Assalamualaikum semua. Semoga perkongsian aku ini menjadi pengajaran buat semua.
Aku mulakan kisah aku dengan sedikit latar belakang tentang aku. Aku seorang lelaki yang dibesarkan di Kuala Lumpur dalam satu keluarga yang agak miskin.
Ayah aku cuma seorang pemandu manakala emak aku adalah surirumah yang tidak berpendidikan. Walaupun kami miskin, ayah aku adalah seorang yang kuat agamanya.
Aku adalah seorang yang Allah juga kurniakan akal yang agak cerdik namun apabila melihat kepada kemiskinan keluarga aku, memang aku tiada plan untuk sambung belajar.
Seawal usia 12 tahun aku mula mengambil upah kerja-kerja disekeliling aku, dan sesudah mengambil peperiksaan SRP aku mula meniaga kecil-kecilan dan aku berjaya.
Cuma ketika ini aku dah mula sosial. Perempuan dan minuman keras dan mula menjadi kebiasaan aku. Ketika usia aku 19 tahun, ayah aku pergi buat selama-lamanya. Ketika ini, apabila tidak orang kawal aku, aku makin liar dan bebas.
Fasa seterusnya, emak aku suruh aku berkahwin. Masa nilah aku mula terdetik untuk ada keluarga sendiri. Akhirnya aku berjumpa dengan seorang wanita yang pada mata aku agak cantik, baik, sopan dan pendiam. Dia berasal dari kampung. Soal mencari isteri memang aku nak perempuan yang baik-baik.
Namun disinilah segalanya bermula. Isteri aku sangat manja dan tidak tahu menguruskan banyak benda. Melihat kepada keadaan itu, emak aku banyak tegur isteri aku. Aku tak dapat terima teguran itu. Aku jadi serabut. Aku selalu marah mak aku. Aku tengking mak aku.
Pernah sekali aku hampir pukul mak aku kerana tidak suka akan teguran-teguran yang dibuat. Ditambah pula, isteri aku sering mengadu perihal mak aku. Yelah aku adalah pasangan yang baru berumah tangga.
Untuk mengetahuan semua, aku tinggal asing. Namun aku selalu kerumah mak aku ketika itu.
Aku sering nampak mak aku menangis. Namun sakit hati dan panas baran aku lebih kuat ketika itu. Aku mula tidak balik ke rumah mak aku.
Aku selalu cuba menyakitkan hati mak aku kerana pada aku mak aku adalah musuh utama aku. Aku juga menipu duit mak aku untuk tambah modal perniagaan… Allahu… tak terhitunglah dosa2 yang aku buat terhadap mak.
Saat paling mengembirakan aku adalah ketika isteri aku melahirkan zuriat aku. Aku rasa aku lah orang paling hebat kerana punya satu keluarga yang lengkap.
Namun siapa boleh lari dari kuasa Allah. Aku punya 3 orang anak. Ketika usia anak sulung aku menginjak ke 7 tahun, baru aku sedar ketiga2 anak aku ada lah OKU autism.
Aku down, namun aku perlu menjalani perbagai pemeriksaan dan kos pendidikan mereka bukan murah. Aku yang dulu agak senang kini bertukar wajah menjadi sangat susah. Perniagaan aku jatuh dan rugi teruk. Aku mula kerja yang macam2 untuk menampung kehidupan.
Aku mula insaf. Ketika ini baru aku ingat tentang mak aku yang dah bertahun tidak aku lawat. Malah sesen pun tidak aku hulur. Aku kumpul duit dan bayar semua hutang2 mak aku yang pernah aku tipu. Aku mula tahu apa itu tanggungjawab terhadap emak aku.
Aku menyesal dan aku sepatutnya dari awal perlu tahu cara menguruskan konflik emak dan isteri. Sejak dari hari aku balik kerumah emak aku, mak aku selalu mendoakan aku.
Ye, aku dapat pelbagai bantuan dan zakat dari doa2 mak aku. Malah, emak aku selalu berkata baik tentang aku pada orang2 keliling. Alhamdullilah.
Sehinggalah lima tahun lepas mak aku pergi untuk selama-lamanya. Satu nasihat mak aku tinggalkan ketika hayatnya dan tak akan aku lupa adalah,
“walaupun susah bagaimana sekali pun hidup kau, jangan kau tinggalkan isteri dan anak2. Kau pernah sangat gembira dan senang dalam kehidupan bersama mereka, sekarang laluilah dengan rasa kasih dan sayang walau sukar bagaimanapun perjalananya”.
Baiknya hati mak aku. Hanya kerana sebuah ‘nasihat dan teguran’ aku mejadi anak derhaka. Dan hari ini aku rasa rindu sangat pada mak aku.
Aku selalu merenung perjalanan hidup aku untuk aku kenang sebagai pengajaran. Lagi2 ketika PKP ni, aku ada banyak masa. Aku yang hebat, hari ini jatuh tersungkur.
Dari seorang kaki minum dan kaki perempuan, balasanya aku dapat isteri yang nampak cantik tapi sayang hati dan sikap pula menggugat iman dan ketaatan terhadap emak aku.
Dapat anak2 yang comel tapi sayang di uji tiada akal. Dapat pendapatan yang lumayan, tapi sayang aku akhirnya miskin malah aku penerima zakat. Dan dapat seorang emak yang selalu mendoakan, tapi sayang aku jadi derhaka.
Ye aku yang pilih. Aku yang corak hidup aku. Kerana aku sangat sombong.
Aku nasihatkan pada semua pembaca, janganlah kita sombong di atas bumi Allah. Aku dah dapat balasan aku. Walaupun aku syukur kerana aku terima hukuman ini ketika aku masih di dunia, namun melalui satu perjalanan yang menyakitkan dan penuh kesukaran itu bukan mudah.
Hidup kita memang penuh cabaran, namun kitalah yang perlu memilih solution kepada setiap permasalahan. Kalau dapat aku undurkan masa, aku ingin sekali memulakan hidup dan memilih satu jalan yang diredhai Allah.
Al-Fatihah buat Mak…
– M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit