Anak Yang Derhaka Atau Rumah Yang Neraka

Assalamualaikum semua. Nama aku Maira. Aku berumur 20 an tinggal di selatan tanah air.

Aku terpanggil untuk menulis dekat sini since aku ada terbaca confession seorang anak tentang sikap parents dia di (https://iiumc.com/tolong-jangan-kongsi-masalah-rumahtangga-pasangan-dan-anak/).

Aku tak pandai tulis so aku cerita berdasarkan apa yang jadi dalam family aku. Kalau korang tak faham rasa cerita berterabur ketahuilah aku dah lama memendam perasaan. Aku harap admin approve confession aku sebab aku rasa aku alone dalam dunia ni. Takda siapa sudi dengar luahan aku.

Aku anak kedua dalam keluarga. Aku belum bekerja disebabkan baru habis praktikal. Aku mulakan cerita tentang layanan ibu kepada aku. Aku tak tahu lah tapi aku dah lama rasa ibu tak adil beri layanan kepadaku.

Apa yang aku buat sentiasa nampak salah dimata ibu. Setiap hari peraturan di rumah kena bangun sebelum pukul 8 pagi dan kena terus buat sarapan untuk family. Lepastu kena kemas satu rumah.

So setiap hari rutin aku sama. Aku tk kisah tapi aku terkilan bila ibu seolah olah melebihkan kakak aku. Kakak aku sekarang kena work from home since pkp dilaksanakan, jadi dia harus menghadap laptop sebelum pukul 8.

Baru baru ni aku agak busy disebabkan pihak institusi meminta pelajar melakukan pembentangan serta hantar report praktikal online kepada mereka. Aku memberitahu ibu tapi dia seolah olah tak faham. Dia kata, “alah apa salahnya tinggalkan kejap buat kerja rumah bukan susah pun”.

Aku bukan nak menghadap laptop 24 jam aku cuma nak melakukan pembentangan secara online bersama pensyarah. Sudahnya aku minta pensyarah tukar masa kerana alasan aku wifi tidak kuat. Kalau aku tak buat macamtu alamatnya sampai esok ibu akan menyindir dan membebel aku.

Tapi kakak aku siap disediakan bilik khas untuk dia dengan alasan kakak aku bekerja. Padahal kerjanya bukan perlu menghadap laptop setiap masa. Aku tahu perkara ini kerana aku praktikal di tempat kakak aku kerja.

Perkara yang sama jugak applied dekat adik aku. Alasannya dia juga sedang belajar jadi harus selalu menghadap laptop walhal untuk aku tiada istilah sebegitu walaupun dari zaman aku sambung degree lagi.

Ibu kalau boleh setiap hari mesti nak aku yang masak walaupun adik adik aku ada dan boleh masak. Kalau kakak jangan cakaplah, dia hanya akan dipanggil turun untuk makan. Kalau aku tak buat dan beritahu aku ada kerja dia akan mula menyindir aku.

Dia akan marah adik adik aku tapi ayat nya pasti berakhir, “nak jadi macam kakak kau tu ke duduk je menghadap phone menghadap laptop bukannya kerja pun duit pun tak bagi dekat rumah ni”.

Aku? Ofc lah tahu ditujukan dekat aku sebab aku tak kerja dan tk dapat beri duit kepada family macam akak aku. Atas sebab tu, aku usahakan untuk buat perniagaan online tapi macam biasa hanya disambut oleh perlian ibu bapa aku.

Entahlah, aku dah lama tak solat sebab aku rasa Tuhan tak fair. Aku baru nak start kerja tiba tiba ada covid-19. Aku rasa hidup aku kosong. Mungkin sebab layanan parents aku.

Aku sebenarnya banyak lagi pendam layanan parents aku. Aku tahu syurga di bawah tapak kaki mereka. Tapi bagitau aku, selembut mana aku harus jadi lagi? Setabah mana aku harus jadi lagi?

Harini kemuncak segalanya, aku bergaduh dengan ibu aku selepas ibu banyak perli aku, katanya asyik dia yang masak padahal semalam aku yang masak, dia salahkan adik adik aku malas kemas malas masak sebab ikut perangai aku.

Aku luahkan apa aku rasa aku bagitau ibu emosi aku terganggu dengan layanan ibu, ibu jawab, “bullsh!t semua tu”. Pertengkara berakhir ibu menangis dan satu keluarga bahkan adik aku yang berusia 6 tahun pun cakap aku kakak takguna. Entahlah, kadang kadang aku nak kahwin sebab nak lari dari family.

Aku membesar jadi anak yang lebih banyak menyendiri, banyak survive sendiri tapi parents aku selalu cakap aku banyak habiskan duit dorang aku tak membantu dorang. Kalau lah tuhan beri aku hilang ingatan kan bagus.

Oh ya aku sambung belajar gunakan duit ibu bapa aku, aku tak dibenarkan ambik pinjaman berbeza dengan adik beradik aku yang sambung belajar. Alasan mereka, aku boros.

Walhal aku ni setiap minggu bercatu makanan sewaktu di ipt, kadang kadang sebulan sekali je aku terima wang saku berjumlah RM200 selebihnya aku jadi dropship untuk tampung kehidupan aku di ipt. Siapa yang ambik architecture pasti tahu berapa banyak harus spent.

Kalau korang rasa aku bukak pekung di dada, korang ketahuilah aku dah lama pendam. Aku tak cerita dekat kawan kawan sebab family aku dianggap bahagia dan berjaya walhal aku sendiri yang tahu.

Aku rasa aku anak yang tak guna. Anak yang tak kan cium bau syurga sebab aku derhaka selalu membantah dan memberontak dalam diam. Sesiapa yang pernah rasa dilayan teruk oleh family walaupun bukan kesalahan kau, pasti faham betapa hati aku dah hancur sekian lamanya.

Aku tamatkan disini aku harap Tuhan ampunkan dosa aku sebab aku pilih medium ni untuk luahkan perasaan aku.Terima kasih kalau sudi baca sampai habis. Aku manusia hina yang harapkan suatu hari aku boleh lari dari semua ni.

– Maira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *