Assalamualaikun semua readers. Aku tertarik nak kongsi kisah abang ipar aku berdasarkan pengamatan aku yang naif ni.
Sengaja aku letak tajuk atas tu sebab aku rasa benda ni WAJIB ada pada semua lelaki sebelum berkahwin. Let’s start…
Kakak aku dah berkahwin hampir dua tahun dipendekkan cerita lepas dah kahwin baru dia tahu yang si suami tak reti bawa kereta. Dan paling sadis rupanya lesen motor pun tiada jadi selama ni bawa motor secara haram.
Paling sedih time kakak aku dah rasa nak bersalin terpaksa call ayah aku bawa kan dia ke hospital. Sebab? Suami tak reti bawa kereta.
Kebetulan rumah parents aku dekat. Ayah aku datang elok abang ipar aku ni main game dan macam tak bersalah. Call ayah aku untuk bawa ke hospital pun kakak aku yang call. Point pertama: Wajib ada lesen dan tahu bawa kereta.
Kedua, suami kakak aku gemar habiskan duit dekat motor, tukar sportrim, modified itu ini tapi langsung tak pernah hulurkan nafkah dekat kakak aku. Duit pampers makan pakai sampai barang anak semua kakak aku tanggung. Dia hanya tanggung diri sendiri.
Untuk pengetahuan semua rumah yang mereka duduk sekarang adalah hadiah perkahwinan dari ayah aku jadi dekat situ dah jimat.
Bayangkan kalau ayah aku tak bagi rumah tu mesti segala sewa kakak aku bayar sebab api air semua kakak aku jelaskan. Dia hanya tahu goyang kaki. Point kedua: Perlu ada sifat tanggungjawab dan ihsan.
Ketiga, abang ipar aku tiada pekerjaan tetap. Untuk pengetahuan semua kakak aku guru tetap di sekolah rendah. Jadi semua diharapkan oleh abang ipar aku untuk kakak aku selesaikan.
Pekerjaan abang ipar aku hanyalah sebagai Pekerja Sambilan Harian di sebuah agensi awam dan kontrak akan disambung setiap 3 bulan dan gaji adalah berdasarkan hari. Kalau sakit, tak datang kerja tak ada la gaji.
Aku pernah nasihati abang ipar aku untuk mencari pekerjaan yang lebih stabil namun tahu apa jawapan dia?
“Kakak kau kan ada, apa guna isteri kerja kerajaan”. Sambil gelak macam orang tak guna dekat aku. Point ketiga: Ada pekerjaan yang stabil.
Terakhir, abang ipar aku ketagih main game sekarang iaitu PUBG. Bayangkan pernah dia tak pergi kerja semata-mata game ni. Terlewat bangun nak pergi kerja. Sampai kawan dia call kakak aku.
Bukan sekali berkali-kali. Langsung tak sedar diri yang dia bukan bekerja tetap bila-bila boleh kena buang. Rasa-rasanya bila dah ketagih main game tu anak isteri terabai tak? Terabai.
Kakak aku selalu lah menangis katanya dia main game tu dengan perempuan lain sampai kakak aku panggil minta tolong kakak aku kena jerkah pakej kena pukul.
Sebenarnya banyak lagi sifat buruk abang ipar aku ni yang tak sepatutnya ada pun pada orang lelaki yang dah berkahwin. Tapi aku petik 4 point utama yang aku nampak.
Ayah aku punya nasihat dekat kakak aku, “Dari kamu support lintah hidup lebih baik kamu berpisah aje kakak”.
Kakak, kakak memang kuat. Kami sokong apa je keputusan kakak. Kakak kena fikirkan hidup kakak dan anak kakak. Wina tahu kakak selalu baca dekat sini.
Rakan-rakan readers, tolong bagi nasihat dekat kakak aku ya. Terima kasih.
– Wina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit