Jangan Sedih Dibuang Yang Tersayang

Assalamualaikum readers semua, Apa khabar musim MCO ini? Harap semua baik-baik saja.

Actually ini confession aku lepas terbaca Perkahwinan Idaman Menjadi Dilemma (https://iiumc.com/perkahwinan-idaman-menjadi-dilema-ii/) And a few other stories pasal orang-orang yang kerja offshore. Ada kaitan sikitlah.

Ok jika confessor dalam luahan tu lelaki, ni aku nak cerita sebagai perempuan, sebab timeline dia bercerai hampir sama dengan aku dan confession ni sebenarnya bertujuan sebagai penguat semangat yang pernah bercerai atas sebab yang lebih kurang- dibuang yang tersayang.

Aku namakan bekas suami aku Z ya. Maaf cerita ni agak panjang. Bertabahlah ya. Ada tips yang aku share sikit2.

Kalau ada readers yang tahu siapa aku, cukuplah cerita ini dijadikan pengajaran ya. Aku berkahwin tahun 2015, kena gantung tak bertali saparuh tahun 2016, dan bercerai Jan 2017.

Aku dengan bekas suami tak bercinta sebelum kahwin. Kami pegang prinsip ‘bercinta selepas nikah’. Konon-kononnya lah. Huhu. Aku ni noob bab lelaki dan bercinta. Lepas habis degree, mak bising suruh nikah. Dia nak anak-anak dia nikah muda macam dia.

Jadi aku yang tak berkawan sangat dengan lelaki, ambil inisiatif daftar di salah satu website cari jodoh. Situlah kami berjumpa dan berkenan untuk nikah. Aku punya happy lah tak boleh cerita.

Yelah, aku tak pernah berkapel. It’s a big no no for me. Memang aku jaga diri aku untuk suami aku sahaja. Jadi bila ada yang melamar aku, dan aku juga memang suka dia.. subhanallah happy nye Allah yang tahu.

Background Z ni agak mantap sebab kerja offshore, lulusan overseas dan ada rupa. Aku ni pula ibarat pipit berkepit dengan enggang..

Tapi sebab dia suka aku dan dia juga yang bersungguh-sungguh membuat persiapan kahwin kami jadi aku teruskan juga perkahwinan walaupun masa tu macam ada hesitate juga nak nikah.

Tahun 2015 kami bernikah. Tapi sebab commitment kami masa tu, dia bekerja di sebarang laut aku pula dalam pengajian habiskan master kami terpaksa PJJ.

Long story short, lepas dekat setahun PJJ, kami ada gaduh-gaduh. Takde lah besar punya. Saling terasa dan block-blocking tu biasalah suami isteri huhu. Dah nama pun PJJ, on the phone je lah masing2 boleh tunjuk protes.

Then, aku pun dah habiskan pengajian, aku ingatkan gaduh tu boleh baik semula, ternyata aku silap. Raya tahun 2016 aku takkan pernah lupa, Z balik Cuma untuk beritahu dia mahukan perceraian. Bilang dia, sayang dia terhadap aku sudah hilang.

Dia mahukan perceraian persetujuan bersama. Itu yang paling cepat untuk settle di mahkamah. Aku terkedu. Aku tahu aku ada silap, malam itu juga aku peluk kaki dia, aku minta maaf, dan mintak dia Tarik balik apa yang dia cakap.

Dia kata nasi dah jadi bubur. Macam drama dah kan citer aku. Huhu. Sebenarnya Z ni orangnya baik, sangat baik. Bila keadaan jadi tegang dia jadi macam tu.

Selang beberapa hari, aku seperti ‘disampuk’ menangis non stop badan sejuk ketika beraya dirumah ibu bapa aku. Masa tu mak bapak aku dah dapat detect masalah kami.

Sepanjang aku digantung tak bertali, ada juga minta tolong pihak mertua untuk tolong pujuk, tapi no respons. Sampaikan mereka pindah rumah pun aku tak tahu. Dan sepanjang aku digantung tu juga bertubi-tubi family aku diserang ‘sihir’.

Sepanjang digantung tu pula aku hanya duduk dirumah parents, masih memberi harapan supaya dia pulang, ambil aku semula. Aku tak apply mana-mana kerja sebab aku takut nanti Z tak tahu nak ambil aku dimana. Tapi semua tu hanya tinggal mimpi.

Then, aku jatuh dalam deep depression. Bila duduk bilik, aku Nampak kipas pusing, aku Nampak aku gantung diri aku kat kipas tu. Aku menangis tak kira siang malam. Aku tahu mak pak aku pun menangis tengok keadaan aku masa tu. Bila aku sedar, aku istighfar aku solat, nangis lagi mengadu kat Allah.

Ada satu masa tu, bila aku terlampau sedih, tiba-tiba aku teringat kat best friend aku, masa tu dia sedang buat phd di oversea, aku call dia.. walaupun tengah malam kat sana, dia bangun jugak nak dengar cerita aku. Bila aku nangis, dia pun menangis.

Sampai sekarang aku ingat kata-kata dia dan jadi penguat aku. Bilang sahabat aku “M, yang buang kau tu sorang tu ja. Aku masih sayang kat kau. Mak bapak kau pun masih sayang kat kau..”.

Lepas tu dia pujuk lagi, dia belikan aku tiket kesana kononnya untuk mengubat hati aku. Dalam sedih tu aku happy sebab memang impian nak gi oversea, walaupun bukan dengan cara yang aku pernah plan.

Akhirnya kisah kami berakhir jua di Bulan Januari 2017. Bagi aku tiada apa lagi yang nak dipertahankan kalau orang tu dah tak sayang. Seusai habis kes mahkamah aku pun berangkat ke oversea. Hati masa tu feel ‘numb’. Mak menangis masa aku hantar aku kat KLIA.

Sahabat aku plan lain, tapi aku ada plan lain. Sesampai saja aku disana aku daftar shortcourse kat sana. Alhamdulillah aku diterima. Masa tu depression n sihir tu masih ada. Ada juga malam-malam aku teringat aku akan menangis. Gangguan masih non stop.

Lepas cerai tu aku rasa diri aku kotor, sebab bawak gelaran Miss J, walaupun umur baru pertengahan 20-an. Orang yang rapat je yang tahu apa yang jadi kat aku. Di oversea ada juga yang menghulurkan salam perkenalan. Mana yang nak kenal aku, memang aku bagitahu terus terang status aku.

Ada yang ikhlas, ada juga yang Cuma nak mengambil kesempatan. Mana yang ikhlas tu (kebetulan dia non-muslim dan berfikiran terbuka).

Bagi dia status tu dah tiada apa, bagi diaorang perkara cerai tu perkara biasa, tiada apa nak dimalukan. Tapi tidak pada family aku, sebab pak cik mak cik aku tiada sejarah yang bercerai. Jadi cerai ni perkara taboo dalam family kami.

Tu juga antara sebab aku bawak diri. Disana aku belajar cara merawat diri dalam shortcourse tu. Alhamdulillah, I’m getting better walaupun gangguan masih ada. Ada orang yang perasan pasal ‘gangguan’ tu.

Bilang orang tu, “sihir tu takkan pergi selagi awak tak mati” Terkedu jugak aku bila mendengarnya. Tak tahulah apa yang didendamnya. Aku menangis lagi, duk memikirkan kenapa sihir tu kuat sangat. Apa salah aku sampai macam tu. Aku dah lepaskan, jangan ganggu hidup aku lagi.

Disebabkan itu juga, jadi aku tutup semua ‘pintu’ kearah kahwin. Ayah marah betul bila dia tahu aku fikir sihir tu agak kuat. Bilang ayah, sihir tu tak kuat. Hanya saja Allah izinkan itu berlaku ke atas diri aku. Aku bungkam. Tapi jauh dalam hati aku sangat berterima kasih kat nasihat2 ayah.

Disana juga ada classmate yang ajak aku gi pub. Untuk discuss test kami. Ada juga dia offer beer, tapi aku tolak cara baik dan aku pesan air kosong je. Instead of discussing our test, dia ajak cerita pasal agama. Jadi aku layan je.

Terpikir juga, kalau aku mati dalam pub ni confirm ramai kata aku mati dalam su’ul khatimah. Nauzubillah. Padahal masa tu aku tengah berdakwah kot. jadi jgn cepat hukum orang ya! Kita tak tahu. huhu

Setelah beberapa bulan, dan tamat short course tu, aku pun pulang ke tanah air tercinta. Masa tu aku ingatkan aku dah pulih sikit dan dah boleh move on. Tup2 aku dapat berita Z dah kahwin lain. Aku total mentally breakdown. Pergi kerja pun macam badan melayang-layang.

Aku deactivate semua socmed aku. Aku rasa total loser. Rasa dikhianati, rasa I’m the most stupid person dan macam-macam lagi. Alhamdulillah ada a few kenalan (circle aku bekerja masa tu kerja dalam bidang psikologi) diaorang bagi aku terapi, sebab Nampak keadaan messed up aku masa tu.

Alhamdulillah semangat aku pulih balik walaupun tak sepenuhnya. Then aku quit kerja, sebab bos aku bagi aku jadi ‘mental’ balik. Ada juga kawan cakap, walaupun macam-macam jadi kat aku, Alhamdulillah aku masih waras, dan iman aku ‘tak terbang’ masa duk kat oversea dulu. Alhamdulillah.

3 bulan pastu, Aku dapat offer sambung phd. Aku happy sangat sebab tu impian aku. Aku ingatkan aku dah okay. Tapi tekanan buat phd tu lain macam sikit. Aku sempat amik 1 sem je. Pastu aku berhenti.

Aku tak tahan, sebab masa tengah buat proposal tu, aku Nampak aku terjun dari beranda rumah sewa aku (aku duduk uma tingkat 15 masa tu). Bila aku depress, aku tahu ‘benda’ tu akan datang balik.

Tiap malam aku mimpi ngeri, mimpi mayat, mimpi membunuh atau dibunuh orang. Ala-ala filem horror gitu. Tambah pulak kena tikam belakang dgn co-researcher buatkan aku penat dengan dunia akademik.

Aku rasa akhlak aku sebagai muslim hilang. I think much better classmates aku kat oversea dulu. Saling menghormati, saling membimbing, saling empati. Jadi, Aku buat keputusan nak take a break dalam dunia akademik..

Bila aku jumpa guru (supervisor) aku yang boleh ajak aku kenal Tuhan melalui ilmu (expertise) yang dia ada. Ada rezeki nanti Insha Allah aku sambung balik .Aku ada jumpa, tapi belum rezeki lagi nak sambung dengan dia. Besar kan cita-cita aku. Huhu. Tolong doakan.

Last2 aku ambil keputusan untuk kerja freelance. Aku jadi seronok. Aku pulun kerja dari siang sampai malam. Bila aku terlalu penat aku akan terus tidur, dan tidur tu pulak tidur mati. Tak fikir bukan-bukan. Dan takde dah external pressure, sebab aku kerja sendiri. Just pressure dari mak je lah suruh kawin lagi.

Dia risau bila dia tutup mata takde orang jaga aku. Aku tepuk dahi masa tu. Allah kan ada. Allah janji siapa jaga Allah, Allah akan jaga dia (Hadis sahih). Tapi mak kan. Biasalah.

Masa ni pun aku terus proceed self-therapy. Because I’m aware I’m not totally ok. Aku banyak dengar ceramah agama, aku belajar untuk move on, Lagi pun hampir 3 tahun peristiwa bad memories tu.
Ni antara yang kuatkan aku, aku share dgn korang yang tengah struggle macam aku.

Aku pernah dengar kat radio Ikim, ustaz ni tengah cerita pasal Ummu Salamah. Sahabiah ini sangat cintakan suami dia. Malang tak malang, suami dia meninggal waktu perang. Ummu Salamah tak dapat move on, sebab dia rasa suami dia paling hebat, tak ada siapa dapat menyaingi Allahyarham suami dia.

Macam tu jugak yang aku rasa pasal Z. Tak ada siapa dapat ganti tempat dia dalam hati aku. Sebab dia cinta pertama aku. Cewah. Biarlah orang kata aku bodoh. Masa tu lah.

Ok sambung cerita, dia berjumpa dengan Rasulullah lalu Rasulullah ajarkan satu doa ni, Ni juga yang aku amal bila aku sedih terlampau dan setiap kali lepas solat, kalau kita maknai maksud dia, Masya Allah, power doa ni- Boleh google Doa Ditimpa Musibah,

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah berikanlah pahala diatas musibah yang menimpaku dan gantikanlah daku dengan yang lebih baik”.

Bila aku baca doa ni, bila part musibah aku akan nangis, sebab bawak gelaran Miss J ni bagi aku satu musibah sebab aku terdedah dengan fitnah-fitnah dunia. Huhu.

Dan bila sampai part gantikanlah aku dengan yang lebih baik, aku cuba positifkan diri walaupun aku Nampak dihadapan aku Cuma kegelapan sebab aku ni Miss J.

Tak ada orang yang nak kahwin dengan bekas orang lain. Hina sangat rasa. Kalau ada pun, lelaki2 yang nak berbinikan no 2 dan seterusnya. Aku tak nak rampas kebahagian orang sebab aku tahu rasa perit bila kebahagiaan kita dirampas orang lain.

Tapi guess what dari kisah Ummu Salamah tadi, rupa-rupanya Allah gantikan dia dengan bersuamikan Rasulullah sendiri. Tentulah Rasulullah lebih baik dari arwah suami dia. Doa tu tepat pada sasaran, Allah ganti jauh lebih baik dari arwah suami dia.

Jadi aku amal doa ni. And at the same time aku buat affirmation sebelum tidur. Ni juga yang banyak bantu aku bentuk self-image balik lepas hancur selepas kes cerai. Korang boleh buat camni harap dapat bantu sikit-sikit.

“Aku maafkan dia, Aku redha dengan apa yang berlaku, I love myself and I am enough”

Alhamdulillah sikit-sikit aku jadi positif. Dan aku cuba untuk move on. Masa aku kerja freelance tu kakak aku duk berkempen suruh kenal2 dengan orang lain, dia kata dia boleh move on kenapa tidak aku. Kakak aku ni single mother dekat 11 tahun. Dia jadi balu seusia aku jadi Miss J.

Arwah suami dia meninggal eksiden). Bapak aku pun tak kurang jugak sama naik bulu duk kenalkan kenalan2 dia yang muda2 la. Tapi semua aku tak berkenan.

Last aku tersahut pulak cabaran diaorang, aku ‘ter’bekenalan dengan sorang mamat ni, Aku namakan dia B ya. Thru medium yang sama aku kenal Z, tapi website lain la pulak, nak kenal face 2 face ni aku segan.

Sepanjang aku kenal dia, B selalu buat aku gelak. Sebab dia ni suka buat noob. Kami pun tak bercinta, kenal terus ajak kahwin. Ya aku takut juga jadi macam dulu, tak kenal tapi terus kahwin. Tapi kali ini aku bertawakal kat Allah. Aku belajar serah bulat-bulat kat Allah.

Aku tahu aku tak boleh kawal suami aku. Sepanjang proses terapi aku, Aku belajar apa yang kita ada sekarang semua pinjaman. Satu masa Pemilik nya akan ambil balik. Dengan apa cara sekalipun.

Kita Cuma menikmati pinjaman Dia. Kita tak pernah miliki apa pun. Bila kita diberi nikmat, kita kena belajar bersyukur. Walaupun sekecil-kecil nikmat. Bila aku tukar fahaman macam ni. Aku cepat tenang. Aku mudah redha.

Akhirnya, aku nikah dengan B awal tahun lepas. B tahu semua masalah ‘psikologi’ aku. Termasuk dengan gangguan tu. Bukan tak berubat. Sudah. Macam-macam ustaz aku jumpa. Last2 konklusi nya kita sebagai pesakit kena kuatkan diri sendiri, Jadi hadap jelah. Dan terus buat amalan pendinding diri.

Kerja B pun lebih kurang dengan Z. Kami pun PJJ. Ada juga yang bilang aku bodoh lagi, tak belajar dari kesilapan, tapi bilang mak aku, kita bukan Tuhan boleh tentukan siapa jodoh kita.

Tapi dengan B lain sikit, dia boleh keje offshore, tapi dia tak nak katanya nanti dia jauh dengan family. Nanti dia rindu family dia. Kira dia ni family man jugak lah.

Last2 dia pilih keje site kat darat. (Kekeke, sebenarnya nak dapat keje offshore ni susah nak dapat melainkan kau grad overseas dan result ko perlu power kalau dari UA, huhu).

B ni Freelance juga. Siapa kata kisah rumah tangga tak ada gaduh-gaduh lagi. Tapi dengan B ni, bagusnya dia tak cepat sentap. Kadang ada masa juga dia garang, last-last kalau aku tak boleh cope aku akan nangis.

Aku dah tak macam dulu. Kalau dulu kalau boleh semua aku nak telan sendiri. Sekarang tak, apa aku rasa la ni jugak aku luah. Selalunya nangis jelah. B tahu masalah aku, selalu at the end dia akan mengalah, dia akan datang minta maaf dan peluk aku bagi reda.

Dengan B aku boleh buat macam kawan, aku boleh cerita banyak benda kat dia, walau pun kadang bagi aku merepek je citer tu, tapi dia layan je.

Ada masa ada juga sesi memerli, kalau dulu, terasa akan adalah sesi block memblock. Tapi dengan B lain. Lepas sesi memerli masing2, kami gelak sama2, duk ketawakan masing2 betapa nooob nya kami.

Allah dengar doa aku. B bukan duda. Dia anak teruna. Jadi aku tak rampas hak sesiapa. Sebab tu yang paling aku benci. Walaupun dia lagi tua dari aku, sebab baya dia ramai je tak kahwin lagi (aku masih 20-an ok, kami beza 2 tahun je, huhu).

Pernah juga aku suarakan aku concern pasal Miss J aku sedangkan dia bujang. Dia kata takapa. That’s not his concern. Dia kata sekarang banyak je kes macam aku.

Aku bersyukur sangat dipertemukan dengan orang yang baik. Rupa2nya dia pun from broken family. Jadi dia faham sangat. Dia tak pernah ungkit pasal status aku sepanjang kami kenal dan kahwin. Alhamdulillah.

Awal tahun ni Allah kurniakan kami baby boy. Orang panggil baby PKP. Huhu. Comel sangat
(aku mak dia, kenalah puji anak sendiri, hehe)

Setiap kali aku pandang muka dia, aku rasa tiap kali tu jugak aku nak buat sujud syukur. Despite all these tribulations, Allah bagi hadiah yang indah jika kita bersabar.

Aku bersyukur, banyak sangat hikmah dari kejadian tu:

Aku belajar kenal diri aku, Aku baru belajar kenal Tuhan (walaupun dilahirkan islam), aku belajar kenal siapa kawan siapa lawan bila jatuh, Aku belajar utk self-love (ni ramai perempuan lupa bila dah kahwin), Aku belajar untuk bersyukur dalam nikmat yang orang pandang ‘sedikit’.

Walaupun sekarang si B ni jobless sbb PKP (banyak projek site tutup). Kami masih cukup makan, Kami masih ada tempat berteduh dan kami masih boleh menjana income dari rumah sikit-sikit.

Mohon readers doakan, keluarga kecil kami terhindar dari pandangan dengki orang, Allah sampaikan kami sehingga betul2 Till Jannah, diberi pekerjaan yang baik (kekeke, jgn ditanya apa guna sijil bergulung untuk suri rumah macam aku), dan kita semua bahagia dunia dan akhirat.

Untuk yang pernah patah hati,

Belajarlah beri peluang kepada diri untuk memaafkan, beri peluang untuk pengalaman baru, beri peluang kepada orang baru. Tak semua cerita pengakhirannya sama. Apa yang jadi dulu hanya memori. Dulu dan akan datang tiada. Yang ada hanya sekarang.

Nikmati masa sekarang, Live here and Now. lagipun hidup kita tak lama untuk membenci. Binalah hidup baru. Jangan takut untuk mulakan hidup dari zero. Janji Allah, setiap kesusahan akan ada kesenangan. Insha Allah.

Kata hukama’ omputih “The best revenge is no revenge. The best revenge is by moving on”. Nak tahu kita dah move on, kita tak lagi berduka saat bibir kita mengungkap kisah yang membuat kita derita.

Jika dulu aku ambil keputusan bodoh (by committing suicide)- Nauzubillah, aku tak rasa apa yang aku ada sekarang. A small happy family. Aku tak ada si kenit kesayangan ni. Sebab tu setiap kali aku pandang muka dia sy rasa mahu sujud syukur sentiasa. Dia ibarat small little angel aku.

Untuk yang suka menganiaya orang, yang suka main ilmu hitam ini,

Berhentilah. Allah tak tidur. Setiap perbuatan akan ada pembalasan. Kalau bukan sekarang satu hari tetap akan kena. Masih ada ruang untuk bertaubat. Allah sayang hamba-hambaNya yang bertaubat. Kita tak akan pernah bahagia dengan menyakiti orang lain.

Untuk lelaki yang suka ambil kesempatan,

Ingatlah tak semua Miss J ni desperate, it only shows how ‘low’ you are. Bila ada lelaki yang muliakan perempuan walaupun Miss J, aku selalu doakan syurga untuknya sebab dia memartabatkan wanita.

Doa aku, syurga juga untuk lelaki yang melayani dengan baik wanita2 lain terutama isteri dan ibu mereka. Kurniakan mereka syurga tertinggi buat mereka Ya Allah kerana mereka mencontohi sifat kekasihMu, Rasulullah SAW.

Untuk pejuang2 mental health,

Jangan pernah mengalah, dunia ini memang tempat kita berpenat untuk berjuang, insha Allah ganjarannya ada di syurga sana.

Teruskan terapi dan ubat (jika ada), dan sayangi diri demi diri sendiri juga. Jangan berputus asa dengan Tuhan. Teruskan berdoa, Allah Maha Mendengar, kalau dia tak kabulkan kat dunia ni, Dia kabulkan di akhirat nanti. Doamu tak pernah tersia-sia.

Dan Untuk Z, saya ikhlas maafkan awak, saya doakan awak bahagia dengan keluarga baru awak.

Jaga family baru awak baik2. Jangan tinggal bila dah tak sayang. Saya ingat semua kebaikan awak. Terima kasih untuk itu. Terima kasih juga sebab jadi hikmah untuk saya belajar banyak benda termasuk belajar untuk saya terima diri saya seadanya.

Terima kasih kat mak ayah, dan keluarga serta sahabat jadi tulang belakang saat jatuh.

Terima kasih B kerana terima baik buruk sayang. Hanya Allah yang mampu balas semua kebaikan B.

Terima kasih Tuhan untuk semuanya,

Tiada yang baik dan buruk dari Engkau ya Allah melainkan semuanya untuk kebaikan hamba-hambaNya.

Cinta itu bukan dengan memiliki dan menyakiti,

Tetapi adalah pembebasan dari perasaan memiliki sehingga bersama-sama mendapat salam dari Tuhan yang Maha Mengasihi (Yasin, 58).

-Dari aku yang sedang belajar rasa berTuhan.

– Ex Miss J (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *