Bila ‘Pandai’ Cuma Pada Gred

Aku merupakan seorang guru, tapi tidak mengajar di Malaysia. Aku rasa masalah yang aku alami lebih kurang sama dengan cikgu-cikgu lain, cuma kesannya mungkin tak sama.

Sekolah di Malaysia tak guna sistem ‘Continual Assessment’ barangkali, jadi guru-guru tak ada pressure untuk menilai murid-murid sepanjang tempoh distance learning begini.

Sekolah aku menetapkan 40% daripada gred akhir datang dari kerja semasa kelas, projek, tugasan @ assignment, dan topical test. Manakala 60% daripada gred akhir datang dari peperiksaan akhir penggal.

Sebenarnya bila sekolah memutuskan untuk jalankan distance learning, aku rasa bertuah juga.

(1) Aku tak perlu pening handle perangai anak murid macam di kelas,

(2) ada ibu bapa yang boleh close monitor anak-anak, jadi memberi arahan mungkin lebih mudah, anak-anak dengar cakap ibu bapa,

(3) disiplin anak-anak lebih mudah dikawal berbanding di sekolah.

Harapan semua tu merosot sebab hakikatnya anak-anak lebih MANJA bila dengan ibu bapa masing-masing. Semua dilayan macam raja dekat rumah, makan waktu online class, bangun lambat, tak buat kerja.

Aku ada tengok voice note yang seorang parent bagi kepada guru, kata anak dia dapat kerja banyak, ingat anak dia duduk rumah kerja buat schoolwork sahaja ke?

Aku sebenarnya lebih rela kalau dapat respon begitu dari parents (but of course dengan intonasi yang lebih baik), sebab sekurang-kurangnya aku tahu anak-anak overwhelmed, dan modify dengan consultation dengan guru-guru subjek lain.

Situasi aku, aku tak bagi schoolwork pun, semua kerja yang aku bagi adalah untuk diselesaikan dalam tempoh sejam waktu pembelajaran subjek aku.

Sekolah dah buat jadual matapelajaran tiap hari. Anak murid cuma perlu duduk buat kerja 8-12 sahaja (itu pun kalau ada), kalau aku bagi lecture, diorang cuma kena duduk dan dengar sahaja.

Baru-baru ni aku buat online test sebab tu salah satu aspek yang diambil kira untuk gred akhir nanti. Aku dah susun elok, minimakan kemungkinan untuk anak murid meniru.

(1) google form yang aku guna aku limitkan satu submission per account,

(2) akaun yang dalam domain sahaja boleh access,

(3) anak murid kena on video call supaya aku boleh monitor live,

(4) anak murid kena hantar gambar kertas yang dia guna untuk working (aku mengajar math).

Punyalah kecewa aku tengok kerja anak murid,

(1) ada yang tak ada jalan kerja tiba-tiba tulis jawapan akhir, betul pulak tu,

(2) yang ni mencurigakan aku sebab budak ni memang lemah sangat tapi boleh dapat almost perfect, ada jalan kerja dan perfect sungguh.

Lepas aku siasat,

(1) mak nya tolong bagi jawapan,

(2) ada private tutor yang duduk sebelah tuliskan jalan kerja, budak tu tinggal salin guna handwriting sendiri.

Obviously dua-dua kerja parents yang memalukan. Aku ingat seorang parent akan concern terhadap kefahaman anak-anak. Aku takkan terkesan apa pun bila ada student yang tak faham.

Cikgu kisah apa, tu bukan masalah cikgu. Tapi hakikat sebenarnya, cikgu lah yang sedih, mak ayah tak kisah pun, mereka cuma nak gred cantik biarpun anaknya b0doh.

Akhirnya aku dah kecewa, aku cakap dengan suami, I’ll give what the parents want, but the kids will grow stupid, as how they wanted too. Take that.

– Cikgu T (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *