Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau siarkan. Walaupun ni kisah tentang rumah tangga, saya harap dapat siarkan sebab saya nak mohon pendapat para pembaca.
Saya dan suami merupakan alumni IIUM dan kami belajar dalam course yang sama. Tahun ni, dah masuk 13 tahun kami berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak.
Sebelum ni dia ok je, boleh diharap lah jugak. Tapi masalah bermula sejak PKP. Sejak hari pertama PKP sampailah sekarang, suami asyik tengok hp je.
Bangun tidur sampai lah tidur tengok hp. Kalau tak tengok hp, main game kat komputer. Masuk tandas pun bawak hp. Makan nasi pun tangan kiri pegang hp. Betul-betuk tak boleh tinggal hp.
Tidur setiap hari pukul 2-3 pagi sebab hadap hp. Kekadang dia tidur lepas subuh, kekadang saya yang kejutkan dia bangun subuh. Lepas tu dia akan tidur semula dan bangun tidur selepas dah masuk waktu zohor, kadang-kadang dah nak masuk asar! Itupun saya kena kejut.
Kalau ditegur, untuk betulkan masa tidur, dia kata serabut. Saya pun serabut tengok dia hidup macam kelawar, siang tidur.. malam berjaga hadap hp.
Saya cuba tegur elok-elok.. tapi suami memang takkan terima langsung teguran. Sebab bagi dia, ini hal dia, saya takyah masuk campur. Tapi dia ketua keluarga… ketua keluarga memang boleh buat sesuka hati ke?
Saya rasa baik tak kahwin kalau masih nak hidup macam orang bujang yabg takde anak dan isteri.
Namun suami ada la tolong kerja dapur sikit-sikit kalau ditegur, tapi dia balas dendam dgn main game dan tengok hp lagi lama. So, tak berbaloi nk mintak dia tolong apa2, nanti jadi makin lama dia balas dendam hadap hp.
Saya kena uruskan umah, masak, tengok pelajaran anak, dan lain-lain dan banyak perkara tertangguh. Dan dia habiskan masa dengan hp je.
Kami juga ada seorang anak OKU yang perlu perhatian khusus. Tapi ada suami kisah? Dia nak hadap hp je.. Ni dah masuk PKP fasa 3, dah lebih sebulan la suami hidup macam kelawar.. mengadap hp sampai tak ingat kat orang lain dah.
Susahnya dapat ketua keluarga yang takde kesedaran ni. Bukannya budak2, umur dah nak masuk 40an. Tapi perangai kalah kanak-kanak.. anak-anak pun mengikut lah perangai bapaknya, bangun lambat. Sebab dia tengok bapaknya rikeks je boleh bangun lepas zohor.
Saya kalau boleh nak betulkan balik keluarga ni. Nak solat berjemaaah sekeluarga. Bila lagi nak solat jemaah, masa PKP ni kan banyak masa.. Tapi kali terakhir kami solat berjemaah dah bertahun-tahun yang lalu.
Saya pernah bagitau kat suami, dia solat laju sangat, tercungap-cungap makmum nak baca bacaan solat (tapi saya explain guna ayat yang berlapik)…
Lepas tu dia terus taknak jadi imam dah. Mudah kan dia punya penyelesaian? Lagi sikit tanggungjawab, lagi dia suka, boleh spent time lebih lama dengan hp dia.
Kalau solat berjemaah kat rumah bersama family pun tak boleh, solat berjemaah kat masjid/surau lagilah dia beralasan. Walhal rumah kami suma dalam 200m je dari surau.
Saya teringin nak ada ta’alim kat rumah.. tapi suami kata jangan suruh dia, dia tak reti. Bab-bab agama, dia suruh saya fikir sendiri dan buat sendiri. Dia pernah warning, jangan sesekali minta dia ajar/ bimbing apa-apa bab agama. Kalau nak, cari sendiri.
Saya pernah ajak dia pergi seminar Keluarga Sunnah anjuran ustaz E*** L*** bertahun-tahun yang lalu.. Dia taknak, walhal kalau nak pergi kena pergi suami isteri sebab ni seminar kekeluargaan.
Tau tak dia kata apa? Dia suruh saya kawin je dengan ustaz tu, jadilah bini nombor 2 ke 3 kalau dah nak sangat suami soleh. Celupar kan? Memang saya nangis lah… dah lah tak dapat tuntut ilmu dari seminar tu, disuruh pulak kawin je dengan ustaz tu.
Lepas dari tu, saya tak pernah dah ajak dia ke seminar kekeluargaan atau family. Suami saya memang benci tengok orang yang nampak alim, orang pakai kopiah pun dia kutuk.
Sikap suami yang tak boleh terima teguran ni, membuatkan saya dah tak mampu nak tegur dia. Risau mati nanti pun masa dok mngadap hp.
Saya selalu fikir, indahnya kalau ketua keluarga lebih memahami.. berhenti kejap tengok hp tu. Hidup ni sekejap je. Dalam kubur nanti bukan boleh bwk hp masuk skali pun!
Kekadang saya terfikir, kalau saya dan anak-anak tiba-tiba mati, adakah suami akan peduli walau sesaat, atau terus hadap hp kesayangan dia tu? Saya pun dah rasa penat nak hidup, give up dah nak berharap…
Menyesal pun ada, sebab kahwin dengan dia.
Masa zaman saya kahwin dulu ada Nokia 3310 je. Hp zaman tu takde internet lagi. Saya pun tak tahu suami akan ketagihan hp sampai macam ni, sebab smartphone pun tak wujud lagi masa tu.
Dah banyak kali saya tegur elok2, suruh tidur awal supaya dapat bangun awal.
Saya bagitau dia, kita ada masa banyak sekarang sebab PKP, masa ni lah nak betulkan hidup supaya lebih berdisiplin… malu kat anak2 tengok bapaknya hadap hp 24 jam dan bangun lewat setiap hari. Tapi suami tak dengar pun nasihat.
Ada satu hari tu, saya pun try tido lewat sambil tengok hp. Sebenarnya saya memang tak dapat nak tido sebab dah minum kopi dan niat nak puasa, jadi risau tak terbangun sahur, sebab itulah saya tak mau tidur lagi, nak tunggu sahur terus.
Tapi tahu pulak suami marah bila tengok saya tido lewat tengok hp. Dia suruh saya tido, nanti esok bangun lambat sape nak tengok anak-nak bla bla…
Saya kata lah balik, eh kenapa dia boleh je tido lewat hadap hp, pastu ada hati nak nasihat orang?
Saya suruh dia cermin sikap dia dulu sebelum nasihat orang. Dia marah lah bila saya suruh dia cermin sikap dia. Walhal kalau nak nasihat orang, kenapa diri sendiri takmau makan nasihat yang sama?
Semalam dia buat lagi… Saya bangun subuh tengok dia masih dok hadap hp. Saya tanya, kenapa tak tidur lagi? Saya tanya, kenapa tak ikut sendiri nasihat yang dia bagi kat saya iaitu tidur awal. Dia nasihat orang je pandai, tapi diri sendiri melingkup.
Dia kata dia dah tidur dan baru terbangun, tapi saya tau dia kelentong sebab saya ada terbangun pukul 3-4 pagi, nampak dia dok hadap hp, tak tidur pun. Dia berkeras kata tak percaya sudah…
Saya tanya balik, ingat tak nasihat dia pada saya tempoh hari untuk tidur awal tu, dan kenapa sendiri nasihat tapi sendiri takleh ikut. Memang saya marah lah sebab dia reti nasihat orang je tapi dia sendiri tak ikut pun nasihat dia tu, dah lama saya pendam hati.
Tapi dia balas balik, dia kata saya takleh tinggi suara kat suami, takleh marah suami. Sebab dia yang kena tanggung semua dosa saya…
Pada dia, saya kena sort of berterima kasih kat dia sebab dia suami, dan kena dia tanggung dosa saya. Jadi saya takleh marah apa-apa pun kat dia. Haha.
Padahal sebelum ni saya nasihat elok2 tak jalan jugak. So dia kata jangan sampai dia lafazkan benda yang saya tak nak (cerai). Hahaha hanya sebab kemaruk hp, dia nak ceraikan saya.
Saya pikir bestnya kalau boleh cerai sebab ada suami atau tak, sama je. Dia suami yang TIADA FUNGSI. Dia macam tak wujud. Dalam rumah ni rasa macam ada saya dan anak2 saja. Lebih baik takde suami daripada stress hadap makhluk macam dia ni.
Macam kelawar… malam hadap hp, siang terbongkang tidur.
Sebelum PKP dia hadap hp jugak, tapi tak teruk macam sekarang sebab kena bangun pagi pergi kerja. Disebabkan PKP ni dia jadi ketagih hp. Dari PKP fasa 1 sampai 3, masih tak nak berubah.
Saya ada minta dia tolong buat kerja2 rumah, tapi ikut mood dia lah nak ikut atau tak. Kalau mood dia ok, baru dia akan buat.
Dia selalu bagi alasan sakit pinggang nak buat kerja. Dah kalau dok terbongkang je hadap hp, memang lah sakit pinggang sebab tak nak bergerak. Alasan sakit pinggang tu dah lebih sebulan dia guna. So tak nampak lah dia nak berubah pun, dia dah selesa dengan lifestyle lalai dan leka mengadap hp.
Memang saya menyampah dengan manusia yang hidup takde disiplin, ikut suka hati je nak buat apa, lalai dan tak menghargai masa. Dulu dia tak macam ni. Takpelah kalau dia nak ceraikan saya sebab sayang hp dia.
Saya pun takde hati dah nak ada suami yang tak matang, hidup dalam dunia dia dia dan hp dia je. Dah macam penyakit. Tangan dia macam dah kena gam kat hp.
Saya rasa takde harapan dah nak betulkan dia. Lagipun dia yang kata nak ceraikan saya, bukan saya minta.. takpelah kan.
Ada suami atau takde suami, sama je… hidup saya cuma dengan anak-anak je, sebab dia tak nak pun ada apa-apa dengan kami, dia nak hidup dengan hp dia je. Hp tu dah macam isteri dia, menggantikan tempat saya.
Takpelah, takde suami lagi bagus. Lepas ni biar dia kawin je dgn hp dia tu. Kena tunggu lepas PKP lah baru pejabat agama bukak.
Dah suami lagi sayang hp dari anak dan isteri sampai sanggup bercerai, buat apa saya nak merayu lagi kat dia kan. Hp seketul tu dah cukup untuk bahagiakan dia, tak perlu ada anak dan isteri dah.
Sekarang saya kena fikir next step lepas bercerai. Semoga PKP ni cepat habis.
– Hani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit