PKP Your Heart: 11 Tahun Yang Istimewa

Assalamu’alaikum pembaca setia IIUMC. Terima kasih buat IIUMC sudi share my story. For the first time aku nak kongsi cerita pasal kesetiaan kawan baik aku yang korang semua boleh ambil sebagai pengajaran.

Nama aku lily (bukan nama sebenar). Aku ada seorang kawan baik, aku panggil kiah (bukan nama sebenar) yang mana dia diuji dengan kehadiran pelbagai jenis perangai seketul makhluk bernama lelaki. Daripada sekolah rendah sampai lah menengah sampailah sambung ipt, ok sampai sekarang.

Alhamdulillah kiah ni ada rupa semua, baik, takde masalah dengan orang cuma sifat garang dia serba sedikit boleh protect diri dia walaupun kadangkala dia tewas dengan airmata. Setiap tahun kena kacau dengan lelaki yang berbeza start dari darjah 3, mungkin orang kata untung la lawa ramai peminat bagai.

Tapi ramai tak tahu penderitaan yang dia lalui setiap kali berdepan dengan lelaki-lelaki miang ni haishh. Ok Aku berminat nak kongsi pasal seorang laki ni je dalam banyak-banyak belas manusia tu. Sebab apa?

Sebab dia punya kenal tu daripada darjah 5 sampaila sekarang tetap setia walaupun bertapa banyaknya lelaki yang pernah masuk dalam hidup dia. Start perkenalan mereka time sekolah rendah. Kiah darjah 5, dan nama laki tu As (bukan nama sebenar) darjah 6, beza setahun dengan kiah.

Haaa ceritanya bermula camni… Masa kiah f1 ,dia masuk sekolah yang berbeza dengan As. As sekolah biasa tapi berasrama, kiah sekolah yang ada aliran agama.

Start dari kiah f2 la As tegur kiah di fb sebab zaman dulu mana ada wasep lagi. Dua dua saling kenal sebab selalu je nampak kat sekolah rendah tapi tak pernah jumpa atau bertegur. Nampak nampak gitu je. Lama lama borak kat fb , jadi rapat.

Kiah pon macam berminat la dengan As, tapi As tak pernah anggap hubungan dieorang lebih dari kawan pon. Masa kiah f3 dan As f4 , dia dapat result gempak dalam pmr, so As pindah sekolah berasrama penuh. Makin lama dieorang makin renggang.

Kiah pon dapat rasakan yang As macam jauhkan diri dari dia. So, dia try hard untuk move on sampaila dieorang lost contact. Jadi dari kiah f4-f5, mereka tak berhubung langsung. Masing-masing bawa haluan masing-masing.

Sampaila satu harini, ayah kiah tegur kiah. “Yah, mak member awak tu baru meninggal tak silap”, kiah pon pelik “aik, member yang mana satu ni ayah?” , “alaa yang kembar tu” , “oh seriusly!? *dalam hati, sejak bila pulak dia jadi member aku ni, ceh bapa gue. For the first time *Hahaha Tergelak aku dengar cerita dia ngan bapanya haa.

So, start lepas habis spm tula kiah mula rapat balik dengan As bermula dengan persoalan pasal arwah ibu dia semua tu. Tapi kiah taknak menaruh harapan seperti dulu, taknak merasai kecewa buat kali kedua. So, dia biasa jela. Tapi terkantoi yang As pula menaruh harapan kat dia. Cuma As acah acah cover.

Sampaila satu masa ni, kiah nak sambung study jauh dari tempat tinggal dia. As mestilah risau kalau ada lelaki nak tackle, takut diambil orang kan. Tapi apa kan daya. Start dari situ, kiah nekad nak fokus study, taknak contact dengan As langsung.

So, bermulalah kisah kiah di tempat yang jauh dari family. Disebabkan As yang terlalu risau, dia wakilkan ayah dia untuk tanya ayah kiah . Tapi mungkin jawapan ayah kiah seolah-olah menunjukkan hint yang agak mengecewakan As.

Yela kiah kan baru je nak start study di ipt. So, takut dia tak fokus pula. Kiah yang dapat tahu cerita dari adiknya, berbunga-bunga la pon hati cik kiah ni haaa hahaha. Walaupun ayahnya tak bagi respon baik.

Bertahun juga kiah tunggu As, daripada start masuk ipt sampaila covid ni ha. Kiah ada je cuba untuk lupakan. Try cari kat tempat yang dia study, tapi semua tak berkenan dimata dia. Bukan takde orang yang pernah cuba risik kiah disitu. Ada, tapi kiah tolak mentah-mentah sebab hati dia masih pada orang yang sama.

Sampaila kiah putuskan satu keputusan yang sangat tak terpikir pulekk dek akal kuu ini, terkejut member! Kiah nekad nak bincang lebih serius dengan family pasal ni ,tapi kiah susun teknikal baik-baik supaya tak jadi macam gopoh gapah .

Fuhh. Setelah bertahun menyepi, Kiah start tanya As dulu, dalam masa sama dia mula nak cerita kat mak dia. Tapi nasib tak menyebelahi, kesian kawan baik aku. Dia tak sangka As baru je ada gf. Bukan takat koyak, rabak habis.

Dari situ, kiah batalkan niat untuk bincang dengan family. Pehh luluh kot hati dia, harapan yang dia simpan bertahun-tahun, rasa sia-sia selama ni. Memang banjir la si kiah ni. Tapi dia pandai sorok, haa korang bayangkan.

Hampir demam panas, tapi dia lawan. Cuba gagahkan diri dan setelkan semua, last dia doakan moga As dan future di permudahkan semua. Aku yang dengar pon koyak weh. Kiah siap bagi advice lagi dan last minta untuk berhenti chat terus.

Memang nampak keperitan kat wajah dia yang pura-pura senyum macam takde apa-apa berlaku. Telan je hari hari luka dia. Kalau aku jadi dia, memang aku cakap la aku tunggu, lama lak tu. Hahaha biar As rasa serba salah!

Tapi kiah tak, dia letakkan diri dia kat tempat gf As tu. Dia fikir perasaan orang lain dulu berbanding hati dia. Aku pula yang rasa pedihnya huuu. Uish macam drama gitu. Then, dia undur diri dan dia kata better dia tahu awal, daripada bertepuk sebelah tangan, pastu tiba-tiba nanti dapat kad jemputan, mahu tak high attack!

Aku memang sedih tengok dia. Tapi dia sempat lagi bergurau, “weh,ly kalau aku dapat kad jemputan ni satu hari nanti , aku rasa boleh pengsan+demam seminggu ni hahaha”, padahal aku nampak je dia nangis weh. Senyum dalam tangisan. Sumpah sedih.

Untuk As, kau sebenarnya dah terbaik untuk kiah. Kau jujur, baguslah. Cuma mungkin ni ujian korang berdua. Sebab tak ramai lelaki yang boleh jujur yang dia dah berpunya. Cuma, aku nak kata inshaaallah korang mesti akan disatukan pada satu masa yang tepat. Mungkin bukan sekarang.

Tapi yakinlah doa korang dalam diam ni, mesti ada penghujung yang baik inshaaallah kalau Allah izinkan. Dari reaksi kiah dan As, aku memang nampak jelas korang sebenarnya masih sama-sama tunggu tapi dua-dua simpan dalam doa kan, baik ngaku. Cehh, sukati aku je haha.

Kejujuran itu mahal kan, walaupun ia amat perit. Aku suka dengan kematangan kiah sekarang. Dia urus emosi dia elok-elok. Kalau dulu? Ade la meghoyan sikit haha. Sikit je k, tak banyak pon. Biasalah budak-budak baru nak up.

So, aku nak share apa yang kiah buat selama seminggu dia cuba move on. Nangis nya dikawal. Huhhh. Pedih member sebelah.

Banyak kali Bersyukur dalam masa sama menahan tangisan sakitnya dihati dia. Aikk? Macam pelik kan? Takde lah, tak pelik . Dia bersyukur sebab Allah nak dia kembali balik padaNYA, sebab kiah kata dia tahu yang dia banyak dosa. So, inilah kira cara nak hapuskan dosa dia. Dengan kepedihan yang dirasai. Kan sakit itu penghapus dosa. Sentap member.

Doa la details dan bersungguh-sungguh umpama anak menangis nak sesuatu pada mak ayah, umpama kawan baik bercerita masalah yang dieorang hadapi.

Setiap kali bangun tahajud/ dhuha/  istikharah/ taubat, dia doa sungguh-sungguh minta ampun kat Allah siap mention lagi sebab dia dah suka pada makhluk ni (As) . Bukan “elien datang menakluki bumi demi koko yang dicari cari” huhu k bai. Dia sedih tapi dia tak marah Allah, sebab dia tahu Allah rancang yang terbaik. Yang paling win. Dia share doa istikharah

Kalau betul As jodoh terbaik untuk dia, family dia,agama dia, masa depan dia, hidup dan mati dia, keturunan dia dan Allah redha, maka permudahkan lah berkatilah dan temukan disatu waktu yang tepat.

Kalau As buruk untuk dia, family dia, agama dia ,masa depan dia, hidup dan mati dia, keturunan dia dan Allah murka, maka jauhkanlah dan damaikan hati dia tanpa terkesan dan tersakiti langsung pun untuk terima kehilangan As.

Dia mula berubah sikit-sikit, cuba untuk jadi lebih baik dari sebelum ni dan dia rasa mudah walaupun dalam keadaan sakit luka dihati huhu, dia rasa lebih menghargai orang tersayang terutama sekali family dan kawan-kawan. Tetiba dia jadi pandai berlawak haha.

Aku nampak Kiah mula rasa lebih tenang dan dia akui sebab Allah dah jauhkan dia daripada maksiat. Maka ketenangan yang dia dapat sekarang ni sangat bernilai.

Dia kuatkan diri dengan cari apa apa nasihat ataupun motivasi yang membina diri dia. Sebab itu memang jiwa dia. Kiah tak minat dengan perkara-perkara negatif. Suka sebarkan caj positive dan matang dalam berfikir.

Dia tukarkan masalah tu sebagai hadiah istimewa dari Maha Pemilik hati untuk dia sempena PKP 2020 ni . PKP your heart! Dalam 11 tahun yang istimewa . Tahun ni yang penuh dengan bungkusan hadiah dari Allah. Dia kata masalah tu perlu diurus bukan difokus.

Last, dia kata apa-apa yang kita hadapi, mintalah daripada Allah dulu. Sebab Allah Maha Pemilik kita semua. Jangan jadi cam dia. Takpe kiah. Allah faham perasaan kau.

Allah bagi sakit, kalau nak sihat minta Allah. Allah bagi rasa dalam hati, kalau nak tenang minta Allah. Allah cipta kita berpasangan, kalau nak seseorang, minta Allah. Jangan berharap pada manusia, nanti kecewa. Dia tersalah langkah sikit je. Tu yang kecewa tu.

Its okayh. Aku sentiasa ada untuk kawan baik kesayangan aku ni. Doakan dia, ok! kawan-kawan. Terima kasih sudi baca. maaf dong. Panjang pulek. Aku harap semua dapat ambil pedoman. Tak sikit, banyak. Tak banyak, sikit. Sekian bebelan kawan baik kiah yang comel.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *