COVID-19: UK vs Malaysia II

Untuk part I, (https://iiumc.com/covid-19-uk-vs-malaysia/).

Assalamualaikum WBT & Salam Ramadhan buat semua pembaca IIUM Confessions. Terima kasih atas respons yang para pembaca berikan melalui ruang komen.

Aku sempat baca komen-komen yang kalian tulis waktu aku tengah rehat dalam mess room doktor. So, aku cuba untuk bagi respons terhadap beberapa komen yang kalian berikan tu ye.

1-Siapa aku ni?;

Ada yang anggap aku ni doktor famous Malaysia yang bekerja di UK ni. Sebenarnya kami bukan orang yang sama. Ada 2 sebab. Pertama, aku ni LELAKI. Yang kedua, aku buat specialty anesthetic, bukan surgery.

Aku ada fb & insta, Cuma tak aktif. Bukak fb untuk scroll baca berita seluruh dunia sambal baca isu semasa di Malaysia. Insta pula just gambar-gambar yg sempat aku post semasa aku belajar di US, UK dan beberapa buah negara lain yang pernah aku lawati

2-Rakyat cakap dekat kerajaan, bukan tuju dekat doktor;

Macam yang aku bagitahu, aku tidak fokus kepada apa yang orang ramai cakap. Bagi aku, itu adalah pendapat orang awam.

Tapi bila rakan sama profesion yang bercakap dan menulis tentang kredebiliti doktor yang berkerja di luar negara tentang COVID-19 ni, tu yang buat aku rasa tak seronok. Tapi aku perlu terima, sebab mereka tidak tahu tentang apa yang berlaku sebenarnya di luar Malaysia

Cuma, attitude mengata atau merendahkan sesame profesion tu adalah attitude yang tidak bagus. Masing-masing ada kelebihan sendiri. Sama ada bekerja di Malaysia atau luar negara.

Kalau kita bercakap di luar konteks COVID-19, mungkin kita sedar bahawa pentingnya ada orang Malaysia yang bekerja di luar negara (apa jua profesion mereka).

Ingat lagi tentang kisah adik Ainul Mardhiah yang mendapatkan rawatan di UK? Kalian rasa, benda tu boleh berlaku tak kalau takde doktor Malaysia yang bekerja di UK ni membantu dalam menguruskan hal tersebut?

3-Kalau UK dah banyak pengalaman, kenapa kes positif dan kes kematian COVID-19 di UK sangat teruk?

Kalau kalian baca tulisan aku sebelum ni, kalian boleh lihat 6 dari 7 point yang aku tulis tu aku tujukan kepada pemimpin kerajaan/ahli politik yang memerintah.

Aku bagi analogi mudah, ada sekumpulan doktor pakar yang lengkap dengan alatan perubatan canggih, nak menuju ke suatu tempat yang merekodkan kes COVID-19 yang tinggi dengan menaiki kenderaan.

Dalam perjalanan tu, rupa-rupanya si pemandu kenderaan ni jenis memandu kenderaan sambil lewa, akhirnya disebabkan sikap pemandu kenderaan yang mereka naiki akhirnya kemalangan.

Habis rosak segala peralatan perubatan canggih, doktor pulak ada yang mati di tempat kejadian dan ramai yang cedera parah

Sia-sia keparakan yang ada, peralatan yang canggih. Hanya disebabkan si pemandu bersikap sambil lewa dan cuai dalam pemanduan. Macam tu la yang berlaku di sini dan negara eropah/ barat yang lain.

Pelbagai nasihat diberikan kepada pihak kerajaan. Tapi tidak di ambil dengan serius dan tidak ada langkah back-up yang kerajaan berikan melainkan berharap agar doktor dapat “berkorban” dan “berjimat” dengan PPE yang sedia ada

4-Rakyat UK tidak membantu seperti mana rakyat Malaysia;

Sebenarnya, sekiranya kalian berada di situasi mereka mungkin kalian juga akan bersikap sedemikian. Aku bagi contoh mudah, setiap bulan tidak kurang dari £ 1,500 dari gaji aku dipotong untuk bayar CUKAI (TAX) & NI (National Insurance).

Tu tak termasuk lagi dengan cukai belian (VAT) yang kerajaan kenakan kepada rakyat. Untuk tempoh setahun sahaja, sebanyak £18,00 dari gaji yang aku terima tu dipotong untuk bayar TAX & NI. Tak termasuk council tax yang perlu aku bayar setiap bulan.

Mudah kata, bayaran cukai di UK ni terlalu banyak. Jadi, memang jadi responsibilities kerajaan untuk provide keperluan asas kepada hospital.

Ye, dekat UK ni rakyatnya ada yang menerima bantuan kerajaan melalui cukai yang kerajaan kutip, tapi aku taknak tulis tentang perkara tersebut. Kita fokus kepada isu yang berkaitan COVID-19 ni dahulu

Dalam pada masa yang sama, kerajaan UK bagi jaminan PPE akan disediakan dengan secukupnya. Kerajaan bagi jaminan bahawa alat uji COVID-19 akan diberikan secepat mungkin. Jadi bila rakyat dengar, mereka rasa seolah-oleh kerajaan dah cover isu ni.

Berbeza dengan Malaysia, aku tengok live/rakaman ucapan setiap hari yang DG cakap tentang PPE. DG kita terus terang yang PPE waktu tu hanya mencukupi untuk tempoh 2 minggu. Seolah-olah DG bagi hint supaya rakyat Bersama-sama membantu KKM dalam isu PPE ni.

Sikap DG yang humble & professional membuatkan rakyat Malaysia rasa bersemangat untuk bantu. Itu beza utama bila yang handle COVID-19 ni dari penjawat awam, bukan dari dalam kalangan ahli politik. Macam yang aku tulis dalam post yang lepas

5-Dekat UK ni takde kes sembuh COVID-19 ke?

Pertama sekali, aku lebih suka guna term “bebas dari simptom jangkitan COVID-19”. Bukannya “sembuh dari jangkitan COVID-19”.

Bagi aku, selagi tidak ada penawar atau vaksin, perkataan “sembuh” tu kurang sesuai digunakan. Cuma, mungkin penggunaan word di Malaysia lebih sesuai untuk guna perkataan “sembuh”. No komen

Masa awal-awal dulu, aku just guna apps untuk dapat info berkaitan dengan COVID-19. Dalam apps tu ada fact & figure tentang jumlah kes di UK. Ada dimasukkan sekali jumlah kes pesakit yang dah bebas simpton COVID-19 ni. Tapi jumlahnya terlalu sedikit berbanding jumlah kes positif dan kes kematian.

Latest aku tengok, data maklumat pesakit bebas simptom ni dah takde. Mungkin sebab perbezaan yang terlalu ketara, jadi mereka “simpan” data tersebut hahaha

Di UK ada rawatan yang diberikan untuk pesakit COVID-19. Cuma yang diberi keutamaan kepada pesakit COVID-19 yang kritikal. Kalau yang ada simptom mereka akan suruh pesakit untuk sel-isolate. Kenapa self-isolate?

Pendekatan UK & Malaysia berbeza. Dalam kes ni, aku sokong pendekatan yang NHS gunakan untuk self-isolate. Unless kalau keadaan menjadi semakin teruk, boleh direct ke hospital terus. Kalau aku nak explain, terlalu Panjang. Cukup setakat tu je

6-Kata negara barat ni mengutamakan kebebasan bersuara?

Dalam kes doktor diberi amaran supaya tidak bersuara, aku 50% bersetuju dengan kaedah tersebut. Aku bagi analogi. Dalam berperang, tak semua masalah atau kekurangan dalam pasukan akan diberitahu kepada orang ramai.

Paling tidak, ketua angkatan perang akan bagitahu kepada tentera tentang masalah tersebut dan akan menegah daripada pihak tentera dari menyampaikan maklumat sulit tersebut kepada orang ramai.

Tujuannya, supaya orang ramai tidak panik dan hilang keyakinan terhadap angkatan tentera untuk berhadapan dengan peperangan. Dalam pada masa yang sama taknak ada pihak luar ambil kesempatan terhadap situasi yang mereka alami

Dalam kes COVID-19, tentera ni adalah frontliner petugas kesihatan dan orang ramai adalah rakyat. Kita taknak rakyat rasa ragu-ragu terhadap barisan petugas kesihatan. Takut nak pergi hospital kalau keadaan mudarat sebab doktor pon mungkin dah dijangkiti COVID-19 akibat kekurangan PPE

Dalam pada masa yang sama, kita tak nak ada berlaku perebutan bekalan PPE dari negara-negara lain. Itu yang berlaku sekarang. US bolot dan beli dari pengeluar dengan harga yang tinggi.

Pengeluar pulak, siapa yang tak nak untung. Walaupun dah bersetuju untuk jual ke negara lain, dorang senang-senang je cancel dan jual dekat US. Lebih kurang macam tu la situasinya

Cuma, bagi aku kerajaan kene tahu limit. Kalau dah tak boleh nak cover, kerajaan kene berterus-terang dengan rakyat dan mohon bantuan rakyat.

Memang kalau buat macam tu, maruah kerajaan akan tercalar. Tapi, antara maruah dan nyawa, nyawa mesti jadi keutamaan. Setakat ni, kerajaan masih lagi angkuh dan menjaga maruah

Kami, para doktor di UK dah mulakan gerakan dan usaha untuk bersuara dengan lantang secara terang-terangan. Kami sama-sama bagi semangat, buat crowdfunding supaya doktor boleh tampil kehadapan tanpa rasa risau dengan nasib mereka.

Aku pon memang support benda ni. Aku tengah sentiasa follow-up apa respons kerajaan terhadap isu ni.

7-Kenapa masih berada dan berkhidmat di luar negara?

Ok, ni persoalan yang sangat menarik. Aku grad dalam bidang medical dari salah sebuah Ivy League university di US. Hampir 6 tahun disana belajar dan sempat bekerja sebagai doktor disana.

Dalam masa yang sama aku dapat tawaran master dalam bidang perubatan di salah sebuah top 3 universiti di UK semasa aku berada di US lagi.

Sekarang, alhamdulillah sebelum umur aku mencecah 35 tahun, aku dah pass PHD. Baru je hujung tahun lepas aku lulus viva with minor correction.

Sepatutnya aku pulang cuti beraya selama sebulan pada tahun ni. Nak raikan Bersama keluarga. Tapi apakan daya, disebabkan COVID-19 , cuti aku dibekukan. Tiket flight aku terpaksa tangguhkan. Tiada rezeki untuk pulang ke tanah air tahun ni dan mungkin sehingga tahun depan

Sebenarnya, bila kita berada dinegara orang untuk belajar dan bekerja, kita akan banyak belajar dari mereka. Aku akui, masa habis SPM dan buat persediaan dulu, aku rasa aku paling bijak sekali. Rupa-rupanya tidak.

Bila masuk univesiti di US, aku boleh dikategorikan sebagai pelajar yang sangat sederhana. Selama setahun aku struggle untuk bersaing dengan mereka. Bila bekerja, rupanya banyak perkara yang aku perlu belajar. Benda yang aku belajar di uni hanyalah asas semata-mata

Bila sambung master, aku belajar sekali lagi. Rupanya beza sikap dan cara orang UK & US ni. Aku dapatkan master dan PHD sambil bekerja. Rezeki aku dapat supervisor yang hebat. Seorang professor yang terkemuka. Jadi rujukan di UK dan seluruh dunia.

Bila dapat supervisor macam tu, mmg sekali lagi aku struggle untuk hasilkan thesis yang memenuhi kriteria dia. Masa kerja, aku akan study bila ada masa lapang, habis kerja lepak dekat library. Karier doktor aku gak lewat berbanding dengan rakan yang lain. Sebab aku fokus untuk study terlebih dahulu.

Hikmah yang aku lalui ni bagi aku sangat besar. Aku target untuk jadi pakar dalam bidang perubatan dan pengurusan (management) dalam perubatan. Habis PHD ni aku tengah cari program master dalam dalam bidang pengurusan.

Aku ingat lagi prof aku pesan, kalau jadi doktor mungkin dapat selamatkan ribuan nyawa, tapi kalau jadi director kepada hospital kita akan dapat selamatkan jutaan nyawa.

Antara contoh sistem yang boleh diambil contoh dari UK adalah sistem training doktor mereka. Untuk masuk training sebagai HO perlu amek ujian. Mereka akan letak kita training HO atau Foundation Year based on markah ujian.

Kemudian lepas abes HO, nak masuk specialty kene compete sekali lagi. Ada ujian dan ada interview. Siapa yang dapat keputusan bagus, maka layak untuk mohon specialty yang mereka inginkan. Kalau dapat markah kurang bagus, tak dapat. Kene mohon specialty lain atau tunggu next round.

Panjang cerita kalau aku nak kongsikan. Cukup sekadar ini sahaja. Cuma, system yang diamalkan memang bagus dan boleh dipraktikkan. Terus ada pengkhususan untuk bidang kepakaran yang dikehendaki. Sentiasa ada continuous supply on medical expertise

8-Masih bujang?

Hahaha… memang masih bujang. Tapi tipulah tak pernah bercinta. Dengan orang Melayu pernah, dengan Minah Salleh pon pernah. Dengan orang Melayu takde jodoh. Dengan Minah Salleh pulak family aku macam tak berkenan.

Tapi aku suka personality Minah Salleh ni. Nama dia Emily. Kenal masa sambung master. Waktu tu dia student undergrad medical. Dia tak kisah untuk berkahwin dengan aku, Cuma taknak tukar agama. Bagi dia agama sekadar satu medium sahaja. Mana-mana agama still ada orang yang berbuat jahat.

Memang Emily ni strong personality. Parents kahwin campur. Ayahnya Jewish, mak pulak Christians. Pelik kan bunyi? Takde benda yang pelik dekat dunia. Kita rasa pelik mungkin sebab kita tak pernah jumpa lagi je

_

So, setakat ni je respons yang mampu aku tulis. Sekadar release tension dan santai dalam menulis. Sorry kalau gaya penulisan tak menarik. Dah terbiasa tulis thesis, Cuma kalini kekok sebab tulis dalam Bahasa Melayu.

Btw, ada masa free, aku baca je komen kalian dekat tulisan yg aku post ni. Apa-apa pon terima kasih buat mereka yang mendoakan. Semoga Allah merahmati kita semua.

Sekian,

– Doktor yang masih bujang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *