Nikmat Allah Yang Manakah Kamu Dustakan

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbrt.

Alhamdulillah, ini merupakan kali pertama aku menulis disini. Memperkenalkan nama aku Miss N, berumur 20 tahun dan merupakan pelajar lepasan stpm dan setaraf. Maaf jika penulisan aku memeningkan kepala orang yang membaca.

Kembali kepada tajuk, aku terpanggil untuk menulis confession dan bertanya tentang apakah rawatan penyakit gastrik yang sesuai sepanjang bulan Ramadhan nanti, maklumlah puasa hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Penyakit gastrik nampak seperti biasa dalam masyarakat kita, tapi kalau tak dirawat dengan cepat akan jadi lebih teruk. Ramai yang menghidapi penyakit ini akibat stress, tak jaga masa makan, makan pedas dan banyak lagi lah.

Tetapi penyakit gastrik aku bermula dengan sikap aku sendiri yang suka makan pedas. Ya, nak menyesal pon tak boleh. Allah bagi nikmat sedikit pon tak bersyukur. Ampuni aku Ya Rabb.

Dulu segala makanan aku request yang spicy atau extra spicy. Segala ramen ramen korean tu dijadikan challenge. Maggi pedas giler pelbagai perisa telah dicuba.

Buat pengetahuan aku berasal dari pantai timur, jadi tak lengkap jika hidangan kami tanpa budu atau sambal belacan. Haa itupun mesti letak extra lada!

Sampai satu tahap, terlalu addicted dengan makanan pedas. Pada pertengahan bulan 4, 2019 tahun lepas. Malam bermula segala penyakit ini, aku hadiri satu mesyuarat dengan beberapa kawan, lepastu aku order kerabu maggi extra pedas.

Mesyuarat tu habis dalam pukul 2 pagi, meeting ni dengan perempuan sahaja ya, selesai meeting tu aku terus buka polistrine yang ada kerabu maggi, buka sahaja terkejut melihat timbunan hirisan cili sehingga tidak menampakkan maggi langsung.

Dalam hati sedapnya ya Allah! Lepas makan dalam setengah jam, aku terus tidur.

Sedap sementara, bahana dikemudiannya, maka bermula lah episod suka duka aku, seminggu perut aku sakit, sampai tahap aku mengadu dekat kawan aku, lepastu dia cakap aku gastrik, terus dia berikan aku ubat kapur tu. Alhamdulillah lega untuk jangka masa yang pendek.

Hari berganti hari, maka tibalah bulan Ramadhan pada tahun 2019, tiga hari yang pertama masih lagi okey, sehingga hari ke 4 aku tak sempat untuk bersahur, buat pengetahuan aku tinggal di asrama dan sememangnya tanpa alarm susah nak bangun.

Pagi tu aku ada kelas, semasa tengah fokus dalam kelas tiba tiba dada aku ni bagaikan direntap, susah untuk bernafas, hilang terus fokus. Begitu lah hari hari aku sehingga bulan ramadhan berakhir. Yang paling ketara gastrik aku adalah sesak nafas.

Ya aku telah pergi ke klinik dan siap buat ECG lagi masa bulan puasa ni ya. Doc check semua okey dan hanya gastrik. So bulan Ramadhan pada tahun lepas aku hanya bertahan dengan ubat gastrik tu sahaja.

Habis sahaja bulan Ramadhan, aku terus cari alternatif lain, dah hampir 4 buah klinik aku pergi dan 1 hospital. Semua cakap gastrik dan doc kata kalau keadaan teruk lagi kena buat untuk next procedure iaitu masukkan kamera.

Aku juga try buat acupuncture tapi lepas buat jadi makin teruk. Seminggu aku tak pergi sekolah, disebabkan sangat tak bermaya, pening kepala, lepas buang air besar je terus pening.

Sampaikan mak aku berdoa depan aku “Ya Allah kau Sembuhkan penyakit anakku ini, dia nak belajar” aku nangis, masa ni cukup seksa setiap 2 jam kena makan, pening, hilang keseimbangan badan, emosi aku terganggu.

Dan minggu depan aku ada exam muet! Setiap hari aku akan whatsapp kawan kawan aku serta ustaz untuk doakan aku.

Berkat doa dari ibu bapa, sahabiah, asatizah, serta ikhtiar yang tak pernah putus, Alhamdulillah aku makin baik, cuma perlu makan on time dan jaga pemakanan, coffee dan tea memang tak boleh terus, kalau minum terus pening kepala.

Jika nak diceritakan satu per satu, panjang lagi dan mungkin bosan, jadi aku pendekkan, Alhamdulillah kalau dulu hanya mampu bertahan selama 2 jam sahaja kini dah mampu bertahan selama 4-5 jam.

Dan Alhamdulillah jugak, tahun lepas aku dijemput oleh Allah untuk ke tanah suci. Tak tergambar syukur dipilih sebagai tetamu Allah sedangkan banyak nikmat yang dikufuri.

Berkat tanah suci aku dapat nikmat makan dalam kuantiti yang banyak selama 10 hari disana. Biasa pesakit gastrik hanya boleh makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Tapi aku Alhamdulillah, mampu bertahan ketika berada dalam Masjidil Haram. Jika aku terdetik dalam hati lapar ada sahaja orang arab disebelah hulurkan kurma. Ya Allah nikmatnya, rindu tanah haram Mu Ya Rabb. Moga Allah angkat segala wabak covid 19 ini! Ameen.

Aku rasa sampai disini sahaja conffesion aku dan mungkin agak bosan. Dan sekarang aku dah lama tak makan ubat klinik dan aku hanya ambik supplement 4life yang kawan aku suggestkan. Dan Alhamdulillah makin baik. Cuma aku berdebar juga nak menghadapi bulan puasa nanti.

Sedikit pesanan buat pesakit yang diuji sakit oleh Allah, tak kira sakit apa pun. Jika kita rasakan sakit yang Allah anugerahkan kepada kita ini terlalu berat, ingatlah masih ada orang yang lebih berat lagi kesakitannya.

Ujian sakit tidak lain tidak bukan, untuk menjadikan kita hamba yang lebih dekat denganNya. Allah rindu luahan, tangisan, rayuan dari kita.

Setiap kesabaran daripada ujian yang dianugerahkan akan diberikan ganjaran pahala. Jangan pernah berhenti berdoa, dan meminta orang untuk mendoakan.

Ingatlah juga ayat ini;

” وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ”

“Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku.”

(Surah Asyura: 80).

Tiada penyakit yang tiada penawarnya, yang penting teruskan berikhtiar mencari penawar, Insha Allah, Allah tak sia sia kan hambaNya yang berusaha. Dan yang paling penting, bersyukur lah.

Jadilah orang yang sentiasa bersyukur dengan ujian oleh Allah. Tak ramai yang mampu bersyukur jika sedang diuji. Cubalah untuk menjadi salah seorang daripada Hamba yang Bersyukur.

Terasa panjang pulak. Jadi saya ingin mendapatkan tips tips dari kalian untuk menghadapi gastrik ketika Ramadhan nanti.

Barakallahufik.. Mohon maaf andai ada tersalah bahasa. Saya doakan moga kita semua yang sedang diuji diberikan kekuatan yang luar biasa, semangat yang tak pernah pudar untuk menghadapi liku liku kehidupan di dunia ini.

– الفقير إلى الله،hamba dhoif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *