Assalamualaikum pembaca iium confession. Saya selalu baca confession kat sini. Banyak cerita yang bagi pengajaran. This is my first time to write here. Saya harap ada yang sudi baca.
Kenapa saya pilih tajuk ubat patah hati, mungkin penulisan ini sesuai kepada orang yang sedang patah hati dan sedang bersedih. Kepada yang tidak patah hati, saya harap penulisan ini memberi manfaat kepada anda. In sha allah.
Niat saya,cuma nak berkongsi apa yang perlu kita buat bila kita patah hati.
1) Kembali pada Allah
Saat kita patah hati, saya kita sedang merasa sakit, di saat tiada siapa mendengarkan kita, kembali lah pada Allah, kembalilah kepada dimana kita bermula. Kembali kepada Allah. Kenapa?
Kerana Allah yang sentiasa memerhati, mendengarkan kita di setiap saat di setiap detik kehidupan kita. Manusia takkn mampu memulihkan hati yang patah, manusia takkan mampu memahami kesakitan yang sedang kita lalui.
Tapi Allah? Allah memahami. Allah mengetahui bertapa sakitnya rasa itu. Sakitnya peritnya hati yang sedang patah. Menangislah didalam sujud panjang kita. Allah patahkan hati kita,
Allah hancurkan hati kita, berkecai² kerana Allah ingin gantikan dengan hati yang baru. Allah mahukan hati yang baru untuk kita. Saat kita menangis teresak², Allah memerhati. Sujudlah pada Allah kembalikan segala rasa pada Dia, saat itulah kita akan merasa kita berada dalam pelukkan kasih sayang Allah.
Tiada siapa mampu mengerti kita lebih dari Allah mengerti kita. Sungguh kesakitan saat patah hati, kadang² rasa tidak dibendung. Kembalilah pada Allah, kembali pada sang pencipta. Yang mengatur setiap langkah kita.
Keadaan patah hati itu adalah permulaan cerita yang indah antara kita dengan Tuhan. Allah hancurkan hati yang lemah dengan menggantikan hati baru yang lebih kuat.
2) Betulkan solat
Kenapa betulkan solat? Bila kita betulkan solat, banyak perkara yang dapat kita betulkan, saat kita betulkan solat. Solat umpama tiang. Jika tiang kita tak mampu betul dan kukuh, mana mungkin perkara lain bisa kita perbetulkan.
Sebelum ini, kita solat, tapi mungkin masih lompong, mungkin masih kosong. Jadi isi lah, isi lah mana yang kosong mana yang lompong. In sha allah, saat kita patah hati, kita betulkan solat kita, kita akan lihat bertapa banyak perkara yang Allah akan ubah untuk kita.
Kita tak mampu untuk ubah apa², hatta sikap kita sendiri. Betulkan solat, minta Allah betulkan hidup kita. Sebab kita tahu kita tak baik.
Di saat patah hati, di saat ini kita belajar betulkan solat. Perbaiki perbuatan solat yang zohir dan hadirkan hati disaat solat hanya untuk Allah. Teruskan solat, teruskan perbaiki solat walaupun kita bukan orang baik.
3) Latih hati melepaskan
Hati ni umpama muscle, macam mana kita latih badan kita nak badan yang ada shaping nak badan yang cantik, macam tu lah kita kena latih hati kita. Latih hati untuk melepaskan apa yang bukan milik kita.
Allah bagi kita rasa bahagia, tapi kalau hati lalai dan leka, Allah boleh tarik semula. Apa yang ada bukan milik kita. Allah beri dan Allah boleh ambil semula. Sakitkan kita rasa, saat terpaksa melepaskan sesuatu yang kita genggam erat dan kemas.
Bila kita menyayangi, mencintai seseorang atau apa sahaja, duit, populariti, kemahsyuran. Cukuplah sekadar umpama menggengamnya hanya ditangan bukan dijunjung dikepala atau lekat dihati.
Kerana di saat Allah minta kita lepaskan apa yang bukan milik kita, kita lepaskan dengan rela. Yes kita manusia, mana mungkin tak rasa sakit saat patah hati. Cukuplah sekadar merawat sakit itu dengan melatih hati melepaskan sesuatu yang bukan milik kita, yang bukan punya kita.
Kembalikan, serahkan kembali segalanya pada Pemilik. Sakit itulah rasa yang selalu mendekatkan kita dengan Tuhan.
Percayalah, bila kita hati yang lebih sado. Kita lebih mudah melepaskan dan makin memahami percaturan cerita dari Tuhan. Maafkan sesiapa sahaja yang menyakiti kita, maafkan dan minta maaf.
Dengan memaafkan, hati kita akan lebih tenang. Melangkahlah kehadapan dengan menutup segala kisah yang lalu. Manusia takkan pernah sempurna. Kita sakit kerana kita yang salah meletakkan harapan.
Kita tahu meletakkan harapan pada manusia adalah sia². Sebaliknya letaklah harapan pada Pemilik hati manusia, Allah. Allah takkn mensia²kan segala permintaan hambaNya. Yakinlah. Yakinlah dengan keajaiban Allah.
Jangan bersedih, disaat kita terpaksa melalui fasa patah hati. Kita mungkin sudah berjuang sehabis baik untuk mempertahankan apa yang kita punya. Tapi ingatlah kita bukan Pemilik. Patah hati itu sakit, patah hati itu perit. Tapi laluilah dengan tenang. Kerana Allah sentiasa bersamamu.
Pujuklah hati kita untuk sentiasa kuat. Pujuklah hati untuk bangkit semula. Jika jatuh kerana manusia, bangkit semula kerana Allah. Jangan larut terlalu lama dalam perasaan yang sedih. Bangkit kembali. Kerana Allah sentiasa bersama kita. Bangun kerana cinta Allah.
Saya berharap sesiapa pun yang sedang mengalami fasa patah hati. Untuk terus kuat. Untuk terus melangkah. Yakinlah, Allah sayangkan kita, yakinlah Allah bersama kita. Yakinlah Allah akan beri ganti yang lebih baik, dari sesuatu yang hilang.
Saya berharap agar, sesiapa yang belum bertemu jodoh, dipertemukan jodoh dengan pilihan terbaik dari Allah, sesiapa didalam kesulitan dipermudahkan segala urusannya, sesiapa yang sedang bersedih diberi kebahagiaan pada hatinya dan sesiapa yang sedang terluka diberi kesembuhan dari hati yang terluka.
Saya berharap, semua pembaca disini mendapat manfaat dari penulisan saya. Semoga semua diberi kebaikan. Bangunlah kerana cinta Allah. Saya sayang anda semua kerana Allah. Semoga bermanfaat #salamramadan
– Jannah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit