Hantaran Kahwin Dan Ibu

Assalamualaikum. Aku seorang gadis lewat 26 an. Bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Disini aku mohon pendapat para pembaca.

Aku bakal berkahwin dengan pilihan hati aku. Dia seorang lelaki yang bekerjaya dan perwatakan menarik. Ikutkan kami akan berkahwin pada hujung bulan Mac. Tetapi ekoran PKP, majlis kami dibatalkan.

Jika mengikut plan asal. Majlis perkahwinan aku akan jadi majlis gilang gemilang kerana :

A) Ibu telah meminta wang hantaran sebanyak 35K kepada bakal suami aku. Ini kerana wang hantaran itu termasuk harga membesarkan dan menjaga aku selama 26 tahun. (Ini yang ibu katakan kepada aku).

B) Bakal suami aku telah berusaha mengumpul kan RM35K kerana syg kan aku.3 tahun juga Masa diambil untuk mengumpul wang. RM30k wang bahagian bakal suami dan RM5K wang hasil simpanan aku. Tetapi masih didalam bank simpanan bersama kami. Belum diserahkan kepada ibu.

C) Mengikut perancangan asal, Majlis akan berlangsung di sebuah dewan terkemuka yang akan dihadiri lebih 10 ribu orang. (Ibu yang susun atur majlis aku kerana kata ibu aku tidak pandai susun atur).

D) Mengikut perancangan asal juga, katering, makan beradab, paluan kompang, silat gayung, malam berinai, Mc majlis dan lain2. Malah baju persalinan keluarga turut dibiayai oleh wang hantaran itu.

Namun disebabkan PKP tahap 3, majlis perkahwinan gilang gemilang tidak dapat dilangsungkan.

Menurut rancangan asal aku dan bakal suami aku, kami hanya mahu akad nikah dan jamuan makan secara kecil-kecilan saja. Tetapi setelah ibu tahu hal ini, ibu marah dan tidak bersetuju.

Sebelum itu sini aku ceritakan latar belakang aku, aku mempunyai 4 orang adik beradik. 2 lelaki dan 2 perempuan. Aku anak ke 3.

2 orang abang aku ialah anak kesayangan ibu aku. Dirumah aku, lelaki ialah raja dan wanita ialah hamba. Ini kerana, dirumah aku dan adik perempuan aku sahaja yang membuat kerja2 rumah dari kecil hingga dewasa.

Ibu kata lelaki penat cari nafkah oleh itu wanita perlulah melayan dirumah. Itulah kata2 ibu sepanjang aku membesar. Hasilnya, 2 orang abang aku langsung tidak pandai memasak, mengemas rumah atau erti kata lain tidak tahu langsung hal2 kerja rumah.

Mereka membesar mnjadi anak kesayangan ibu yang rosak. Akademik mereka tiada A dari sekolah rendah. Perwatakan abang2 aku sangatlah soft spoken namun spoiler didalam.

Oleh kerana tidak tahan tinggal dirumah, aku dan adik perempuan aku telah memohon untuk ke asrama ketika sekolah menengah.

Maka dari sekolah menengah hingga sambung belajar dan sehingga sekarang kami tinggal berasingan dari keluarga. Jika pulang ke rumah tiada siapa yang menyambut. Tiada makanan kegemaran dimasak. Tiada. Hanya baju yang brbakul2 dan rumah yang berselerakkan (selalunya).

Berbalik kepada cerita aku, ibu mahu hantaran 30K kerana itu ialah harga membesarkan aku. Dan sebagai seorang anak, aku mulanya tidak bersetuju.

Namun demi mengambil hati, aku brsetuju sahaja. Namun disebakan PKP, ibu tidak bersetuju majlis dibatalkan tetapi terpaksa akur. Ibu aku baik cuma agak bermulut lantang.

Oleh itu, ibu memberitahu aku supaya mngadakan majlis selepas tamat PKP. Namun bakal suami aku pula tidak bersetuju.

Ini kerana, setelah nikah online dibenarkan dia mahu bernikah secara online. Tetapi ibu pula tidak bersetuju. Ibu berulang kali mahu majlis secara besar-besaran diadakan. Aku sangatlah pelik dengan sikap ibu.

Aku dan bakal suami aku mahu bernikah secara online sahaja kerana aku tidak lagi tinggal bersama ibu. Aku tinggal mnyewa dinegeri lain bersama adik perempuan aku.

Bakal suami aku sudah membeli rumah dinegeri itu dan hanya tinggal untuk aku masuk tinggal sahaja. Manakala adik aku boleh tinggal dibilik sewa kami.

Tambahan pula, ayah juga tidak pernah memberi wang kepada aku sejak aku smbung belajar. Erti kata lain nafkah untuk aku dan adik aku sudah tamat semenjak tingkatan 5. Oleh itu untuk apa lagi aku dibawah tanggungjawab ayah aku?

Ketika aku sambung belajar aku bekerja part time dan ketika itulah terjumpa bakal suami aku. Bakal suami aku inilah yang banyak membantu aku dari segi moral dan kewangan. Tetapi aku bukanlah perempuan murah yang senang terima Wang sesiapa.

Setelah tamat belajar aku bekerja dan mmbayar wang dia. Selepas itu lah bakal suami aku melamar aku.

Tetapi sekarang aku sangatlah buntu. Setiap Hari ibu mnghantar sms supaya jangan bernikah online. Abang2 aku juga mengugut untuk membuang aku dari keluarga jika bernikah online.

Abang2 aku belum berkahwin dan tinggal brsama ibu. Mereka tidak bekerja. Ayah aku pula ada bersama aku. Sehari sebelum PKP ayah datang mnjenguk aku dan adik perempuan aku. Dan kemudian tidak dapat pulang disebabkan PKP.

Disebabkan tuan rumah masih belum temui penyewa lain, ayah aku dibenarkan tinggal bersama aku dan adik perempuan aku. Menurut kata ayah, dia tidak kisah jika aku mahu bernikah online tetapi dia mahu makan minum dia tersedia. Itu sahaja.

Jika aku nikah online RM35K dapat dijimatkan. Tetapi hubungan aku dan ibu akan menjadi semakin keruh.

Apa yang harus aku lakukan?

Nikah online atau mndengar kata ibu?

– Gadis Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *