Assalamualaikum cik kiah pkp di sini. Umur 29 tahun. Saya nak share perasaan saya sebagai orang yang bermuka ‘biasa-biasa’. Tak taulah orang lain rasa macam ni jugak ke tak.
Saya jealous dengan orang yang muka cantik ni. Tapi jealous biasa biasa jelah, bukan sampai nak berdengki sampai nak murung, nak negatif semua tu. Tapi ada 2 kategori orang cantik yang saya jealous, yang pertama, jealous biasa, yang kedua, jealous luar biasa.
Okay pasal orang cantik, BEST ek jadi cantik, dari sekolah lagi jadi perhatian ramai, ramai suka nak berkawan, baik perempuan baik lelaki, cikgu pun suka, kalau karakter baik sikit, terus akan naik jadi pengawas ke apa. Pastu budak lelaki ramai je minat.
Yelah korang tau la kan, perasaan jadi remaja kat sekolah, memang best lah kalau ada ramai peminat. Tak semestinya nak kene bercinta or couple ke apa, tapi bila ada peminat tu, feeling dia memang best lah kan.
Pastu orang cantik ni saya tengok confident level dia jadi tinggi lah. Senang nak berucap, nak presentation ke apa, yelah dah orang minat tengok muka dia,senangla kan.
Tapi yang muka biasa-biasa ni, hmm keyakinan diri rendah je. Lagi2 yang kurang kasih sayang keluarga dari kecik, memang susah nak bina keyakinan diri. It takes years. Bagi orang yang muka biasa2 ni, selalunya lepas dia dah achieve something, baru dia akan yakin diri.
Contoh, kalau dia bijak kat sekolah/universiti ke, dapat keputusan bagus, dah berjaya graduate, dah ada kerja, dah ada pasangan yang sanggup terima baik buruk, dah berkahwin etc. Masa tu baru rasa macam diri ni ada benda bernilai, jadinya yakin sikit.
Zaman sekarang, zaman Internet lagilah, instagram Facebook, penuh muka orang cantik. Saya memang tak follow instafamous ni semua, artis ke apa, saya tak follow. Jarang sekali nak tengok life diorang sebab saya tahu nanti saya ter jealous, tak bagus untuk hati saya.
Saya tak suka bila saya dalam keadaan tak bersyukur dengan kurniaan Allah. Cuma kadang-kadang tu akan terjealous lah jugak kan sebab artikel Facebook lalu lalang, or orang share ke apa.
Haa kategori 1st org cantik tadi, ni ramai bersepah. Biasanya artis, insta famous or mungkin kawan-kawan kita sendiri. Diorang ni memang cantik, saya yang perempuan ni pun tengok cantik, yang lelaki tengok apatah lagi.
Saya tengok kehidupan diorang macam best je. Dahla cantik, ada keluarga penyayang kaya, pastu dapat kerja yang bagus, pasangan lak handsome pakej siap romantik lak tu, pastu dapat anak2 comel sihat bijak.
Ada pulak yang insta famous dapat buat banyak duit tepi, senang bagi review or jadi model ajer. Ada junior sekolah saya, cantik, bijak belajar oversea, kerja kerajaan, pastu sekarang cuti duduk oversea teman suami belajar sambil buat paid review. Bapak best.
Saya terpikir, wahh bestnye easy comfortable life.
Itu lah yang terlintas kat hati, tapi saya akan istighfar cepat2, saya pikir balik semua nikmat yang Allah dah berikan pada saya.
Walaupun tak cantik, tapi alhamdulillah sihat walafiat, ada ibubapa, ada kerja, ada suami yang sayang kan saya, ada anak2 kat syurga, ada macam2, terlalu banyak untuk disyukuri.
Ada orang yang laaaagilah hebat ujian dia, ada yang ujian sakit, ada ibubapa yang dera anak (pedophile nauzubillah), ada yang cacat, ada yang miskin sampai tak dapat sekolah, ada yang berkahwin tapi pasangan jahat. Bila saya pikir macam tu, Allahu saya memang lega dan tak jadi negatif dah.
Satu lagi, dengan golongan 1st ni, saya jealous biasa2 je sebab saya tengok gambar2 diorang yang tak tutup aurat dengan sempurna, tudung tak tutup dada, stokin tak pakai, lengan baju singkat, buat posing2 yang tak sesuai untuk tontonan lelaki ajnabi macam gambar tunjuk lenggok badan etc.
Kalau gambar yang berkepit dengan pasangan belum kahwin lagilah saya tak jealous, biarlah dia tunjuk romantik macam mana pun pasangan dia, sikit pun saya tak jealous.
Pada saya buat apa cantik, tapi dapat saham dosa. Terus rasa macam takpelah tak cantik, ada hikmahnya jugak, sebab dapat elak diri dari nak menayang2, elak riak.
Bayangkan kalau tiba2 mati sebelum sempat bertaubat, macam mana dengan semua gambar2 yang tak tutup aurat yang dah jadi tontonan awam tu. Kita dah dalam kubur tapi aurat masih di tayang.. Seram kan.
Kiranya jadi orang cantik ni, ujian dia besar gak lah. Ujian dia nak menahan diri dari tonjolkan diri dia, sebab dah memang nature perempuan, suka jadi perhatian. Ujian untuk dia tutup aurat dengan sempurna, dan tunjuk kecantikan pada yang halal saje.
Pergh dengan fesyen sekarang lagilah, macam2 gaya tudung. Kalau cantik tu, memang syok dapat gayakan macam2 pakaian.
Taaapi kan, saya memang betul-betul jealous dengan orang cantik yang kategori kedua. Diorang ni lah orang cantik yang ibarat bidadari dunia. Golongan ni susah nak jumpa dekat Ig or Fb. Biasa kita akan jumpa kalau sebab kawan sekolah/universiti or terserempak kat mana2.
Saya suka betul dengan geng bidadari dunia ni sebab diorang menutup aurat dengan sempurna, sejuk je mata memandang, baik budi pekerti, merendah diri, selalu senyum, pemurah, kalau berkawan dengan dia kita tahu dia ikhlas dan caring.
Diorang cantik tapi tak menunjuk-nunjuk pun kecantikan diorang, diorang takdenye nak asyik upload gambar selfie kat fb insta, upload gambar posing2 cantik, takde up cite2 pasal suami romantik lah, tayang harta lah, diorang tak gila likes dan followers la senang cite.
Pergh orang macamni saya jealous nya lah, dahla cantik, BAIK pulak tu. Yang bestnya bila dia baik, insyaAllah dua-dua dia dapat, akhirat dapat, dunia pun dapat. Kat dunia ramai yang sayang, kat akhirat lagilah Allah sayang :)
Apapun, walau macam mana pun rupa kita, bersyukurlah pada Allah. Apa yang saya selalu amalkan, saya selalu akan tengok kebawah, tengok yang lagi susah, lagi derita, yang lagi banyak ujian.
Saya tak suka pandang keatas, tak suka tengok kehidupan-kehidupan ‘perfect’ yang orang selalu tayangkan. Bila saya buat macamtu, saya jauh lagi bersyukur, dan tak kesah apa orang nak kata or buat.
Saya bahagia dengan cara saya tersendiri. Cuma nak kata, kita ni manusia, tak lari dari sifat mazmumah(sifat yang tak elok).
Jadi untuk orang2 ‘bermuka biasa’ atau ‘berstatus biasa’, yang mungkin ada perasaan yang sama macam saya, saya nak cakap, its normal to feel that way, yelah bila ternampak nikmat kat seseorang, sikit sebanyak kita terjealous jugak kan, tapi cara kita tangani tu yang penting.
Istighfar, dan kembalilah bersyukur. Ingat, Allah tu Maha Adil. Apa yang kita tak dapat kat dunia, kita akan dapat kat akhirat nanti (kalau kita beriman dan beramal lah kan).
Jadinya rugi sangat kalau kita tak jadi orang yang baik, yang beramal soleh, yang berusaha untuk dunia dan akhirat. Yelah kat dunia dahla muka biasa2 ajer, bukan anak raja lak tu, pastu takkan nak jadi orang tak baik pulak.
Takkan nak buat dosa, tanak tutup aurat sempurna, tak solat cukup, tak buat baik dengan ibubapa, suami dan keluarga. Kalau buat macamtu, kiranya rugilah kita, dunia tak dapat, akhirat pun tak dapat.
Saya jugak doakan, saudara2 muslim saya termasuk saya sendiri, diberikan hidayah dan sempat bertaubat sebelum mati. Bila tengok orang2 cantik, artis seksi ke apa tu, jangan pernah sekali merendahkan diorang pulak ye.
Sebab ada jenis orang, dia jealous tapi dia pandang rendah pulak dekat orang yang dia dengki kan tu sebab nak sedapkan hati dia sendiri. Cara tu tak bagus ye.. Kene pikir entah2 ending dia lagi baik dari kita.
Contoh macam mizz nina, dulu kan seksi sangat, tapi sekarang tengok, bila Allah jentik hidayah, terus jadi berganda lagi baik dari kita.
Selamat berpuasa semua.. Moga Ramadhan kita kali ni lebih baik dari sebelumnya dan moga kita semua dikurniakan syurga oleh Allah Yang Maha Penyayang. Aamiin
– Kiah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit