Di Mana Syurgamu Wahai Lelaki Bergelar Suami

Assalamualaikum semua. Lately banyak aku baca confession pasal rumahtangga. Tak, aku bukan nak kecam. Tapi aku faham. Dengan in laws yang toksik sampai ke suami tak reti berdikari. Aku dah rasa semua ni.

Aku baru sangat lagi kahwin dan anak seorang umur tak sampai setahun lagi ni. Parents aku, kami suami isteri dan mertua aku duduk dalam daerah yang sama berjarak hanya 20 minit lebih kurang.

Untuk permulaan, aku bukanlah menantu pilihan mertua. Banyak alasan diberi. Sebab aku anak sulung, suami anak sulung. Panas orang2 tua kata. Sebab aku belajar tinggi, suami diploma je. Nanti aku ego meninggi diri dari suami. Sebab aku tak pernah datang jenguk parents suami masa berkawan dulu, aku sombong tak boleh buat menantu.

Yang kawan ni kawan ye bukan couple. Tak ada perancangan pun nak bercinta atau kahwin masa tu. Yang readers perempuan kat sini kalau berkawan dengan lelaki, memang kena datang hadap parents ke? Kawan kot.. bukan boyfriend.

Kami bermula sebagai kawan biasa bertahun tahun. Tapi tak lama lepas tu masing2 terjatuh hati. Aku dah pernah putus cinta dengan husband, breakup la senang cakap.

Husband yang minta dulu sebab tekanan dari family suruh putus and kawan2 nasihat jangan bercinta dengan orang belajar masters ni. Tapi tak lama lepas tu husband aku cari aku balik and ajak kahwin sebab dia minta petunjuk and nampak aku je.

Aku pun sama doa minta petunjuk. Cut story short, semua dipermudahkan walaupun ada kecil hati sikit la dengan mertua ni sebab mulut dia. Dia ni jenis semacam suka perli orang. Kadang2 aku rasa terhina dengan kata2 dia.

Bukan setakat tu, mertua aku ni memang jenis mulut lepas. Tak kira dah apa dia cakap buat orang suka ke tak suka ke, dia tak peduli. Muka aku ada jerawat pun dia perli takut berjangkit katanya lepas tu gelak2. Serious aku sentap gila. Tak perlu cakap macam tu kot kan? Hati orang kena jaga kan tak kira la tua atau muda.

Cut story short, not going to tell every details. Sebulan lepas aku kahwin, majlis sambut menantu. Mertua aku post gambar wedding aku kat fb. Ada la kawan dia komen tahniah, dia reply dengan gif yang lebih kurang tangan kat bahu mata ke atas.

Gif tu bermaksud I’m not impressed over it. Oh wow, direct betul dia bagitahu semua orang betapa tak sukanya dia kat aku. Agak terkejut la juga dan ada aku tanya husband aku kenapa mak dia buat macam ni.

Ini part yang aku rasa boleh relate dengan confession lain. Bila isteri mengadu pada suami apa yang mertua buat, para suami ni boleh suruh sabar je? Lupakan je? Mak dia memang perangai macam tu mulut jahat tapi hati dia baik. Para suami, kau pandang remeh benda macam ni?

Sama la dengan husband aku, aku nasihatkan dia kalau ada apa2 tak kena dengan isteri dan mak, dia kena jadi orang tengah harmonikan keadaan. Bukan lepas tangan. Itu memang tanggungjawab seorang suami kan. Bila dibiar, macam ni la jadinya semua makan hati.

Dari confessions lain bila aku tengok benda macam ni, ini la permulaan barah dalam perkahwinan. Kau sahihkan aje apa mak kau buat sebab dia mak. Syurga bawah tapak kaki mak ye tak? Tapi kau tak sedar yang mak kau ni tapak kakikan je menantu ni. Menantu tak layak disayangi diambil berat ke? Menantu tak ada hati perasaan ke? Menantu bukan anak ke?

Potong cerita kasi pendek lagi. Aku dah bengkak hati dengan mertua aku ni menyampai cerita kat suami aku sampai kami bergaduh laki bini. Cerita yang sebenarnya tak ada siapa2 yang bersalah pun dan mertua aku ni tahu cerita yang sebenar. Tapi bila menyampai cerita separuh jalan buat macam aku yang salah. Cerita yang betul tak pula dia sampaikan. Ini dah kira fitnah dah ni.

Aku kalau pasal mulut lepas dia tu memang sakit hati tapi boleh bawa bersabar lagi. Tapi ni dah sampai fitnah2 nak kami laki bini gaduh apa motif dia sebenarnya? Husband aku pun dah tahu cerita sebenar. Tapi aku betul2 marah aku tak boleh hadap muka mertua aku ni. Depan aku kemain buat muka tak bersalah.

Aku cuba dapatkan penjelasan dari mak dia sebab aku takut suami aku yang salah dengar ke salah sampaikan cerita ke. Direct je aku whatsapp mertua aku ni tanya kenapa cerita benda tak betul sedangkan dia tahu cerita sebenar.

Dia jawab bukan dia yang cerita tapi saudara mara complain, dia sampaikan aje. Kot la nak minta maaf ke sebab tersalah cakap ke apa.. ini tak. Dia buat tak tahu je weh. Bagi dia dah lepas tu lepas la buat apa nak ungkit.

Jadinya aku ambil jalan damai, aku jauhkan diri dan aku diamkan diri. Aku minta masa dari husband aku untuk bertenang dan buang perasaan marah ni tapi jangan paksa aku.

Dan yang aku tak boleh brain dengan mak dia tu punya la buat muka tak bersalah sampai anak aku pun dia sibuk nak bawa ke sana sini tapi tak nak bawa aku sekali. Aku mak kandung anak aku kot. Mana boleh nak sisih buang macam tu tapi anak aku dia nak ambil.

Bila time aku nak ikut tiba2 je plan nak bawa anak aku kesana sini tu tak jadi. Macam2 pula alasan tak jadi tu. Mula2 aku iyekan je la.. tapi disebabkan aku terbaca whatsapp notification husband aku, mak dia cakap tak jadi bawa anak aku sebab aku tarik muka. Ya Allah! Stress aku. Suami pun seakan memaksa aku maafkan mak dia.

Potong lagi cerita. Time2 covid ni la mak dia sibuk nak pergi overseas. Pergi juga la akhirnya. Balik malaysia time PKP dah mula. Aku dah pesan pada husband aku jangan jumpa dulu. Tunggu self quarantine 14 hari habis dulu. Tapi degil juga.. baru balik beberapa hari dia dah pergi jumpa mak dia.

Masa ni aku rasa totally lost. Nak biar masuk rumah kang kalau positif macam mana? Anak aku kecil lagi.

Before tu pun memang aku tengah gaduh dengan husband aku. Ada satu perangai dia yang dia asyik ulang sampai aku penat nak nasihat penat nak bebel. Penat.

Aku suruh dia keluar. Ye aku dah penat dan aku dah lost tak tahu nak buat apa. Aku fikir nak lindungi anak aku je time tu. Tambah lagi dengan covid, baik la dia keluar. Dengan mak dia menegakkan benang yang basah. Dah buat saringan tapi negatif walaupun belum cukup 14 hari self quarantine. Aku ditinggalkan dengan anak berdua.

Dan ye aku terlanjur kata minta lepaskan aku. Before semua orang cakap sebab tu je ke minta dilepaskan? Tak, ada terlalu banyak sebab lain. Tapi yang paling utama aku rasa dia tak boleh lindungi keluarga kecil dia ni. Aku, dia gagal lindung dari mak dia. Anak, dia tak usaha lindung dari penyakit. Macam mana aku nak bergantung harap pada seorang suami?

Tak lama lepas habis tempoh dia self quarantine kecoh kluster baru muncul sampai dah ada 3 kematian tak silap aku. Kluster tu adalah tempat yang sama mak dia pergi bercuti. Aku time ni dah macam tak tahu nk fikir apa dah.

Tidaklah aku mendoakan dia kena, tapi kalau dia kena macam mana? Adakah husband aku pun kena? Macam mana kalau waktu singkat yang husband aku balik rumah sebelum keluar tu kami dah berjangkit sama? Allah!

Benda ni aku refer pada parents aku. Aku lost. Ayah aku ada refer pada ustaz, dan dinyatakan memang ada unsur2 sihir dalam hubungan kami. Aku tak nak cakap dari siapa. Tapi digunakan sihir untuk tundukkan orang supaya orang dengar cakap dia.

Aku first dengar macam tak percaya. Takkan sampai macam tu? Tambahan lagi, ada ex gf yang cuba cari husband aku semula. Entah malas aku nak fikir2 sangat.

Mak dia pun ada call mak aku cakap aku nusyuz. Berulang kali dia sebut aku nusyuz dan katanya kali ni husband aku dah nekad. Dia nak hidup macam dulu2 semula. Patah hati aku dengar.

Dah la sabitkan aku nusyuz luar mahkamah, sedap je nak jatuh hukum aku nusyuz. Kalau nusyuz pun belum lagi melibatkan cerai. Maknya kata anak dia dah patah hati. Dah tu aku tak patah hati dari dulu? Macam mana aku bertahan selama ni?

Bila mak aku tanya kenapa dia buat aku macam tu dulu, fitnah and tunjuk kat orang yang dia tak suka aku, dia jawab kenapa nak ungkit cerita lama? Dia tak bersalah dalam hal ni. Aku yang bersalah sebab halau husband aku keluar. Dia cakap boleh je suruh husband aku balik mandi, tak kena la covid.

Apa dia ingat macam pergi pasaraya balik mandi? Dah husband aku balik siap pakai baju mak dia beli kat sana, dengan bawa balik souvenir makanan dari sana.

Tu kalau positif besar kemungkinan husband aku dah infected kot. Senang je ambil mudah semua benda. Yang tak boleh tunggu habis kuarantin dah kenapa? Cuba kalau dia habiskan kuarantin tu dulu, agaknya bertambah keruh ke keadaan?

Mak aku ada je cuba slowtalk dengan mak dia untuk sama2 usaha baik pulihkan kami ni. Tapi mak dia banyak sangat berdalih. Katanya dah penat sampai nangis2 dah pujuk tapi husband aku dah nekad juga katanya. Tapi last sekali dia sendiri yang cakap kalau nak berbaik kena duduk dengan dia kat rumah dia. Katanya tu syarat dari husband aku.

Ada juga mak dia cakap dengan mak aku yang dia ada hak untuk suruh anak dia ceraikan aku. Sampai macam tu sekali ye? Dulu husband aku pun pernah cakap kalau mak dia suruh buat pilihan, dia akan pilih mak dia. Ya Allah sedih betul aku rasa masa tu.

Aku tanya kenapa perlu pilih pula? Kenapa tak pulihkan je keadaan? Kan lagi senang kalau kami berbaik tak perlu pilih2. Dan kalau dia pilih aku sekali pun, aku tak benarkan.

Sebenarnya dulu2 pun husband aku ada cerita mak dia selalu ugut dia anak derhaka. Anak mana yang tak takut bila mak sendiri sebut perkataan derhaka? Tapi jangan la sampai tak reti beza betul salah, baik buruk. Ni dah tinggal anak macam ni tanya khabar pun tidak, betul ke macam tu? Baik ke macam tu?

Dan sekarang aku pun tak tahu khabar berita family belah sana termasuklah husband aku. Positif covid ke tak ke, aku tak tahu. Mak dia pun dah siap block aku kat fb. Dah sebulan lebih aku tergantung macam ni la.

Ada aku minta maaf dengan husband aku. Aku reflect diri semula. Salah macam mana pun orang tu, reaction kita tu kena fikir panjang. Boleh marah2 tapi apa akibat dia? Boleh je react tenang2. Aku minta maaf kat dia sebab aku tahu aku salah suruh dia keluar dengan cara yang kasar.

Boleh je kan aku minta dia kuarantin sekali dengan mak dia, habis kuarantin balik semula. Tapi aku terlalu panik membuatkan aku tersilap langkah. Aku pun dah minta maaf pada mertua aku atas keterlanjuran kata mengikut amarah.

Tapi sudahnya aku kena block. Semua media sosial aku dah tak berstatus sebagai kawan atau follower. Dia suruh jumpa di mahkamah je nanti. Mertua aku pun sama block aku. Aku message je ucapan maaf tapi tak reply.

Aku cuba baik pulih keadaan. Aku tak nak nanti disoal apa usaha yang aku buat untuk minta maaf? Minta maaf satu dah, kalau berbaik aku nak berbakti. Semoga dengan bakti tu boleh hapuskan dosa aku dan damaikan kami.

Tapi suami pun aku tengok dah berkeras. Tak macam yang aku kenal. Aku dah tak kenal suami aku. Kalau dulu bergaduh pun dia kan berbaik semula. Tapi kali ni katanya dah nekad.

Dulu suami boleh dibawa berbincang. Tapi tidak kali ni. Dia dah macam jadi orang lain. Maknya pernah cakap kat mak aku, husband aku jadi camtu sebab dah patah hati. Robeknya hati aku dari dulu kau tak peduli.

Suami, boleh tak kalau bergaduh jangan lari rumah? Boleh tak kalau bergaduh fikirkan anak juga? Mudahnya melafazkan nak hidup macam dulu semula. Ingat boleh undo ke perkahwinan dan anak ni?

Lelaki, tolonglah ada pendirian teguh. Dah salah tetap salah. Syurga kau kat tapak kaki mak sekali pun, ingatlah benda ni. Perempuan2 dalam hidup kau ni la yang tarik kaki kau ke neraka. Kalau mak salah dan kau tahu hakikat tu tapi kau tak tegur kat dunia ni, akhirat nanti dia sabit pula kata kau tak pernah tegur salah dia.

Kalau isteri nusyuz sabitkan kau punca dia nusyuz, dia pula tarik kaki kau ke neraka. Anak perempuan ni kalau dia berdosa, dia sabit pula ayah tak bertanggungjawab didik dia. Dah asyik lari rumah, nak hidup macam bujang dulu mana nak tanggungjawabnya? Mana syurgamu wahai lelaki bila kau biarkan perempuan2 ini melakukan dosa?

Jangan kau ingat ibu saje syurga kau. Kalau atas dunia pun dah saling salah menyalah, macam mana akhirat nanti? Semua tak nak masuk neraka. Semua nak mengaku dia tak bersalah. Semua nak letakkan beban dosa atas orang lain. Jangan membongkak kau buat amalan khurafat dan amalan kau menjadi, belum ditimpa balasan. Ingatlah istidraj.

Lelaki, tolong. Jangan aniaya perempuan macam ni. Jangan mengharap isteri seperti Siti Khadijah jika peribadimu jauh sekali dengan Rasulullah. Syurga memang terletak pada ibumu tapi kamu juga diberi akal fikiran untuk fikir baik dan buruk. Tak ikut yang buruk tak semestinya derhaka.

Aku tak nak orang salah faham pula. Husband aku bukan jahat. Dia baik. Tapi dari segi mengatur rumahtangga tu tak reti la nak cakap. Dia terlalu ikutkan kata mak dia dan terlalu membiarkan aku buat semua benda sendiri dalam rumah walaupun mengecat rumah masa dalam pantang. Terpaksa la mengecat sebab dah menumpang rumah parents lama sangat.

Dia baik dan peramah je orangnya. Tapi yelah, isteri saje tahu perangai suami. Depan orang lain perangai dia melayan keluarga. Empati pada isteri tu boleh aku katakan sangat kurang, bukan langsung tiada. Tiada belas kasihan pada isteri. Tapi kawan2 sangat la baik dia layan. Brotherhood la katakan.

Aku pun dah diambang penceraian dengan kebencian penuh dari keluarga suami. Aku redha, diceraikan aku terima. Kalau dia nak berbaik pun aku terima. Tapi sama2 la baiki keadaan. Doakan aku. Terima kasih.

– Kuntuman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *