Hi aku nak straight to the point je.. Aku ade masalah dengan hidup aku. Aku membesar dengan selalu bergaduh dengan mak aku. Mak aku jenis mak yang typical suke lebihkan anak dia. Kira dalam family akulah paling black sheep.
Dulu waktu aku 7 8 tahun kakak aku pernah panggil aku pembawa sial. And bende tu betul-betul effect aku. Dia cakap aku lahir je ade sedara meninggal. And then aku pernah sakit teruk waktu kecil sampai mak aku kene berhenti kerja.
Owh kakak aku ni memang anak kesayangan mak aku. Sebenarnya aku pon tak faham dengan parents ni. Kenape tambah anak kalau kau end up nak lebihkan yang lain. Then its better to have one kid right?
So sebabkan selalu gaduh dengan mak aku ni. Satu hari dia marah aku and aku mengamuk. Aku tak ingat bergaduh pasal ape but normally reason aku kene marah sebab aku marah adik beradik aku.
The thing with them is.. its ok kalau dorang yang buat but not ok kalau aku buat dekat dorang balik. Contoh pinjam baju which is so typical dengan adik beradik orang lain tapi tak untuk kakak aku.
Dia boleh pinjam barang aku tapi aku tak boleh pinjam barang dia which is normally aku yang end up salah walaupun barang yang aku pinjam adalah sebab barang aku kakak aku pinjam and aku perlukan barang tu.
So satu haritu aku bergaduh and end up jadi lagi besar sebab obviously mak aku sided with my sister. And out of no where dia cakap aku perempuan jalang. Yes perempuan jalang.
Mine you aku just 15 waktu tu and nerd takde boyfriend just typical budak sekolah yang fikir study and ade crush for fun tapi takde la gatal sampai nk confess kapel bagai. And mak aku panggil aku perempuan jalang.
Mak aku ni honestly dari aku kecik aku memang tak brape suka mak aku sebab mak aku suka cakap lepas and kadang-kadang keluar bende yang tak berapa baik.
Aku tak kisah mak aku nak lebihkan kakak aku or adik beradik aku yang lain which bende ni memang effect life aku. Buat mak2 jangan lebihkan anak korang. Sayanglah sama rata.
Satu yang aku perasan kakak and adik beradik aku rezeki selalu lebih dari aku. Tapi aku rasa kakak aku ni sebab mulut dia jahat ade rezeki yang Allah tarik dari dia,which bagi aku lantak la sebab other than that dia ade semuanya.
Literally semuanya. Aku tak pernah dengar life dia ade problem. Aku ni sepanjang degree je tak terkira kereta laptop rosak berapa kali. Tu baru sikit. Jaranglah dalam hidup aku dapat ape yang aku doa. Kalau ade pon aku rasa 2 kali je. Tapi dulu aku still bersangka baik and redha je.
Tapi now honestly aku rasa makin hari nak percaya Allah tu wujud pon aku malas nak fikir. Sebab life aku terlalu teruk. Aku tak mampu nak bersangka baik things are going to be ok cause it just getting worst.
Aku dah lama tinggal solat sebab aku rasa buang masa doa and tunduk dekat Tuhan yang bagi life aku macam ni.
So berbalik dekat word perempuan jalang tadi. Korang tau kan kata-kata mak tu doa. Aku tak tau macam mana tapi dah bertahun2 aku hidup bergelumang dengan dosa. Bukan setakat tak solat, puasa kadang-kadang aku tinggal je. Fake. Life aku penuh dengan fake je.
Aku solat puasa bile dengan kawan aku. Still pakai tudung. Tapi bende yang paling aku takut. Aku addicted dengan porn. Masturbate almost everyday.
Yes aku tau Allah tu wujud. Aku still takut bile aku buat dosa. Tapi macam mana aku nak lari dari hidup macam ni. Aku dah tak balik rumah parents aku sebab aku rasa macam toxic hidup kat situ.
Kalau aku balik aku just terperap kat dalam bilik sebab kakak aku tak suka aku. Kalau aku join tengok movie ke ape ade je yang dia cakap untuk tunjuk yang aku ni sebok join dorang. So memang aku selalu terperap kat dalam bilik.
Mula dengan tengok p0rn and lame-lame masturbate tu dah jadi kebiasaan. Kadang-kadang aku harap Islam ni bukan agama yang betul sebab aku tak nak lalui hari pengadilan bile ape yang aku buat jadi tayangan kat semua manusia.
Honestly aku harap sangat kakak aku tak wujud. Harap sangat family aku tak macam ni. Harap mak aku bukan jenis mulut yang cakap bukan-bukan pasal anak dia. Dalam banyak-banyak bende yang mak aku cakap bende ni aku tak akan maafkan dia.
Aku pernah terbaca yang ustad ni advise kalau ade perkataan yang mak kita sebut dan kita nak dia tarik balik doa tu kita kene cakap dia mak kita. Tapi ape aku nak cakap. Mak tolong tarik balik doa mak dulu sebab anak mak sekarang perangai macam perempuan jalang?
Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku kene hidup. Kenape manusia macam mak aku tu yang jadi mak aku? Kenape family aku macam ni. Kenape aku macam ni?
Corona ni seriously buat aku harap sangat aku dapat jangkitan tu so that i can just mati without having to see them. And yes aku harap bile aku mati tak ade satu family aku boleh tengok aku. Mati je la macam tu.
Tapi aku still hidup and aku still cuba nak berubah. Tapi after a few days mesti aku balik dekat perangai lame. Tak solat, honestly since i’m alone now i don’t even know tarikh puasa. Aku tak tau macam mane puasa ni. Dengan masalah addiction aku ni. Aku tak cerite lagi masalah dengan kerja.
Seriously i wish i can just end my life. Kenape aku hidup? Kalau aku nak berubah macam mana aku nak berubah? Bukan aku tak cuba dah bertahun2 aku cuba. Aku start addiction to porn since last 6 years and aku dah penat cuba nak berubah.
Aku sorang. Aku tak ade family yang baik nak support aku. Sedangkan tengok movie or join dorang buat ape pon kene halau. And please jangan suggest anything related dengan mak aku sebab bagi aku hidup aku lagi ok bile mak aku takde.
Ayah aku? Ayah aku macam dah tak wujud. Dia bukan kisah ape jadi kat anak dia.
Kawan? Aku tak tergamak nak mengaku aku addicted dengan porn dekat siape2. Dengan perangai murai kawan-kawan aku, aku yakin cerite ni akan sampai kat batch mate aku yang lain.
– Hello (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit