia nangis-nangis kata aku tak hormat suami dia. Dah perangai setan macam tu layak ke aku nak hormat?
Start dari haritu dorang terus pindahkan barang-barang dorang ke rumah zakat kat sebelah rumah kiteorang duduk ni. Berminggulah aku tak bertegur dengan mak aku.
Kiteorang memang dapat zakat and rumah zakat tu dibina waktu ayah awal-awal sakit dulu. Tapi lepas tu ayah dapat duit insurans and kiteorang buat rumah sendiri sebelah dia.
Biasanya rumah tu mak buat tempat dia jahit baju tu tapi lepas kes aku gaduh teruk dengan laki dia, terus laki dia tak berani nak masuk rumah aku.
Hello tu rumah bapak aku kot kalau nak diikutkan. Suka hati je nak buat macam rumah sendiri. Tapi lepas aku sambung belajar and jarang balik rumah dia dah start jejak balik tapi biasanya bahagian dapur je.
Okay so kenapa aku cerita semua ni?
Faktor utama of course sebab aku takde tempat nak luahkan selain adik-adik aku. Memalukan dowh family aku ni. Kawan-kawan takde sorang pon yang aku pernah story sisi gelap aku. Biarlah aku pulak yang jadi hipokrit nampak happy padahal macam-macam aku dah redah.
Next, sebab aku nak pandangan orang-orang yang dah makan garam lebih dari aku. Jantan keparat ni ada cable merata-rata. Aku taktau macam mana nak pisahkan dia dari mak aku. Dia tu parasite. Tapi mak aku suka.
Aku cuma boleh berharap mak aku sedar je suatu hari nanti. And also kiteorang adik-beradik malas nak ambik kisah sebab pikirkan kebahagiaan mak je. Sorry kalau confession ni agak panjang. Please drop some advices ya?
– Bella (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit