Assalamualaikum. Terima kasih admin dan semua pembaca kerana sudi membaca. Tujuan saya menulis disini bukanlah untuk meluahkan perasaan tetapi lebih kepada nasihat tentang perangai/ habbit yang sering dilakukan tanpa sedar.
Rileks rileks saja baca okay. Saya tak mengharapkan like tetapi apa yang saya harapkan adalah nasihat ini masuk ke hati pembaca.
Kalau sebelum ini saya pernah menulis confession mengenai Cara Ber’WhatsApp’ (https://iiumc.com/cara-ber-whatsapp/), tetapi kali ini lebih kepada teguran sikap terlalu suka mengambil berat.
Saya gelarkan orang yang judgemental ini sebagai orang yang terlalu mengambil berat. Straight to the point, dalam kita berhubung dengan sesebuah masyarakat ada pantang larang atau adab yang kita perlu jaga untuk memastikan keharmonian hidup.
Salah satu adab atau pantang larang dalam masyarakat yang saya nak tekankan disini adalah:
Jangan tunjukkan kita ni judgmental walaupun memang kita suka judge. Kadangkala kita tk sedar sebenarnya kita suka perhatikan orang dan judge, termasuklah diri saya.
Sebenarnya perangai ini normal saja untuk kita sebagai manusia, tetapi kadangkala ada situasi dan keadaan yang kita tak perlu pun menyatakan apa yang kita judge tu, sometimes we better zip our mouth dan anggap tak penting pun tentang sesuatu tu.
Apa yang saya lihat zaman sekarang ni, orang suka ambil berat tentang semua benda, walhal tak ada kaitan dengan darah daging atau tak memberi kesan pada diri kita pun kita nak judge dan berlumba-lumba nak komen atau kita kata sebagai ‘bawang army’ macam tu lah..
Kenapa ni semua orang? Bosan sangat ke kalian semua sampai semua benda yang berlaku depan mata semua nak melatah?
Saya bukan katakan semua benda kita kena senyap, certain thing kita kena bersuara juga contohnya macam isu yang melibatkan hukum Allah atau isu yang melibatkan seseorang teraniaya, atau isu yang memberi kesan kepada masyarakat, itu hak kita untuk memberi pandangan.
Saya nasihat ini supaya kita tak menunjukkan ketidakpandaian kita berdasarkan apa yang kita komen, sebab orang akan keep judging. Niat kita nak lontarkan pandangan tapi last-last kita menunjukkn keaiban diri tanpa sedar.
So be steady and rilex okay, kalau rasa hati tu membuak-buak je nak komen, tahan dan fikir rasional, perlu ke komen??
Okay, saya nak share sikit tentang perangai suka ambil berat ni. Ada sesetengah orang yang akan timbul anxiety (kerisauan) yang melampau dalam diri walaupun masalah yang tak ada kaitan dengan diri dia.
Mungkin ada yang taktahu tapi memang wujud golongan yang sebegini. Saya tak tahu mungkin ada istilah psikologi yang relate dengan sikap ni tapi memang ada orang macam ni.
Orang yang macam ni dia memiliki sifat empati yang tinggi, dia suka meletakkan diri dia di dalam kasut orang lain, dia membayangkan diri dia adalah orang yang teraniaya itu, dialah orang yang mengalami masalah itu dan ini.
Jadi sikap ini sebenarnya baik tetapi dia boleh harm jiwa kita kalau tak terkawal dan end up kita akan menggelabah dan jadi cepat marah, susah kawal emosi dan kemurungan. Ini berlaku kepada orang terdekat saya sendiri, sebab tu saya berani cakap.
Jadi apa yang saya perhatikan daripada ‘orang terdekat’ saya itu ialah, dia terlalu suka komen, judge orang dan kupas sesuatu masalah itu seolah-olah macam itu masalah yang penting sangat padahal benda remeh.
Kadang-kadang dia tak sedar yang orang sekeliling dia rasa tak selesa dengan sikap yang dia sendiri anggap caring macam ‘mak-mak’ itu.
Saya bagi contoh paling remeh, bila dia nampak kawan dia buat sesuatu dia suka perhati, mata dia bulat je mundar mandir tengok apa yang kawan dia buat.
Lepastu bersedialah untuk di komen, huhu. Kadangkala sampai berapa kali kawan tu ulangalik pun dia kira, apa yang kawan tu buat semua dia nak tahu. Benda yang mengaibkan kawan pun dia komen dan ini bahaya dalam hubungan persahabatan ya pembaca sekalian.
Sebenarnya kasihan orang yang macam ni. Hidup dia seolah tak tenang kalau tak tahu pasal orang, seolah life dia hanya untuk judge orang dan komen. Dari sisi baik yang saya nampak, dia ni ada ciri-ciri boleh jadi detective. Itu sisi baiknya hehe.
Tapi jangan lah begitu kawan, kasihan pada diri sendiri. Nasihat saya juga kepada para netizen, berhentilah dengan perangai suka jaga tepi kain orang.
Kene ada sikit dalam jiwa kita ni “takpalah itu life dia”, atau “mungkin ada sebab dia buat begini begitu” husnuzon lah kalian selagi kita tak nampak kesan buruk yang berlaku kalau dia buat begini begitu. Namun, dalam husnuzon pun perlu berhati-hati.
Dalam Islam, ada beberapa jenis prasangka antaranya prasangka yang diharamkan, prasangka yang diharuskan, prasangka yang diperintahkan. Rajin-rajin google sendiri, seeloknya berguru lah untuk tahu lebih lanjut.
Sekian daripada saya, maaf jika ada yang tak berkenan dengan penulisan ini, segala yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri
– Student (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit