Untuk part I, (https://iiumc.com/kisah-anak-kampung-di-bumi-tanjung-malim/).
Assalamualaikum, terima kasih admin approved kisah saya. Kali ini adalah sambungan ke II daripada kisah pertama.
Aku perkenalkan diri aku sebagai T. Aku dah patah hati nak buat sambungan sebab last time cerita I aku kena plagiat plus diubahsuai sesedap rasa oleh beberapa page. Tapi kalau dah cinta, mana mungkin menjadi benci.
Kisah ke 2 aku dalam dunia PALAPES ni aku berani untuk menaip memandangkan bulan Ramadan, InshaAllah tiada gangguan mistik untuk aku teruskan.
Oh ya, sebelum aku pergi lagi jauh, peristiwa2 ini langsung tak dibangkitkan zaman aku kadet dulu kerana terlalu PUAKA. Kenapa???
Pada tahun ke-2, kadet palapes akan dipanggil sebagai inter(intermediate). Zaman inter, jawatan aku ialah setiusaha platun. Jika ada kem yang memerlukan data, maka aku wajib siapkan dokumen bagi setiap ahli kadet platun aku.
Aku sejenis manusia yang tak boleh fokus kerja kalau ada kadet2 lain memekak tepi telinga aku. Yelah, badan penat 1 hari maka gelak tawa tu adalah ubat kami. Cuma sejenis aku, bila letih, aku memang malas nak bercakap. Tumpang gelak ok la.
Jadi aku pilih tempat paling tenang dalam markas iaitu surau untuk siapkan dokumen. Surau ni yang boleh akses waktu latihan hanya pkw (pegawai kadet wanita). Saat jari2 jemari aku menulis maklumat kadet tiba2 pintu surau ditolak dari luar.
Perlahan-lahan kadet A masuk, terdetik dalam hati aku, “Ahhhh sudah, mana aku nak lari ni”. Matanya melirik pada aku. A duduk betul2 depan aku. Tapi di penjuru berbeza.
Aku memang handal bab2 pura2 sibuk jadi aku gigihkan siapkan dokumen walaupun data dalam otak aku dah berterabur maklumat untuk disusun.
“Buat kerja ke?”, tanya A. Hati aku menjerit2 minta aku keluar keluuuuaaarr dari surau. Aku lirik jam, lagi 10 minit Maghrib oiiii. “Aah A, ada kerja sikit”. Aku membalas tanpa memandang A, tekun purak2 sibuk.
Sesekali A membetulkan duduknya. Setiap kali dia menggerakkan anggota badan, setiap kali itu la jantung aku tersentak2.
Baru 3 minit berlalu, sumpah aku tak tahan. Aku nak lari. Aku bangun laju2, A menegur. “Nak keluar ke??”. Masa ni aku dah saspen. Aku terbayang bukan2. Jangan la A buat perangai masa ni.
Bagai dapat menduga firasat aku, A mula ketawa. Ketawa panjang nan seraaamm yang bisa menggugat kewarasan aku. Aku melompat keluar surau.
Gila laa. Aku apa je tahu. Surah kursi je di dada. Nak fokus baca pun boleh tertukar2 kedudukan ayat. Silap2 aku baca ayat Qunut. Saat aku keluar beberapa pkw muncul untuk solat. Aku lega. Terima kasih ya Allah tolong sama Nabila ya Allah.
Tapi lega aku tak lama. Staf arahkan semua pkw yang beberapa orang ni tunggu dalam surau, termasuk aku. Masa ni A dah tak ketawa, tapi senyuman dia, sungguh membunuh batinku. Hahaha.
Jam 8 malam ada ustaz datang, ustaz arahkan A baring. Masa ni A ok lagi. Bila staf arahkan kami pegang kaki tangan A, mata A dah menjengil memandang kami, tapi muka dia masih bersahaja.
Ustaz tutup badan A dengan selimut. Aku pegang tangan dia. Sekali dia gerakkan tangan dia, hampir tersembam aku cium lantai. “T, kau pergi tepi. L kau ganti“. Laju aku bergerak ke tepi. Yak yak yeaaayyy! Lega…
Alhamdulillah3 ya Allah tolong Nabila. Aku tak nak terjebak, aku nak keluar, laju aku menghala ke pintu surau tapi sayang… Pintu utama disekat makanya aku harus berada di situ, dalam keterpaksaan. A mula mengilai panjang saat ustaz membaca beberapa surah.
Saat ibu jari dia ditekan, A menjerit “sakittttt bodohhhh” diulang2 merintih sakit. “Buat apa kau ganggu diaa?? Jangan ganggu anak Adam ni”. A ketawa dan menjeling tajam “Aku nak dia mati!!!” diiringi hilaian panjang tapi ada derita dalam getar suaranya.
Aku? Mati kutu di situ. Ustaz tetap membaca ayat2 suci al Quran hingga A lemah layu melawan seksa.
Kami pulang ke kolej kediaman selepas itu. Masing2 senyap. Tiada yang berani bersuara. Aku dan housemates berkumpul di tengah ruang tamu. Dalam rumah kami ada 8 penghuni. J membuka mulut, “Kenapa A tadi?“ aku pandang luar sliding door. Aku tak berani buka mulut.
P bersuara,” korang ingat tak masa A berubat hari tu? Dia merangkak2 panjat meja lepas tu duduk gaya sami. Aku tengokk, seram woiii”. Aku diam, masih begitulah.
Suara2 garau dari mulut A tadi masih terngiang2 tepi telinga aku. Malas aku tambah2 nanti akibatnya, sangat buruk.”Ahaaa, lepas tu ada housemate dia cakap, dia mengengsot siap menjalar2 dekat lantai dari dalam bilik keluar ruang tamu tuuuu”, bersungguh2 Z menambah perisa.
Masing2 menambah cerita sensasi A. Ada selit versi cerita the exorcism of emily. Rancak bercerita sehinggalah pintu rumah kami diketuk.
Tombol dipulas, A menyuakan kepalanya dari balik pintu. Tersenyum mesra sambil menyapa, “Ada siapa2 panggil A ke tadi?”…. Mata aku bulat. Gila oiiii, ni koje gilaa.
Aku memandang muka semua yang petik kisah A. Sambil jerit dalam hati “korang punya pasal la niiii!!!”….”Kalau tak ada, A balik dulu ye”.
Usai A hilang dari daun pintu semua terbang gaya bebas masuk bilik masing2. Z berlari kunci pintu. “Padan muka korang, aku tak terlibat. Hahaha,” aku tenangkan hati aku sambil gelak kejam, tapi tetap menangis sendu dalam hati. Jangan la kau kacauuu aku.
R antara sahabat yang setia dengan A. Sungguh dialah sahabat sejati. Saat semua melarikan diri dari A, R teguh membantu menemani A berubat dengan ustaz2 kiriman Allah.
Harga yang perlu dibayar, gangguan berterusan. R sering diganggu saat tidur. Pintu biliknya dicakar2 saat dia bersendirian seakan memberi amaran, kau jangan tolong A!!
Aku pernah tanya R, why why n why you are willing to go through with her? Kata R, “kalau bukan aku tolong dia, siapa lagi yang sanggup?? Aku tak tinggal kawan aku saat dia susah”. Demi Allah, sungguh aku terharu. A bertuah punya sahabat sehebat R.
Saat kem tahunan, tenaga kami dikerah sepenuhnya. Penatnya, nak buka kelopak mata pun seksa. Kami berbaris semua peringkat. Junior, inter dan senior. Tiba2 A jatuh rebah. Ada kadet cuba membantu tapi jurulatih (JL) menghalang. “Biarkan dia”…. A mengilai panjang.
Saat itu kami berbaju kurung batik. Kau bayangkan saja, A bergolek2 dari hujung ke hujung. Aku boleh dengar tulang2 dia berlaga2 dengan lantai court badminton. Ada luka2 kecil pada wajah dan badan A.
JL aku ni sejenis buat rilek, buat peace. Dia buat muka selamba sambil cakap “Alah, dia penat nanti dia berhenti la” Hahaha, steady wehhhh. JL duduk tepi kaki A masa A berhenti bergolek2 lepas beberapa ketika.
Dia tanya “Kenapa kau ni?” ….. “Aku penattt, aku tak suka dia buat semua ni” (penat sebab kami berkawad 1 hari, lari sana sini, kau fahamlah dunia kadet kann). “Kau semua nampak tak?? ‘Dia’ pun tahu penat la” JL aku ketawa mengekek2.
Kami diam,alah kadet…. Sejenis patuh. Kau senyum masa berbaris makanya kau habisss.
“Aku acah2 je ni, malam ni aku kena kacau habis la”, JL aku menambah sambil buat2 gigit jari telunjuk. Hahaha, ok done gelak dalam hati je kami masa tu. Antara terkesima dan terperanjat dengan apa yang A buat.
Walaupun keadaan dia teruk, tak ada JL yang minta dia keluar baris. Betullah slogan ATM, gagah dan SETIA. Tetap bersama dalam derita. JL kami banyak berusaha bawa A berubat ke sana sini.
Allahu, aku saksi semua ini sebab kerja aku banyak masuk ofis. Ofis tu kira tempat ‘panas’. Kadet2 tak berani dekat sebab takut kena ‘dera’ dengan staf. Hahaha.
Alhamdulillah selepas setahun A kian pulih. Tapi tiada yang berani bercerita sampai kami tauliah. Semua simpan dalam hati. Antara sumpah dan setia, kami pilih yang ke 3,buat tak tahu sajalah.
Yang aku tahu, puncanya sakit hati kerana cinta tak bertepuk dua tangan. Makanya berpuluh2 jenis khadam dihantar pada A.
Setiap kali berubat dan pulih, khadam2 baru dihantar untuk menyeksa jiwa raga A. Ada 1 ketika, sehingga max 30 khadam. Katanya “Kalau aku tak dapat A, biar orang lain pun tak dapat, aku nak dia mati!”…
Kalian, benarlah cinta itu gila lagi buta. Tapi usah dipaksa pada hati yang tak sudi, kerana pahitnya cinta ditolak tak lebih dari keterpaksaan untuk mencintai.
Menjauh sajalah pada hati yang tak sudi, kerana rancangan Allah jauh lebih hebat buat kita. Bagimu yang terbaik itu boleh jadi yang terburuk di akhir cerita.
Pagi2 tadi selepas selesai mengarang, aku menuju ke tandas. Ak tolak daun pintu. Ada entiti terbongkok2 dalam gelap, tangannya menjulur2 cuba memegang aku.
Aku menjerit kuat “ya Allah!!! Tolonggg Nabilaaa Ya Allah” sambil tangan laju menekan suis lampu. “Kau ni anak siapa? “ tanya nenek aku yang dah banyak lupa kenangan hidup dia.
“Cehhh, dasar penakut!” gumamku pada diri sendiri. Hahaha.
-Tamat-
– Leftenan Muda T (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit