Hanya pandangan dari seorang RAKYAT marhaen. Sejak semalam penuh di FB netizen mengecam tindakan Kerajaan melonggarkan PKP FASA 4.
Kerajaan mengumumkan kerugian sebanyak RM2.4 billion setiap hari sepanjang PKP. Kerajaan dah keluarkan banyak duit untuk bantu RAKYAT trmasuk golongan majikan, pekerja, pelajar dan lain2.
Siapa yang nk virus ni wujud kan? Semua nak NEGARA kita Sejahtera dan RAKYAT sihat. Kerajaan pun nak RAKYAT dapat yang terbaik.
Sektor ekonomi terpaksa dibuka setelah sebulan lebih almost semua ditutup. Bayangkan berapa banyak kerugian yang di tanggung oleh Kerajaan, majikan dan even pekerja sendiri pun ada yang terpaksa dibrhntikan. Hilang mata pencarian.
Kita telah melalui 3 fasa PKP dan menunjukkan hasil yang postif, tapi, nak menuju ke arah ‘ZERO COVID’ bukan sesuatu yang mudah, dan proses ini akan ambil masa yang sangat panjang, kita pun tak yakin dan tak tahu bila kita akan capai.
Kalau la tempoh sampai hujung tahun ni kita masih tak capai ‘ZERO COVID’, adakah kalian kena cuti tanpa gaji setahun? Adakah Kerajaan kena rugi RM2.4bilion setiap hari sepanjang tahun? Kerajaan benarkan Operasi syarikat dengan syarat ini BERSEBAB, bukan suka-suka.
Okay bahasa simple camni kan, Kalaulah duit rugi hari2 banyak, duit keluar je, takde duit masuk, macam mana dengan ekonomi negara dalam masa terdekat? Tak mustahil gaji penjawat awam pun terpaksa dipotong sebab kemerosotan ekonomi (worst case la).
Kita tahu mintak bantuan Kerajaan, bila Kerajaan tak bagi, kita marah, kita tahu nak menerima je, apa salahnya kita memberi? Memberi sokongan untuk Kerajaan pulihkan balik sektor ekonomi.
“EKONOMI tu takpe la, lepas ni pun boleh ejas” “KESIHATAN lagi penting la dari EKONOMI”, tu antara pendapat2 netizen.
Pada pandangan aku, dua2 sangat penting, kalau ekonomi dah merosot, Kerajaan dah takde duit, macam mana kita nak provide the best healthcare? Apa cara Kerajaan nak bantu RAKYAT?
CASH IS KING bak kata orang. Jangan sampai tahap Kerajaan dah tak mampu bagi subsidi ubat2, semua dah kena bayar sendiri. kita ni macam2 dah dapat. Cuba tengok negara lain.
Okay isu nya sekarang, kita takut wujudnya kluster lain kan. Semua ambil contoh jepun, German, lepas diorang tarik balik PKP, kes meningkat.
Iye betol, kita boleh ambil contoh negara2 tu untuk kita belajar dari kesilapan diorang, Sebab tu la pentingya ‘SOCIAL DISTANCING’, tapi apa salahnya kita belajar juga dari negara Korea? Bagaimana diaorang Berjaya kurangkan kes walaupun langsung tak buat lockdown atau PKP.
Walaupun kita tak semaju diaorang, tapi yang utama kita boleh belajar dari disiplin RAKYAT diaorang yang mengamalkn social distancing. Sebab tu, Kerajaan tak tarik lagi PKp, cuma Kerajaan bagi kelonggaran untuk pulihkan ekonomi.
Yang dibenarkan bukak dari pkp Fasa 1 korang tak kecam pulak ye? Pasaraya, kedai jual makanan, company2 oil and gas, dll. Yela tu essential, memang la essential, dah kalau setahun golongan yang tak tergolong dalam essential services ni tak kerja, duit pun habis, tak ke jadi essential kena kerja?
Konsep dia sama je, pergi kerja, habis kerja balik rumah. Kalau korang boleh buat selama fasa 1-3 ni, keluar pakai mask, buat social distancing, always cuci tangan, mesti korang pun boleh buat untuk fasa 4.
Pilihan di tangan anda. Kalau kau yang pilih nak duduk rapat2 dengan orang, nak pergi Restoran duduk lepak makan2. That’s your choice.
“Alaahhh, orang Malaysia ni degil, bukan buat pun apa yang Kerajaan suruh” Iye, yang degil tu berapa kerat? Kita yang tak degil ni buat la cara yang betol, yang degil tu nanti report dia ramai2.
Pilihan di Tangan kita, yang tak nak kerja, Haa tak yah kerja, kerja kecam jela orang hari2. Yang nak cari duit untuk Keluarga, diaorang pun ada hak bila Kerajaan dah beri kebenaran, cuma PATUH dan BUAT CARA YANG BETUL.
Mostly yang komen kecam2 maybe korang still dapat gaji tetap tiap bulan. Cuba korang letak tempat korang kat diorang yang dah takde sumber pendapatan, diorang fikir apa anak nak makan, nak beli susu anak2. Iye, memang bantuan dah bagi, tapi cukup ke?
Semua orang tak nak pun virus ni, rakyat tak nak, Kerajaan tak nak, tapi apa pilihan yang kita ada? Bagi aku ni la antara satu solusi yang Kerajaan dah habis cara dah fikir, banyak aspek dah consider.
Kita ni sebagai rakyat, jangan hanya tahu nak mengecam je, kalau pandai sangat jadi la perdana menteri, dalam masa tengah virus, Cuba untuk lindungi rakyat, tapi dalam masa yang sama kena fikirkan yang terbaik untuk ekonomi negara.
Kerajaan dah bagi Jalan, apa salahnya kita sama-sama cari solusi untuk amalkan etika kerja musim2 covid ni, antaranya maybe majikan boleh buat denda ke kalau tak amalkan social distancing. And yang boleh work from home pun, Amanah la dalam kerja korang.
Begitulah pendapat 20 sen dari aku. Pendapat masing2 kan. Nak kecam pun kecamlah aihh.
– Rakyat marhaen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit