Suamiku Dari Planet Lain

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab approve confession aku ni. Confession ni sekadar aku nak lepaskan apa yang terbuku dalam hati aku ni sekian lama.

Bukan apa, sejak PKP dan sekarang Ramadhan ni, aku rasa diri aku macam baru nak kenal diri aku sendiri. Baru nak faham hidup aku, dan orang sekeliling aku yang selama ni aku kononnya tak ada masa nak fikir betul – betul.

Sementara diri aku tengah waras dan bertenang ni elok la aku tulis kat sini.

Sebenarnya aku nak cerita pasal suami aku. Sebelum tu, untuk pengenalan, kami ni dah kahwin dalam 10 tahun, anak dah tiga. Kahwin ni kira suka sama suka.

Aku dan dia sebaya, kenal masing-masing melalui kawan. Tak bercinta sangat pun, kawan – kawan, rasa boleh ngam decide nak kahwin dalam usia yang muda, awal 20 an. Dua – dua first love. Gituuu. Kami dua -dua bekerja.

Kenapa aku kata dia dari planet lain?

Sebabnya, aku memang rasa dia tu macam alien. Bukan alien seram – seram tu. Alien sebab sampai ke hari ni aku macam tak faham-faham dia. Dia pun macam tak paham – paham aku ni. Macam dari planet lain.

Orang kata memang selalunya pasangan suami isteri akan berbeza personaliti. Sebab Tuhan ciptakan untuk saling melengkapi.

Tapi awas! Tak kena gaya, bukan saling melengkapi, tapi saling menyakiti. So inilah main point aku untuk cerita ni. Struggle aku (dan suami aku jugak) untuk hidup dengan perbezaan ni.

Perbezaan ni mula – mula aku ingat macam no big deal. Rasa macam boleh handle kononnya. Tapi rupa-rupanya bukan senang. Pernah lah aku sampai terfikir bila aku gaduh – gaduh dengan suami aku, macam ni ke yang artis- artis cerai berai sebab tak sefahaman tu.Fuh.

Meh aku bagi contoh.

Suami aku ni perangai dia jujur orangnya. Sebelum aku kahwin pun, aku dah tahu perangai dia tu. Tapi tak ada lah aku expect jujur bebeno. Haha.

Masa aku mula – mula kahwin, aku sampai menangis sebab sedih dia komen aku masak. Aku tau la tak sedap, tapi tak boleh ke dia tipu sikit cakap sedap. Dia jenis muka tak boleh tipu, walaupun dia cakap ok, tapi belakang tu mesti ada tapi… kurang masin la. Kurang rempah la..

Aku ni pulak dah dibesarkan dengan ayah aku yang setiap kali makan apa mak aku masak, tak pernah cakap tak sedap. Apa yang aku masak pun, walau hangit ke, tak jadi ke, parent aku akan makan sambil puji effort aku. Nanti bila next time, mak aku akan ajar balik camana nak adjust bagi sedap.

Even makan kat luar pun, aku jarang sangat dengar family aku complain. Sedap makan banyak. Tak sedap makan sikit. Gitu konsepnya.

Nampak tak beza tu, dan nampak tak aku letak expectation suami aku kena jadi macam ayah aku? Aku harap suami aku terima masakan aku seadanya dan hargai aku penat masak. Bagi suami aku pulak, buat apa nak tipu, nanti kalau aku syok sendiri, bila lagi nak improve..Huhuhu.

Ok itu bab masakan. Next bab komunikasi. Kalau ada benda aku dan suami aku tak sependapat sampai gaduh, suami aku boleh terus terang, boleh cerita apa yang dia tak puas hati, cakap tak ada lapik – lapik pun.

Aku? Dulu mula – mula, aku jenis nangis je. Tak reti nak cakap, tak reti nak balas. Suami aku selalu cakap, cuba beritahu betul – betul apa yang aku tak puas hati. Dia tak faham, time gaduh tu susah la nak cakap. Nak nangis lagi, nak fikir ayat – ayat bombastik nak balas kat dia..

Bila aku cakap, dia balas balik. Lepastu, sudahnya dia terpaksa pujuk aku sebab aku dah macam histeria menangis. Aku pun diam sebab penat nangis. Masalah tak setel pun. Sekarang, aku dah lain sikit. Nanti aku cerita.

Lagi satu bab duit – duit ni. Aku jenis boros. Bukan lah boros apa. Jenis mak mak kan. Nampak menan anak, beli. Teringat baju anak asyik mengulang je kat rumah pengasuh, beli lah baju pulak.

Pergi jalan mana-mana, teringat kat mak ayah aku, mak ayah dia, family , beli la buah tangan sikit. Biasa la kan.. Kan? Beli itu, beli ini, tengok – tengok cukup bulan, duit habis entah ke mana.

Dia pulak jenis particular. Duit in out kena monitor. Lepastu dia persoalkan pulak duit aku ke mana. Siap nak tengok flow duit. Ishh yang ni aku hangin. Ni kan duit aku, bior le.

Tapi dia cakap, bukan nak ambik duit aku, nak ajar aku cara kawal duit. Supaya ada planning untuk future. Tapi aku cuba lah nak digest niat dia. Lagipun, dia tak pernah la ambik duit aku, dan tidaklah kedekut mana.

Banyak lagi sebenarnya yang aku dan dia berbeza. Nak cerita nanti tak habis.

Tapi dipendekkan cerita, bila aku dan dia ni fikiran lain- lain, cara tindakan lain-lain, ditambah dengan masing – masing ada tekanan tempat kerja, stress besarkan anak, tak ada masa untuk diri sendiri, ada satu masa tu aku rasa kemuncak dalam relationship kami.

Bila masing – masing dah rasa penat dengan masing – masing. Penat nak faham dia, dia penat nak faham aku. Hidup sekadar ikut flow je. Buat rutin. Perbezaan tu bukan lagi rapatkan kitorang, dia jadi masalah.

Aku sebenarnya bersyukur masalah aku bukan masalah luaran macam confessor lain. Masalah mentua, ipar duai, kena sihir. Nauzubillah. Aku tak sekuat tu nak hadapi masalah berskala besar macam tu.

Cuma problem is still a problem, kalau tak disolvekan, kan?

So, ada satu masa tu, aku terfikir. Kenapa aku kahwin? Sebab tu just sebahagian dari journey hidup ke? Atau ada sebab lain. Orang cakap till jannah. Tapi macam mana nak till jannah, kat dunia pun tak rasa tenang, bahagia ..sob sob..

Aku ada pilihan, nak teruskan, atau nak stop. Tapi bagi aku pilihan aku satu je. Teruskan, teruskan tapi kena with flying colours. So aku cuba satu formula ni. Yang aku pikir sorang -sorang je la.

Sekarang ni pun aku tengah on lagi dengan formula ni. Tapi biasalah bila namanya aku, ada masa jadi, ada masa tak. Kadang aku ni ego jugak, tak nak kalah.

Formula tu, CHILL, Dont be too serious.

Kalau dia komen aku apa – apa, aku cakap, eh ye ke? No problem, tak suka tak apa, aku dah buat, kalau salah betulkan la nanti. Apa susah kan.. Haha.

Ikutkan aku ni, dia tegur aku terus nak melenting je. Tapi sekarang, aku cuba diam jap, pastu aku buat dialog tu. Aku tengok dia macam terdiam, tak ada sambung – sambung bebel.

Sekali lagi disclaimer, ada masa tak jadi ye. Hee.

Lepastu, kalau aku rasa penat ke, aku rasa tak larat ke, aku rasa malas ke, aku bagitau je. Baik aku bagitau awal – awal dari aku muncung sedepa buat kerja macam nak hempas barang kan. Setakat ni, dia macam boleh faham, tak demand lebih – lebih.

Sekarang ni aku dah macam faham komunikasi yang suami aku selalu sebut – sebutkan tu. Sebabnya, sekarang ni aku bagitau je apa isi hati aku.

Aku nak dia puji aku ke, aku sedih dia macam tak teringat kat aku ke pergi mana – mana tak belikan pape ke. Benda – benda remeh yang dulu aku tak gamak nak cerita, sekarang betapa transparent nya aku. Kahkah. Dia pun aku tengok terkejut dengan isteri dia ni.

Entah la kan. Masing – masing punya cara. Kita je kenal pasangan kita.

Apa yang penting, aku ingatkan diri aku ni (selalunya aku lupa jugak), syurga aku memang di bawah kaki suami aku.

Walau macam mana pun aku fikirkan hak aku, selagi dia tak melanggar syarak, atau buat sesuatu yang lepas sempadan agama dan bagi kemudaratan, aku dan dia kena usaha untuk rumah tangga ni.

Rumah tangga yang kita ikat perjanjian tu kerana Allah. Walau dia datang dari planet lain pun, aku sanggup nak ikut dia pergi planet tu kalau habuannya syurga.

Syurga yang mahal harganya, tak kan lah dibayar dengan usaha yang murah dan biasa – biasa sifatnya!

Doakan aku dan kami ya. Salam Ramadhan.

– Intan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *