Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku kenalkan diri aku dulu ye. Nama aku A. Aku tak pandai mengarang, tak pandai susun ayat. Tapi aku nak bercerita perihal seorang anak, iaitu aku sendiri. Rindu pada seseorang yang takkan dapat diungkapkan, iaitu ibu aku.
Sebelum tu, sedekahkan al-fatihah pada kedua ibubapaku dulu guys. Kisah ni tak pasti la panjang atau pendek dan tak pasti disiarkan atau tak, tapi aku nak korang yang masih ada ibu, hargailah. Sebab bila dia dah takde korang akan menyesal sangat.
Aku anak bongsu, normal lah anak bongsu akan menjaga ibu yang sudah berumur atau erti kata lain uzur. Ibu aku mula sakit tak dapat berjalan masa aku umur 15 tahun. Terlantar je atas tilam, masa tu ayah aku usaha juga bawak dia berubat, mengurut.
Kalau tak silap aku masa aku umur 17 tahun dia ada operate kot. Waktu tu aku jaga, gilir dengan akak aku.
Tapi aku taknak cerita pasal aku jaga ibu aku waktu tu. Sebab aku bergilir dengan orang lain. Aku cuma nak cerita waktu aku jaga ibu aku seorang diri, dalam umur aku lebih kurang 20 tahun kot.
Ibu aku dah berumur, pakai pampers. Bila tengah malam dia buang air besar, dia kejut aku, tapi aku marah marah dia. Aku buat tapi dalam keadaan aku yang tak ikhlas. Aku marah. Ibu aku selalu cakap dia malu. Sebab mulut aku bising bising.
Ya Allah ampunkan aku ya Allah. Sampai harini aku masih menyesal. Tiap kali aku dia sakit memang aku yang jaga sebab aku anak bongsu, aku tak ada komitmen. Bila aku kawen, adik beradik aku pertikai, aku kawen sebab taknak jaga ibu aku.
Ada juga yang cakap aku kawen sebab nak duit ibu aku. Padahal aku tak kerja(kerja tapi bila ibu aku sakit, aku akan berhenti. Walaupun mulut aku bising aku tetap sanggup berhenti demi ibu aku). Bila aku berhenti aku takda duit, ibu aku akan bagi duit untuk aku makan.
Bila aku makin meningkat usia, aku tak lagi bising bila jaga ibu aku dekat hospital, cuma 1 je, aku malas buat benda dengan cepat. Bila ibu aku suruh banyak kali baru aku buat itupun macam nak marah je kerjanya.
Bila ibu aku dah takda sekarang, aku rasa menyesal sangat sangat tapi aku syukur. Sebab aku sempat minta maaf dengan dia masa terakhir aku balik jumpa dia (yang ni nanti aku cerita).
Lepas aku kahwin dia ada juga masuk ward, aku juga yang jaga, dia suka aku jaga sebab aku suka bercakap dengan dia (kalau sekarang orang cakap membawang lah, huhu) sebab ibu aku akan luah perasaan sedih dia pasal anak anak dia yang lain.
Yelah anak ramai, dia dah tua, yang jaga cuma anak bongsu, kalau anak yang lain tu ada komitmen. Aku taknak kongsi pasal cerita adik beradik aku, cuma nak cerita pasal sikap aku dengan ibu aku.
Bila aku dah ada anak, dia sakit teruk macam mana pun, dia tetap taknak pergi hospital sebab dia tahu takda siapa dapat jaga dia, ayah aku dah tua. Tak leh buat kerja berat, sebab sakit juga.
Oh ya aku lupa nak cerita, ni masa ibu aku tak masuk ward lah, sebelum aku kawen, kalau aku balik kampung, ibu aku ni kan sakit terbaring je, waktu tu nak main whatsapp semua tak reti lagi. Kalau dia ajak borak aku jadi malas nak layan. Aku selalu terperap dalam bilik. Aku biarkan dia sorang diri.
Ayah aku kerja walaupun dalam keadaan diri yang dah uzur tetap kerja. Aku keluar layan ibu aku bercakap pun hanya jawab “hmm, ya” macam tu je. Itupun aku layan sebab aku nak duit. Buruk kan perangai aku?
Diringkaskan cerita, ayah aku meninggal. Aku tak cerita banyak pasal ayah aku sebab aku tak rapat. Aku sebenarnya pun dah banyak berubah sejak ada anak.
Dekat kampung tu pun ibu aku tinggal dengan abang aku dah. Cuma sebelum dia meninggal, aku duduk kampung sebulan, aku bawa dia ke hospital. Aku nak makan dia belanja aku. Sedih ya Allah aku nak taip ni. Tapi aku syukur, aku dapat juga belanja dia.
Aku duduk kampung tu, aku dapat jaga dia, walaupun masih lagi bising2 sebab anak aku nangis lagi, pastu masa tu dia buang air bocor, dia duk whatsapp aku dengan kerap, aku jadi nak marah (dia dah pandai whatsapp jadi dah takdalah bosan sangat)
Aku pergi buat juga tapi aku banyak diam. Aku cuma cakap cepat lah. Tapi bila aku sejuk, aku pergi dekat dia aku minta maaf. Dia cakap dia selalu maafkan aku walaupun dari aku jaga dia kat hospital dia malu aku bising bising dia terap maafkan aku.
Masa aku nak balik ke ke umah aku pun, dia tak berapa bagi, dia macam berat hati, aku pun berat hati. Sejujurnya dia banyak fikirkan aku. Walaupun aku ni macam tu je layan dia tapi aku anak yang paling rapat dengan dia, sebab aku bongsu.
Bukan lah takda aku layan dia dengan baik, ada. Tapi ni aku nak cerita sisi buruk aku layan dia. Masa zaman aku 20 macamtu, dah makin bertambah usia, berubah. Alhamdulillah. Dalam keadaan dia sakit, aku sempat layan dia dengan baik.
Sekarang dia dah tak ada, aku rindu ibu aku, rindu yang takkan ada kesudahan. Rindu yang takkan terluah, rindu yang hanya mampu pendam. Ya Allah kau haramkan api neraka dari menyentuh insan hebat ini.
Ya, mungkin aku akan kena kecam. Sebab layan ibu aku macamtu, tapi waktu tu aku muda, dan aku sempat berubah, layan dia dengan baik, alhamdulillah aku bersyukur, aku sempat berubah. Syukur sangat. Mungkin aku akan dikecam, tapi jangan doakan aku yang bukan bukan ye guys.
Akhir kata, semoga kedua arwah ibubapaku ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah dibaca) untuk keduanya.
Aku A, anak yang dulunya teruk tapi sempat berubah dan layan ibu dengan baik.
– Si Bongsu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit