Ramadhan Versi Alia

Hai assalamualaikum dan salam ramadhan buat para pembaca. Saya Alia, kalau ada yang masih ingat.

Boleh baca confession Alia di sini, (https://iiumc.com/tips-dari-alia-sempena-musim-kenduri/).

Sekarang dah masuk musim ramadhan. Tahun ni pertama kali kita semua berpuasa dalam suasana PKP. Semoga Allah mengangkat doa kita semua agar krisis Covid-19 ni cepat2 pulih di Malaysia dan serata dunia. Amin.

Berpuasa kali ni penat sikit kan, sebab dah tak ada bazar kita nak membeli belah, aneka kuih.

Alia rindu bazar sebenarnya. Kalau nak buat semua kuih muih takut tak sempat. Lepas tu buat banyak2 mesti tak habis makan. Rugi pulak rasa. Alia cadangkan kita semua bancuh apa2 kuih, double the amount. Bolehlah kita buat kuih frozen.

Antara kuih yang sesuai buat frozen ialah kuih pau, donat, pau sambal, popia, cucur badak, cakoi. Dan banyak lagi sebenarnya. Kalau ada isi masak sardin yang tak habis tu, jangan la buang.

Lenyek2 kan sardin tu, tumis sikit cili kisar, bawang merah dengan kobis, masukkan sardin yang dah lenyek tu. Gelek roti, masuk inti tadi. Dah jadi roti sardin, pun boleh frozen jugak. Kalau rajin, bancuh tepung, gelek2 sikit, dah jadi sardine roll.

Alia suka buat inti kentang banyak2. Belila kentang 3 kilo ke, buatlah inti bergedil, nanti boleh sumbat dalam touhu pok, dah jadi tauhu bergedil, balut dengan kulit popia, dah boleh jadi popia bergedil.

Lenyek2 kentang tu atas roti, letak sos mayo sikit, balut roti tu dengan kulit popia, dah jadi roti baghdad. Banyak menu boleh terhasil kan?

Sama jugak dengan inti karipap, buat banyak2 boleh jadi karipap, gulung lipat kulit popia dah jadi samosa, pecah telur dalam kulit popia, letak inti karipap tu sikit, ha dah jadi mini murtabak.

Inti ketayap pun boleh simpan frozen. Buat banyak2 kalau nk buat ketayap ke, puteri mandi ke, tk payah dah buang masa buat inti tu byk2 kali.

Alia dah tetapkan, berbuka kena ada satu main dish, iaitu masakkan yang berat mcm nasik ke, mi kotiau spagethi bihun mcmtu, satu lagi dessert atau kuih muih, dan buah sikit. Makan itu je pun dah sangatlah kenyang sebenarnya.

Kuah spagheti boleh je buat frozen siap2, pack dalam ziplock bag untuk portion sekali makan. Untuk spageti versi bajet versi pkp, boleh la dice bawang, garlic, tomato, sosej, ayam, tumis je semua sampai betul2 layu.

Kalau nak pedas tambah sikit cili kisar, sos tomato sos cili. Perasakan then last sekali masukkan mushroom dan oregano. Kalau rasa pekat sangat, masukla air rebusan spagethi sikit. Jadilah sos spagethi bajet.

Kalau bajet lebih, masukkanlah setin dua pes prego tu, no problem. Selain boleh buat kuah spagethi, boleh jugak guna untuk sapu atas roti, tabur cheese, bawang dan sosej, bakar dalam oven. Dah jadi mini pizza roti.

Blend siap2 bawang besar bawang putih, macam Alia, Alia blendkan dengan minyak. Lepas tu kuantiti pun agak2 je, biar untuk cukup pakai seminggu memadai dah. Pes sambal memang siap2 ada dah dalam peti ais. Nanti proses kita nak masak memasak jadi lebih cepat.

Cili kicap, sambal belacan, blend je buat banyak2. Pack kecik2 dalam small ziplock bag, untuk portion sekali makan, frozenkan. kalau nak makan, ambil sebungkus dan tinggal defrost je. Tak payah dah tumbuk cili blend cili hari2.

Makanan pulak bajet la betul-betul, biar tak jadi pembaziran. Selalu bulan ramadhan ni nafsu makan kita tengok itu jadi nak, tengok ini jadi nak.

Nak try recipes baru boleh, tapi kalau boleh habiskan la dulu apa yang dah ada dalam peti sejuk tu. Benda yang kita frozenkan tu, jangan lupa tulis date kat plastik tau. Biar kita tau berapa lama dah benda tu duduk dalam peti sejuk kita.

Kadang2 kita beli barang smpai overload kita punya peti sejuk dan freezer. Kena kemas peti sejuk at least dua minggu sekali. Nak r&d balik benda apa yang ada dalam peti sejuk kita.

Bila kita tau apa yang ada dalam peti sejuk kita, jadi mudah kita nak rangka menu untuk berbuka dan bersahur. Lekat whiteboard mini kat peti sejuk, tulis menu apa yang nak masak agar tak tersasar dari plan.

Its okay just to eat simple dish during berbuka. Kadang2 orang buat banyak2 menu untuk tangkap gambar post kat ig sahaja. Makan tak habis dan buang2. Tak apa, jangan rendah diri dengan hidangan kita, tak salah kita bersederhana, kan kawan kawan?

Air gula jugak Alia masak banyak siap-siap. Simpan dalam peti ais. Senang nak bancuh air masa berbuka nanti.

Air sejenis pun dah cukup dah. Jangan banyak-banyak, nanti sengkak perut nak terawih. Lagi elok kalau minum air masak je sebenarnya. Tapi suami Alia nak juga air manis sikit untuk basahkan tekak.

Untuk moreh, Alia selalu makan kuih lebihan berbuka tadi, tak pun potong buah je makan anak beranak. Nanti sahur nak makan berat lagi kan, alia amik berkat ramadhan ni untuk belajar jugak untuk kawal pemakanan.

Set timer untuk bangun tahajjud. Buat sembahyang taubat selalu. Baca quran sehari satu/dua juzuk. Penuhkan hari dengan ibadah. Pasti akan lebih terasa kemanisan ramadhan tu.

Mungkin ada orang yang akan cakap Alia membazir buat kuih frozen banyak2. Sejujurnya Alia tak pernah rasa benda ni sebagai pembaziran. Kuncinya kita jangan tamak, berkongsi lah rezeki dengan jiran tetangga.

Tambahan pula sekarang bulan ramadhan yang mulia, Mak Alia selalu pesan, nak bagi apa2 pada orang, pilih yang paling terbaik. Yang paling sayang. Ikhlaskan hati. Alia selalu juga kongsi rezeki bagi kuih muih frozen Alia pada jiran2.

Musim ramadhan dalam suasana covid juga, banyak pulak badan2 sukarelawan dan NGO berkongsi rezeki, mengetuk pintu rumah memberi bantuan macam beras, telur, dan kelengkapan barangan memasak harian.

Kalau kita masih mampu, cakap baik2 biar mereka beri kepada yang lebih memerlukan.

Tapi Alia pernah je kena marah balik sebab dorang cakap Alia tak reti bersyukur orang dah susah payah nak bagi bantuan. Terima jelah katanya.

Jadi Alia ambil inisiatif untuk terpaksa terima je bantuan tu, masak barang bantuan yang diberikan tu dan edarkan pada jiran2 yang nampak macam memerlukan. Moga betul lah cara dan niat Alia tu.

Sahur jangan lupa makan kurma tau, boleh beri tenaga. Kalau nak minum susu kurma, blend je kurma buat paste, buang kulit kurma tu dan rendam dulu bagi kurma tu lembut tau!

Nanti blend tak payah masuk air dah. Nanti dah bancuh susu everyday ke nespray ke, ceduk masuk je sesudu paste kurma tu ke dalam. Sedap dan mengenyangkan.

Sahur makan simple2 tapi mengenyangkan. Lauk reheat semalam ke, nasi goreng simple ke, oat ke. Telur dadar ke, perkasam. Makan je makanan yang ‘hearty’, asalkan mengenyangkan dan boleh beri kita tenaga untuk sepanjang hari.

Semoga ramadhan kita kali ni diberkati dan segala amal dan jariah kita dihitung Allah.. Maaf ya andai ada kata Alia yang mengguris hati. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk dari diri Alia sendiri.

Hingga berjumpa dilain hari. Salam ramadhan dan selamat berpuasa semuanya. Salam sayang, Alia.

– Alia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *