Hampir Jadi Gangster

Hai assalammualaikum. Aku Gemok (bukan nama sebenar). Berumur 18 tahun, hari ini aku nak menceritakan tentang kisah hidup aku.

Okay firstly aku merupakan anak kedua dari 7 orang adik beradik. Nama gemok tu aku dapat daripada kawan ii aku yang suka panggil aku gemok walaupun aku rasa aku tak gemuk pun huhu and diorang pun biasa taip “u’ tu tukar kepada huruf “o’.

Tujuan aku menulis harini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan diri sendiri tetapi lebih kepada ingin meluah dan berkongsi cerita kepada pembaca di luar sana.

And sebelum ni pun aku ada menghantar beberapa kisah namun dengan nama samaran yang berbeza dimana perkara ini untuk melindungi aku dari diketahui oleh orang sekeliling aku kerana kebanyakan dari mereka juga pembaca tegar iiumc ini.

Maaf andai penulisan aku ini berterabur kerana aku bukanlah seorang budak sastera yang handal dalam penulisan.

Hari ini aku ingin menceritakan kisah aku hampir terjerumus di dalam kancah gangster dan jenayah. Okay first of all aku bukan seorang budak yang bermasalah seperti kebanyakan orang fikir.

Ibu aku berkerja dalam sektor kerajaan dan bapa aku berkerja sendiri dan aku juga sedari kecil boleh diketegorikan sebagai kanak-kanak yang cerdik dan mendengar kata. So, sebab aku hampir terjerumus dalam perkara di atas?

Okay akan aku ceritakan satu persatu dan aku harap semua pembaca enjoy dengan cerita aku dan jadikan sebagai pengajaran ye.

Okay kita mula dengan bab gangster. Macam mana aku boleh rasa nak masuk dalam perkara yang b0doh ni?

Semuanya bermula dari pengaruh televisyen dan aku bukan meletakkan seratus peratus kesalahan ke atas televisyen ini kerana mungkin juga masa itu aku yang tidak matang dan mudah terikut ikut.

Seawal aku usia 8 tahun aku gemar melihat cerita filem-filem aksi yang berkisarkan tentang keganasan dan yang sama dengannya. semasa umur aku 14 ataupun 15 pula kawan-kawan aku hangat bercerita tentang kumpulan kongsi gelap yang boleh dikatakan terkenal di kawasan aku.

Dan ketua kumpulan ini pula kebanyakannya terdiri dari bangsa  yang kita kenali sekarang. Pada masa itu ketua kumpulan mereka juga giat merekrut remaja untuk memasuki kumpulan mereka.

Kalau ikutkan hukum alam, kumpulan gangster mana yang konco dia kebanyakan dari remaja dan kanak-kanak bawah umur kan? Orang bodoh je mudah terikut dan aku juga hampir terikut.

Benda ni jadi lebih menghairahkan aku bila kawan baik aku sendiripun masuk kumpulan tu dan pada masa tu seingat aku kitorang baru berumur 16 tahun. Kawan baik aku tu aku boleh kenalkan dia sebagai Din.

Din ni dia orang sabah yang berhijrah ke negeri aku dan kami telah berkenalan dari umur 11 tahun sehingga kini. Din ni bukannlah budak yang jahat, dia kawan aku yang paling baik tetapi dia datang dari broken family.

Family dia yang tinggal sini pun semua baik dengan aku sebab kitorang ni memang kamcing habis. Din ni boleh diketegorikan sebagai pelajar yang lemah dalam akademik tapi macam aku cakap tadi, dia memang baik.

Dia satu-satunya kawan yang ketika aku susah dia datang tolong tanpa harapkan bantuan dan rungutan. Ada satu kisah motor aku naik rantai putus, masa tu awal pagi dan aku ingin pergi ke kolej aku.

Nak dijadikan cerita masa tu aku call semua kawan-kawan aku yang nombornya ada dalam telefon aku, tapi kebenyakan yang angkat semua bagi pelbagai alasan dan aku juga faham yang mereka juga mungkin malas nak tolong aku sebab aku faham dari segi perangai masing-masing.

Tapi bila je aku call Din ni dia terus angkat dan aku boleh dengar suara dia menguap menandakan deringan panggilan aku yang mengejutkan dia.

Aku pun bagi tahu yang rantai motor aku putus dan tempat yang putus tu dari rumah dia boleh dikatakan jauh juga kerana mengambil masa kira-kira 25 minit untuk sampai. Lepas je aku cakap rantai putus dia terus bangun dan start motor untuk tunda aku pulang kerumah.

Aku pun dah maklumkan pada pensyarah aku haritu dan dia pun izinkan aku tidak hadir kelas dia pada hari itu. Walaupun kisah ni Nampak remeh temeh tapi kalau pembaca sendiri yang mengalami mesti anda semua akan terharu ada kawan macam Din ni.

Din ni bukan sekali dia pernah tolong aku, banyak kali dia tolong sama ada kalau ada kerosakan kenderaan ataupun ada orang yang datang nak bergaduh dengan aku semua dia tolong selesaikan( buka aku yang mecari gaduh tetapi ada budak yang kurang puas hati dengan aku).

Okay berbalik pada kisah gangster tadi. Din ni dia punya badan sangat besar dari dari remaja yang sebaya dengan dia, dia bukanlah terlalu gemuk tapi lebih kelihatan sebagai seorang bonzer yang berkawal di kelab-kelab malam.

Din ni pun dia masuk kumpulan kongsi gelap selepas pakcik dia ajak dia.

Pada masa itu boleh dikatakan separuh daripada orang lelaki di kampung Din ni semua beriya-iya hendak masuk ke dalam kumpulan kongsi gelap ini dan aku pun kurang pasti apa motif diorang sampai hampir satu kampung nak masuk kumpulan tu huhu.

Korang bayangkan, kawan-kawan aku dari sekolah rendah yang badan kurus kering pun beriya nak masuk group tu aku terus cannot brain arh hahaha.

Time aku b0doh, aku fikir powernya group ni sampai kawan-kawan aku semua join padahal masatu kalau aku ingat balik muka kawan-kawan aku yang masuk semua macam belum akhil baligh lagi, muka baby face gitu hahahaha.

Tapi mungkin juga diorang ni semua ada darah panglima sampai beriya-iya masuk group tu hehehe.

Si Din ni pernah bawa aku beberapa kali pergi ke port bos dia melepak dan port bos dia pun takdelah gah mana seperti yang aku lihat dia kaca tv.

Port diorang hanyalah di sebuah car wash milik bos tadi yang kalau difikirkan balik sekarang ketua ganster mana la yang aku jumpa ni, miskin betul aku tengok wkwkwk.

Tapi bos dia ni memang baik aku tak tipu, aku sampai-sampai je dia belanja makan dan ajak berborak. Aku tak pasti sama ada itu taktik dia nak umpan aku masuk group dia ataupun apa.

Tapi boleh aku cakap layanan dekat ahli-ahli dia semua memang baik, aku tahu sebab kebanyakan ahli dia kawan-kawan aku dan diorang pun selalu cerita bos ni bawak makan restoran dan sebagainya.

Okay selepas hari pertama jumpa bos tu aku dah jarang-jarang ikut Din melepak dengan bos dia sebab kekangan masa.

And aku lupa nak bagitahu yang kampung aku dengan kampung Din ni asing. Kampung aku dibahagian depan dan dia jauh kedalam sedikit dan ambil masa 10 minit jika aku ingin pergi kerumah dia.

Aku rasa sudah cukup panjang aku menulis ini dan takut pembaca semua sudah bosan membaca.

Dan untuk kisah yang kedua aku iaitu kisah hampir terjerumus dalam kancah jenayah aku hold dahulu. Kerana aku sendiri tak tahu sama ada aku patut ceritakan kisah ini ataupun tidak kerana aku juga merisaukan keselamatan diri aku.

Berikan aku waktu untuk berfikir dahulu ya wahai pembaca sekalian?

Insyaallah kalau ada rezeki akan aku kongsikan kisah ini untuk dijadikan santapan bacaan anda semua. Aku rasa cerita aku tentang gangster ini pun sudah cukup membuat aku rasa tergugat namun aku tak kisah asalkan apa yang terbuku di hati dapat aku lepaskan.

Akhir kata insyaaAllah jika ada masa dan sudah puas berfikir akan aku kongsikan nanti. Assalammualaikum.

– Gemok (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *