Dugaan Hidup

Salam dan hai warga IIUM Confession. Syukur kehardat Allah kerana saya masih disini.. Ya masih diberi nafas untuk menyambung dan meneruskan hidup ini. Dan ucapan terima kasih saya dahulukan kepada page ini andai confession saya disiarkan.

Sebelum itu, cerita ini agak panjang namun saya cuba pendekkan dan skip mana-mana yang tidak penting..

Bismillah.. Sedikit sebanyak tentang saya. Nama Sha(bukan nama sebenar) saya seorang perempuan, berumur awal 20an yang berasal dari Sabah yang kini menetap di Johor dan kini berkerja di salah sebuah syarikat swasta antarabangsa di negeri yang sama.

Bagi saya cukup itu saja maklumat diri yang saya kongsikan. Sebenarnya telah lama niat ingin menulis di page ini namun ada saja asbab yang menyebabkan niat tersebut terus berada di tengah jalan. Namun kini setelah ada ruang dan peluang, barulah terasa ringan saja jari bermain di keyboard pc saya ni..

Hehe, btw yaa saya berkerja sekarang kerana telah diberi kebenaran dan pelepasan dari MITI untuk kami beroperasi.

Cukuplah perenggan diatas sebagai mukadimah cerita saya, saya tidak ingin membuang masa maka saya lanjutkan sahaja dengan perkongsian cerita yang bakal saya kongsikan..

Niat sebenar bukanlah untuk meminta simpati namun hanya ingin meluah rasa yang telah lama terkubur didalam hati ni. Sebelum itu, izinkan saya membahasakan diri saya sebagai aku. Mudah dan lebih selesa jika dibahasakan seperti ini.

Cerita aku bermula ketika berumur 17 tahun dimana tahun tersebut aku bakal menduduki peperiksaan besar iaitu SPM namun ketika umur ini yang aku sendiri kira, masih terlalu muda untuk berdepan dengan dugaan yang besar dalam hidup.

Dimana pada bulan puasa ketika itu aku mendengar sendiri dari doktor wanita berbual dengan mak aku. Beliau berkata, “ye puan ketumbuhan ni akan menjadi kanser jika tidak di operate secepat mungkin”.

Ketika itu aku demam dan mak membawa aku ke klinik swasta untuk mencheck keadaan aku, dan waktu itu aku ada memberitahu bahawa bahagian dada aku(payudara) berasa sakit sedikit sbb tu doktor cek di tempat tersebut..

Sebenarnya perkara ni aku dah lama tau, since awal tahun lagi sebab aku selalu membaca kat google tentang artikel yang berkaitan dengan tanda-tanda kanser payudara. Oleh sebab itu, aku dah memang agak apa yang dia bakal katakan..

Lepas dari tu, doktor tu bagi aku surat untuk refer aku ke hospital besar untuk berjumpa dengan doktor pakar lepas raya nanti. Namun hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan mak aku seolah-olah lupa akan hal itu.

Ada juga aku bertanya namun jawapan mak aku adalah “kau takyah la operate nanti berubat kampung je la”.

Jadi sebagai anak aku hanya mampu diam. Namun hanya sekali dua sahaja aku berubat kampung selepas itu tak ada lagi.

Dan aku perasan akan kesihatan aku yang makin lama makin teruk sehingga ketika SPM pun aku dah mula sakit-sakit. Demam panas batuk-batuk selesema ketika menduduki SPM, aku tak pasti samada effect dari sakit tersebut atau memang aku demam.

Sementara menunggu keputusan SPM aku hanya dirumah saja dan aku akui ketika ini keadaan aku dah teruk. Namun aku sembunyikan dari mak bapa aku.. sedih untuk aku katakan bahawa penyakit ku ni hanya aku sendiri yang berjuang ketika itu.

Aku ingin menjalani pembedahan namun dihalang namun mereka tidak pula fight untuk aku berubat kampung/ tradisional.

Maaf andai ada yang menggangap aku seakan-akan membuka aib kedua orang tua aku, jujur ku katakan niat sebenar aku hanya ingin bercerita.. Sedih mmg sangat-sangat sedih, andai aku ingat kembali pasti air mata ini mengalir.

Dipendekkan cerita, aku meluah dengan seorang makcik aku dan dia ingin membawa aku berubat di kampungnya.

Setelah dia memujuk kedua ibubapa ku maka mereka pun bersetuju untuk membawa aku tinggal bersama makcikku agar lebih senang makcikku membantu aku menjalani rawatan (berubat kampung) di tempat tinggalnya.

Kerana difahamkan bahawa ada seseorang yang boleh mengubat ketumbuhan seperti aku dan dengan izin Allah mereka telah sembuh.

Berkaitan dengan keputusan SPM aku, yaa keputusan aku agak teruk.. entah bagaimana untuk aku gambarkan perasaanku bila tiap kali aku bercerita dan ingat akan keputusan SPM aku.. kerana sebelum aku sakit aku juga tersenarai antara pelajar cemerlang dan harapan guru-guru ku untuk beberapa subjek yang aku ambil.

Namun ketika keputusan SPM keluar, aku seakan-akan tidak percaya malah kawan-kawanku dan cikgu-cikguku juga begitu.. perit untuk aku lalui semua ini. Sakit rasanyaa.. namun aku yakin Allah pasti memberi sinar untuk aku lepas ni.

Seterusnya, aku menyambung tingkatan 6 di sekolah tempat makcikku mengajar, dan kawasan tempat aku berubat ni berdekatan sahaja dengan sekolah ni oleh itu, aku pindah sekolah dan menyambung sekolah disini.

Alhamdulillah aku diterima baik pada mulanya kerana makcikku memberitahu kepada guru-guruku merangkap rakan-rakan sekerjanya itu bahawa aku mempunyai penyakit. Mereka sangat memahami aku dan kasihan terhadap aku..

Namun, sekali lagi aku diuji dengan sakit walaupun ketika itu aku masih struggle gila-gila ingin sembuh dari penyakit aku yang satu tu.

Dan yaa aku disahkan mengalami jangkitan penyakit TIBI sedangkan lagi 2 bulan aku bakal menduduki sem 1, aku terpaksa cuti dan tidak dibenarkan ke sekolah kerana dikuatiri akan menjangkiti orang lain.

Pun begitu, aku masih struggle belajar sendiri walau aku sedia tau aku memang tak mampu bersaing dengan rakan-rakan ku yang hebat-hebat belaka dikelas ku itu. Dan aku mengambil masa 6 bulan untuk menjalani rawatan bagi penyakit TIBI.

Alhamdulillah selepas 6 bulan aku sembuh, namun yang hairannya masih takde tanda-tanda sembuh untuk aku bagi penyakit aku satu itu. Ketulan tersebut takde perubahan ia masih disitu cuma saiznya sahaja berubah menjadi kecil.

Lalu, selepas sahaja sem 2 aku mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan, atas sokongan dari guru2 ku aku beranikan diri untuk menanggung risiko tersebut.

Pada awalnya kedua orang tua ku tidak mengizinkan aku namun setelah difahamkan oleh makcikku akhirnya mereka pun bersetuju. Ini antara kenangan yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila dimana aku sendiri ke hospital untuk menguruskan pembedahan aku.

Kebetulan waktu itu umur ku genap 18 tahun kerana kena berumur 18 tahun keatas baru boleh sign sendiri. Ya aku sendiri kehulur kehilir berjumpa doktor dan sign borang untuk aku menjalani pembedahan tersebut.

Dipendekkan cerita, akhirnya aku selamat menjalani pembedahan di payudara dan selang sebulan atau 3 minggu kalau aku tak silap. keputusan ketulan/ketumbuhan itu keluar dan ia bukanlah kanser. Tak dapat aku gambarkan bagaimana perasaan aku ketika itu, seakan-akan beban yang kurasa selama ini akhirnya berakhir ketika itu. Syukur ya Allah…

Namun sekali lagi aku diuji ketika itu.. bilamana semua rakan-rakanku dan guru-guruku membenci aku dek kerana ada seorang kawan dari kelas sebelah menabur fitnah keatas aku..

Sungguh ketika itu aku lemah, aku dah takde semangat hadir ke kelas lagi, lagi-lagi ketika itu keputusan sem2 keluar dan keputusan aku sangat teruk.. semua orang pulaukan aku semua orang memandang rendah terhadap aku.. malu segan tu jangan cakaplah.

Sehingga ke hari ni aku masih ingat mengapa mereka menabur fitnah keatas ku dan rakan sekelasku mempercayai tanpa menanya aku terlebih dahulu.

Rupa-rupanya sejak aku mula memasuki sekolah ini mereka memang tidak berapa menyukai aku hanya kerana aku selalu mendapat perhatian dari rakan-rakan lelaki dan guru-guru ku lelaki.

Demi Allah aku langsung tidak mengedik dengan mana2 lelaki dan hanya ingin menjalinkan ikatan sebagai kawan sama seperti niat yang sama aku dengan mereka namun mereka merasa tergugat dek kerana aku akui aku memiliki rupa paras yang cantik, tapi ini bukanlah menjadi sebab yang kukuh untuk mereka membenci aku…. Sedih sangat sedih…

Dan benda ini aku tau pun dari seorang kawan aku, sejurus dia memberitahu aku dia turut mengakui dia juga sama seperti mereka yang mana sangat mencemburui aku..

Hancur hatiku mendengar pengakuan dan mengetahui akan hal ini…. Sebenarnya pasal ni masih panjang ceritanya, andai cofession ini disiarkan InshaaAllah aku akan sambung..

Berkenaan dengan penyakit ku itu(ketumbuhan di payudara) ku sangka aku semakin sihat setelah menjalani pembedahan namun keadaan ku semakin merosot selepas itu.

Kerana selang beberapa bulan aku menjalani pembedahan tersebut ada beberapa ketulan yang tumbuh baru di tempat yang sama malah ia lebih banyak dari sebelum ini. Dan yang lagi teruk, ada tumbuh beberapa ketulan nanah, namun dimana benda tu tumbuh tidaklah aku nyatakan disini.

Kedua ibubapa aku melihat keadaan aku yang semakin teruk dan ya aku akui keadaan aku ketika itu sudah makin teruk.. kadang aku berjalan pun terpaksa berhenti sekejap kerana kaki ku seakan-akan cramp, entah mengapa adakah ia kesan dari penyakit ku itu (ketumbuhan) atau apa.

Dipendekkan cerita, kedua ibubapa aku menyuruh aku ikut dengan kakak aku ke Johor kebetulan disana diceritakan oleh kakak ipar ku ada seorg yang boleh mengubat penyakit seperti aku.

Awalnya aku membantah kerana mana mungkin aku berhenti sekolah sedangkan ketika itu lagi 2bulan aku bakal menduduki last sem iaitu sem 3. Tapi bila aku lihat keadaan aku, kesihatan aku lagi penting dari semua itu.

Maka aku pun bersetuju dan akhirnya disinilah aku sekali lagi menjalani rawatan yang sama seperti sebelum ini iaitu perubatan kampung juga.

Selang beberapa tahun dengan pelbagai inisiatif yang aku lalukan akhirnya syukur kepada Allah swt dengan limpah kurnia dan izinNya, aku kini bebas dari ketumbuhan tersebut dan aku juga pernah ke hospital untuk cek alhamdulillah aku dah pulih..

Namun sekali lagi aku diuji, bilamana penghujung tahun lepas aku di sahkan mengalami kemurungan atau dipanggil MDD (Major Depression Disorder) dan sekarang aku sedang menjalani rawatan di Hospital Permai di salah satu daerah di Johor ni.

Disini apa yang aku cuba sampaikan ialah, walau kita sakit macam mana sekalipun jangan pernah menyerah kalah. Cuba pelbagai inisiatif untuk sembuh. Dan inisiatif yang aku buat adalah, seperti yang aku katakan aku berubat secara kampung/tradisional bukan berjumpa dengan tok bomoh ye.

Selain itu aku turut mencuba perubatan islam yang dipanggil sebagai Darul syifa dan aku juga ke hospital(untuk menjalani pembedahan dan mengambil rawatan untuk MDD yang aku alami sekarang). Selain itu, kuatkan semangat walau diuji berkali-kali.

Suka aku ingatkan diriku dengan sebaris kata-kata ini iaitu “Allah tak lihat berapa kali kita jatuh dek kerana diberi ujian hebat olehNya, tapi Allah lihat berapa kali kita bangkit selepas berkali-kali kita jatuh.”

Ini menjadi salah satu kuota untuk aku bangkit semula, meski perit sakit sedih namun aku tetap kuatkan semangat untuk jalani semuanya.

Dalam pada itu, banyak hikmah sebenarnya yang aku dapat dari ujian-ujian ini. Antaranya, aku semakin mengenal Allah iaitu aku mendekatkan diri kepadaNya.

Aku belajar apa itu erti redha dan sabar bilamana diuji, dan bermacam-macam lagi benda-benda positif yang aku dapat, dimana benda ni secara tidak langsung aku turut mengaplikasi ia di kehidupan ku sehari-hari..

Sebenarnya banyak lagi yang terjadi dlm hidupku namun cukuplah sampai sini coretan kali ni andai confession ini disiarkan aku akan sambung cerita lagi.

InshaaAllah aku akan sambung apa sebab aku depression, apa yang terjadi dengan aku dan macammana keadaan aku sekarang, macam mana aku kerja sedangkan aku hanya ada SPM serta adakah aku sambung belajar atau tidak..

Okay, terima kasih aku ucapkan andai pembaca membaca cerita ni hingga habis dan maaf juga andai bahasa yang aku gunakan agak susah untuk pembaca fahamkan (mungkin ada ayat yang aku gunakan bercampur dengan slang negeri aku dengan BM di semenanjung ni) kerana walau aku dah lama tinggal disini sini namun slang Sabah aku masih pekat..

Assalamualaikum..

– Sha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *