Assalamualaikum. Aku nak kongsikan pengalaman aku sebagai seorang fasilitator. Aku bukanlah pakar personality mana mana pusat terlatih. Aku cuma ingin ceritakan berdasarkan apa yang aku jumpai & alami sepanjang pengalaman aku yang tak seberapa ni.
Aku sangat berminat mendalami perasaan manusia, membaca personality manusia, membantu manusia atasi masalah hidup, dan berbagai ilmu lagi tentang uniknya kurniaan Allah pada manusia yang kita panggil PERASAAN atau EMOSI.
Aku sendiri tak tahu kenapa aku berminat. Barangkali aku dibesarkan dalam keadaan yang agak tertekan. Jadi pengalaman dan ilmu aku yang dorong aku jadi lebih baik dalam mengatasi masalah PERASAAN atau EMOSI ni. Bila aku jumpa mereka yang seperti aku dlu aku nak sangat bantu.
Aku bukanlah pandai bab begini, namun jika ada peluang untuk mendekati mereka bagi membantu. Aku amik peluang tu. Aku bermula sebagai fasilitator. Mari aku rungkaikan satu persatu pengalaman yang aku alami.
Kes pertama, bila kami semua kena buat program di sekolah rendah. Jiwa anak kecil ni penuh dengan perasaan.
Ada yang pandai atur emosi, ada juga yang celaru. Tapi kematangan itu tidaklah boleh dicapai seperti yang kita sangkakan. Hanya secebis. Itulah namanya anak kecil. Yang sepatutnya matang adalah kita si dewasa ni.
Perasaan mereka tulus. Walaupun pada awalnya menipu, tapi mereka tidak boleh kawal perasaan sebenar.
Orang seperti aku yang membesar dalam keadaan celaru boleh sangat baca apa mereka rasa. Jika mereka gembira, gembira betul. Kalau sedih, sedih betul. Susah nak tipu perasaan tu. Mereka akan pancarkan sehabis mungkin. Belum pandai tapis lagi.
Mudah untuk saya tracking siapa yang ada masalah jiwa. Kecelaruan emosi. Perasaan terbuku. Mudah sangat. Anak anak yang kurang perhatian dirumah akan selalu tampil dalam 2 personaliti diluar rumah.
Yang pertama, menjadi sangat pendiam dan menjauh dengan orang lain.
Yang kedua, menjadi sangat aktif dan attention seeker. Jangan terkejut bila orang kata anak kita dirumah lain, disekolah lain. Itu adalah benar.
Untuk personaliti yang pendiam ini, mereka banyak simpan rahsia dihati. Banyak pendam. Selalu dimarahi. Selalu tidak diadili dengan betul. Buntu tiada jalan keluar.
Rasa asing dengan kehidupan orang lain sebab kehidupan dirumahnya tidak sama. Tidak ada kekuatan untuk keluar. Tidak percaya orang lain. Sebab orang terdekatnya sendiri pun tidak percaya pada dia malah menganiaya dia.
Untuk personaliti yang aktif ni pula, boleh jadi kepada 2 jenis: Attention seeker menjadi lebih baik ataupun attention seeker yang nakal.
Kita boleh nampak daripada kaca mata mereka. Bila ditenung mereka, tertusuk ke hati aku dapat rasa apa mereka alami. Bukan lah aku ni Tok Nujum. Maksud aku terimbau kisah aku membesar dulu. Bila ditanya mereka meluah perkara yang lebih kurang sama.
Kebiasaannya, attention seeker diluar rumah ni akibat rasa tidak dihargai, tidak disayangi, tidak diambil berat, selalu diketepikan, selalu dibeza-bezakan, tidak didengari.
Mereka ni tidak bebas jiwanya. Seperti diikat-ikat jiwanya tu dipalang besi. Digari kata-katanya daripada keluar. Sakit. Sakit dadanya tu.
Aku faham semua perasaan ni. Aku syukur aku tergolong kategori ATTENTION SEEKER kepada yang ingin menjadi lebih baik. Aku channelkan emosi aku ke tempat yang betul.
Boleh baca confession aku berkenaan bertajuk “Interpersonal Skills Itu Mahal Harganya” (https://iiumc.com/interpersonal-skills-itu-mahal-harganya/). Itulah antara cara aku channelkan apa aku rasa.
Berbalik kepada kisah anak2 ni tadi, bila kita dapat cam mereka yang bermasalah ni tune utama aku ialah keluarga mereka. Bagaimana mereka dirumah.
Aku akan gunakan sedikit pengalaman aku untuk jadi jarum titik permulaan bagi meleraikan segala rahsia pekung didada yang mereka akan luahkan.
Kenapa aku buat macam ni?
Percayalah mereka perlukan cahaya. Pendorong dan penguat. Juga seseorang yang mereka boleh percaya untuk bertaut. Tempat untuk mereka meluah dimana suara mereka ni ibarat bayu laut sahaja dirumah.
Jujur aku tak mampu nak beri mereka duit berlebihan ataupun berada dengan mereka 24 jam.
Mendidik jangan diberi ikan, tapi beri mereka pancing dan ajarkan mereka memancing ikan untuk teruskan kehidupan. Bila dah pandai uruskan diri, kita ajar menangkap ikan menggunakan jala pula. KEYWORD disini ialah SABAR. Sabar dalam mendidik.
Bila kita dengar apa mereka luah, jangan judge. Buka besar minda. Istighfar. Jangan pilih side. Jadi orang yang terbuka. Jangan salahkan dia. Jangan salahkan ibubapa mereka. Malah pesan, kita tak boleh ubah orang. Allah je boleh.
Kita boleh ubah diri sendiri je dik. Usah diajar untuk membenci pada mereka, mereka lebih arif. Mari kakak ajar tips untuk elakkan rasa stress.
Maka, aku akan ajar dia satu persatu tips yang kadang berguna pada dia. Tak semuanya berjaya. Tapi mereka ada sinar harapan. Ohhhh ada juga orang yang nak dengar dan percaya pada aku ye.
Kadang-kadang ada yang susah kita nak dekati, contohnya yang kategori pendiam ni. Masya Allah. Macam aku cakap, SABAR.
Orang pendiam ni banyak berfikir. Mulut je diam, otak dan hati dia tu bercakap bukan main laju lagi. Cuma tak terzahir je. Santuni mereka. Bagi kata kata semangat. Selalu ingatkan mereka Allah ada tau.
Kadang-kadang aku usik jiwa mereka dengan ayat ni, “Kakak mungkin bukan orang yang awak suka, tapi mungkin Allah makbulkan doa awak bila awak minta tolong melalui kakak. Bila bila awak free nak share apa apa bagitahu kakak tau”.
Terjegil mata dia tengok aku. Betul la agaknya dalam hati dia tu selalu berdoa minta tolong barangkali. Sama je dengan aku dulu.
Yang terakhir kalinya aku nak berpesan-pesan pada kita semua termasuklah diri aku sendiri. Jika kita ada anak & kita mampu untuk usahakan merubah diri kepada lebih baik cara kita berfikir dan melayan anak, maka berubahlah daripada sekarang.
Berikan perhatian bukan bermakna tidak boleh tegas ataupun rotan. Tapi apa yang aku maksudkan kat sini, berikan mereka peluang. Andai dulu kamu adalah anak yang tidak disayangi, jangan hukum anak kamu pula. Mereka tak salah. Kamu yang salah, sebab tak ubah nasib sendiri.
Juga pesanan aku ini kepada adik adik yang sudah besar kini malah sedang berperang dengan emosi dan perasaan yang tertanam sejak kecil dalam hati. Jangan salahkan orang keliling kamu. Cukup!
Bertanggungjawab atas diri dan perasaan sendiri. Cukup untuk play victim. Ayuh kita beranikan diri keluar daripada kepompong silam. Amik tangan kakak yang dalam bentuk kata kata untuk bangkit. Bangkit !
Sampai bila awak nak orang faham awak. Sampai bila awak nak salahkan orang. Dulu salahkan mak ayah. Lepas tu salahkan cikgu tak faham. Dah besar salahkan kawan pula. Salahkan boss. Salahkan semua orang.
Putuskan rantai salah kan orang tu! Cermin diri. Kita tak boleh ubah orang. Kita ada kekuatan yang cukup power untuk ubah diri sendiri je. Dunia kita berubah bila kita sendiri berubah.
Ye kita golongan teraniaya tidak berpeluang daripada kecil. Cari peluang tu ! Bangkit. Takde peluang? Cipta peluang sendiri. Cukup2 lah alasan kita ni nakkan perhatian. Untuk apa lagi? Keluar daripada kegelapan jiwa tu. Besarkan jiwa kita.
Senang nya aku bercakap kan. Aku tahu berat lagi bahu yang memikul. Aku dah rasa. Memang situasi kita berbeza. Tapi sampai bila nak cari perbezaan sedangkan solusi kita sama iaitu SEDAR DIRI & BANGKIT.
Aku nak kita semua kuat. Kuat jiwanya. Allah ada. Yakinlah Allah ada. Mereka yang korang nampak sempurna tu, andai kata mereka tidak menyantuni kehidupanmu, sebenarnya mereka juga sorokkan kisah hati.
Hati yang baik, takkan mungkin mengherdik yang lain. Malah lebih memahami. Perasaan ingin nampak lebih baik daripada orang lain dengan herdik atau pandang rendah adalah satu tanda sikap mereka insecure dengan diri sendiri.
Mereka ternampak satu kelemahan orang lain dan jadikan itu sebagai senjata adalah tanda diri insecure. Kurangnya emphati dalam diri manusia, bilamana tidak pernah dididik untuk meraikan perbezaan dan menghormati orang lain.
Apatah lagi mereka yang asyik mendabik dada, inilah golongan insecure. Mereka terpaksa buat statement siapa mereka sebagai pelindung ataupun shield besi macam Captain America pakai untuk rasa selamat. Inilah tanda jiwa tidak besar.
Pakailah jiwa yang besar dan minda yang besar untuk selamatkan diri sendiri, kelak takde sesiapa mampu menganggu gugat emosi mu kerana perisai jiwa dan minda kamu Allah yang lindung. Bukan pangkat, harta ataupun rupa.
Aku sudah alami semua ini. Aku juga tidak baik mana. Aku cuba berikan suntikan2 semangat untuk kamu semua insan teraniaya untuk bangkit jadi orang lebih baik. Sebab kamu semua layak untuk bahagia, layak untuk disayangi, layak untuk dihargai. Cuma kita kena mulakan dengan diri sendiri.
Berjuang dengan musuh utama kamu hari ini iaitu diri kamu sendiri. Jangan duduk lama lama biarkan ia bersarang. Kelak syaitan akan kuasai kamu. Kibarkan panji kebaikan. Kita insan terpilih. Sangka baik dengan Allah ye kawan kawan.
Hidup ini pilihan yang Allah bagi. Sama ada kita nak pilih jadi lebih baik atau jadi lebih jahat. Kamu tahu status hati kamu dimana. Bagaimana kita bermula itu tak penting, yang penting bagaimana kita berakhir. Gunakan pengalaman kita sebagai peta kehidupan buat anak anak kita jadi lebih baik.
Perhatian bukan bermakna manja 24 jam, berkasih sayang bukan bermakna tiada ketegasan, mendengar bukan bermakna kita ibubapa seperti lembu dicucuk hidung, berikan peluang bukan bermakna kita biarkan diri dipijak oleh anak.
Kita ibubapa, jadilah bijak. Anak anak peniru unggul, apa yang dia nampak daripada perbuatan ibubapanya itulah diri dia bila mereka membesar. Apples will not falling too far from the tree, right?
Sekian coretan kali ini. Sekali lagi maafkan aku andai kata kata aku ini mengguris hati murni kalian. Tidak sedikit pun aku ingin mengusik jiwa hamba-hambaNya yang baik ini. Aku juga masih berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik.
“Bebaskan diri daripada perasaan terpendam, merdekakan dirimu”.
– Siti Hajar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit