Aku Dan Diriku

Assalamualaikum wbt semua pembaca. Semoga sihat dan bahagia sahaja di fasa PKP ni. :)

Nama saya Didi. Salam perkenalan. Saya seorang lone ranger. To be honest, there were times that I felt proud saying that, and there were times that I didn’t. “Apa rasanya berkawan dan bersosial ya?”

Selalu soalan itu saya tujukan kepada diri sendiri. “Kalau jadi apa-apa pada saya, ada orang kisah kah?” Those have always been my late night thoughts these days.

“Didi peramah orangnya”. Biasanya itulah first impression orang terhadap saya. Kelakar rasa kadang-kadang. Letak dalam resume cakap “friendly” tapi skill saya setakat memulakan perkenalan sahaja lah.

Throughout the years, I noticed that I’m bad at keeping up with relationships.

Sudah berapa ramai sahabat saya yang saya gelar best friends, tapi when we grew physically apart, maka sampai situ sahaja lah. Mujur sekarang ada ruangan story reply, likes and comment. Kadang saja say hi to show them I still exist.

Tapi jujur, takat situ sahajalah. Saya cuba muhasabah diri. Lihat jauh kembali ke masa lampau. “Silap aku di mana?” “Apa lagi aku kena buat?”

Orang cakap, effort kena gerak both ways. Tak boleh expect orang untuk start dulu and you only wait. Betul jugak kan. Tapi saya pernah terluka dengan manusia. Dan luka itu dalam, dibiar tangguh tidak disembuh, dan kini melarat ke seluruh tubuh.

It goes way back in primary school. One of my insecurities is my appearance. Tidak cantik, sedikit chubby dan tinggi. Seorang kanak-kanak riang, tetapi sensitif. Aktif di sekolah kerana pandai dan berani.

Suatu hari, saya ke sebuah daerah untuk program kepimpinan mewakili sekolah bersama sahabat baik saya. Lebih kurang 200 pemimpin kecil daripada sekolah masing-masing berkumpul. Dan daripada daerah saya, kami naik bas bersama-sama. Campur lelaki dan perempuan.

Dan di belakang seat saya dan sahabat, ada sekumpulan budak lelaki. Katanya kepada sahabat saya, “Cantiknya kau. Nak jadi awek aku tak?”

Ah budak-budak. Biasalah. Dan dia kemudiannya menoleh kepada saya, “Kau ni tingginya, gemuk pulak tu. Ada ke lelaki nak kau?”. Lalu saya diketawakan. Hati kecil saya membalas, “salah aku ke kau PENDEK wahai lelaki?”. Tapi saya diam, dan maafkan.

Kemudian, pulang ke sekolah, saya teruskan kehidupan saya, baca ikrar di perhimpunan, tolong cikgu, masuk macam-macam pertandingan, dan dah lupakan kejadian kem itu.

Suatu hari, segar di ingatan saya, kami kawan sekelas bersembang sewaktu buat latihan Matematik, dan kawan di depan meja saya merenung saya dan berkata, “Didi, agak-agak kau ni nanti kahwin ke tak eh? Dengan gemuknya, jerawatnya, tingginya”. Seorang sahabat baik saya berkata begitu.

Saya pergi ke tandas selepas loceng terakhir berbunyi, dan saya menangis sambil tengok cermin. Lap air mata, dan teruskan hidup macam biasa.

Masuk sekolah menengah, saya berazam nak pergi jauh daripada kawan-kawan sekolah rendah. Saya masuk sekolah yang tiada sesiapa kenal saya. Kembali aktif masuk itu ini, semua saya cuba. Seronok rasa.

Disebabkan saya aktif, saya agak dikenali. Ada yang menegur menyatakan minat, dan perasaan insecure buatkan saya excited and began to obsess over him. Saya nak show off hubungan kami tapi dia tak bagi.

Saya mula berfikir, adakah kerana aku hodoh? Dan biasalah zaman cinta monyet, jarang berakhir bahagia. Keyakinan saya merudum lagi. Saya tidak pernah dipuji cantik sepanjang hidup saya, walaupun sekali.

Kawan-kawan pula tidak membantu. Ada yang mengutuk di belakang, berkata macam-macam. Kerana terlalu terluka, saya putuskan hubungan mesra dengan semua sahabat di sekolah menengah.

Sejak peristiwa di zaman sekolah itu, saya jadi tak nak dah open up to sesiapa. Rasa hati tawar. I can be very nice to people, but act defensive when they tried to come closer.

Seolah ada dinding konkrit yang sesiapa pun tak boleh tengok isi di dalamnya, tiada pintu, tiada ruang udara. Saya tak nak disakiti lagi. Sampai selalu saya doa, ya Allah, jadikanlah aku bersyukur dengan ciptaanMu terhadapku. Aamin.

Masuk universiti, saya dah bertekad, saya nak berjaya dan jadi kaya. Saya berkawan, beramah mesra seperti biasa, just to get things going, you know. Sampai lah saya bertemu seorang lelaki.

Kami berdua pernah ada episod luka mendalam dengan manusia, somehow felt connected to each other and we decided to be best friends. Dua hati yang kosong rasa terisi. Tapi rupa-rupanya dua hati yang kekurangan itu masing-masing mahu menerima daripada memberi.

Dan akhirnya setelah 4 tahun, kedua-duanya terluka, tidak lagi mampu menanggung beban, dan pergi membawa haluan masing-masing.

Saya hilang seorang sahabat baik, sekali lagi. Dan kembali menutup hati untuk semua manusia. Hati ini kembali tawar, tawar dan tawar. Saya tidak lagi percayakan sesiapa di dunia ini, kecuali keluarga saya.

Saya belajar buat semuanya sendiri. Zaman belajar dihabiskan bersama diri sendiri. Jogging sendiri, shopping sendiri, tengok wayang sendiri, belajar sendiri, makan sendiri, keluar jalan-jalan pusing KL sendiri.

Saya tak pernah makan di kafe kolej atau kuliah kerana saya segan makan sendirian di khalayak ramai. Selalu bungkus dan bawak masuk bilik atau picnic sorang-sorang di kerusi padang.

Bila ada keperluan bersosial seperti menyiapkan group assignment dan aktiviti society, saya memberikan kerjasama sepenuhnya supaya tidak menimbulkan masalah kepada orang lain.

Kerja saya tiptop, saya dipuji. Lega hati, saya panggil ini berdikari. Kemudian saya kembali kepada diri saya yang suka menyendiri.

Kemudian, alhamdulillah, mudah urusan saya diterima bekerja di sebuah syarikat. Setelah beberapa bulan, atas sebab-sebab berkaitan manusia juga, saya patah hati teruk and I called it quit.

Alangkah seronoknya, jika saya tidak perlu membuat keputusan ini. Alangkah seronoknya, jika saya boleh beli hati baru menggantikan hati yang penuh tampalan luka ini. Orang cakap saya terlalu sensitif. Just because you see me doing well, doesn’t mean the burden is not heavy.

Saya tak pernah bercerita pada sesiapa pun, kawan pun tiada, pada keluarga memang tak akan lah sebab melihat air mata mereka buat saya lebih rela mati.

Macam mana ya orang ada best friends yang boleh share everything dengan mereka? Seronok tengok. Saya doakan mereka terus bahagia. Cuma saya ambil jalan tidak terlalu melihat media sosial sekarang, bimbang saya jatuh dengki. Saya juga perlu jaga hati, kan?

Saya pun tiada perancangan mahu berkahwin lagi. Bukan menolak perkahwinan, tapi saya rasa tiada yang akan sudi menerima saya seadanya. Saya cuba love myself more, walaupun orang cakap I’m being narcissistic.

Kalau saya pun tak dibenarkan menyayangi diri saya yang serba kekurangan ini, siapa lagi? Saya lah orang yang paling awal akan angkat tangan jika ada yang mahu menjual perasaan positif dan kekentalan hati.

Jujur, tulisan ini terbit kali pertama dalam tempoh bertahun-tahun penderitaan ini, supaya saya boleh bangkit sekali lagi.

Saya masih mahu percaya, ada manusia-manusia baik di dunia, sudah ramai stranger yang saya jumpa, semuanya baik-baik belaka.

Cuma yang saya benarkan masuk tinggal di dalam hidup saya, semuanya bertindak meracik-racikkan jiwa dan meninggalkan saya terkontang-kanting melawan perasaan ini sendiri.

Jangan risau, saya okay. Doakan saya ya…

Sayang semua fillah.

Assalamualaikum wbt :)

– Didi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *