Dilema Ibu Tiri

Assalamualaikum pembaca semua. Sehari dua ni, hati rasa sedih sangat sebab dapat tahu yang diri ni tak diterima anak tiri, dan dia lebih menganggap saya sebagai musuh yang mahu rampas ayah dia dari dia.

Baiklah, sebelum saya bercerita dengan panjang lebar molek jugak saya buat introduction dan akan cuba bercerita secara sequencing.

Saya YM, seorang isteri dan baru sahaja bergelar ibu (Alhamdulillah selamat melahirkan anak lelaki pada Februari lepas). Saya berkahwin pada bulan Disember 2018.

Disebabkan faktor kerja, saya dan suami duduk berjauhan (kiranya PJJ) la ni dan cuma berjumpa time weekend atau time public holiday.

Yes, memang struggle tapi apakan daya saya masih belum dapat pekerjaan yang sesuai di KL dan membolehkan kami duduk bersama.

Di KL, suami saya bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta dan tinggal bersama anak lelakinya (dari perkahwinan terdahulu). Semasa kami berkenalan 2 tahun lepas memang suami ada bagitau yang dia ada anak lelaki dan saya terima kedua-duanya.

Kami berkahwin dan saya anggap anaknya (yang kini berumur 5 tahun) seperti anak sendiri memandangkan ibu kandung dia (ex wife husband saya) kadang-kadang tak endahkan anak dia sendiri. Walaupun hak penjagaan adalah pada si ex ni.

Tapi anak dia bagi kepada husband saya dengan alasan dia tak sanggup nak jaga (anak tiri ada ADHD / hyperaktif). Saya bagi perhatian, saya belikan mainan, belikan baju, belikan makanan dan dia nampaknya memang selesa bila saya berada dengan dia.

Baru-baru ni, masa pertama kali PKP di announce, suami saya bawak balik anak tiri balik ke rumah saya. Saya tak kisah pun sebab memang saya nak spend masa bersama husband saya.

Tapi berlainan dengan anak tiri saya, dia dah start buat perangai. Buat perangai taknak dengar cakap, demand macam-macam dan selalu mencelah bila saya dan suami tengah berbual.

Dan setiap kali dia buat perangai, kami (saya dan suami) akan bagi punishment untuk dia belajar. Tetapi selalunya dia akan repeat benda yang sama selepas 2 atau 3 hari di hukum.

Honestly, saya sudah start rasa stress. Mungkin disebabkan tak cukup tidur (sebab saya fully breast feeding baby saya).

And then at the same time saya perhatikan suami saya banyak melebihkan anak dia daripada anak saya. Anak tiri saya pula asyik buat perangai. Disebabkan ini saya dah start rasa marah dan dah mula tinggikan suara pada anak tiri saya,

Tapi macam takde kesan pada anak tiri saya. Dia tetap buat kesalahan yang sama. Sampai satu tahap saya rasa give up untuk disiplinkan dia. Dan depan dia saya menangis, saya tanya anak tiri saya kenapa tak nak ikut cakap saya. Jawapan dia, “sebab aunty rampas daddy kita.”

Allahu terkedu dengar jawapan macam tu. Demi Allah saya tak sangka dia boleh berpikiran macam tu. Rasanya apa yang saya buat selama ni (belikan toys, makanan dan jugak baju, bawak pegi jalan2) masih jugak dia anggap saya perampas,

Oh ya side note : suami dan ex telah bercerai talak 3 pada tahun 2016. Saya mula kenal suami pada awal 2018. Rasanya saya bukan la perampas suami orang.

Tapi memang sedih bila dengar anak kecil yang saya anggap anak sendiri pun tak suka saya. Dan bila saya bagitau suami, dia telah menangkan anak dia (sepatutnya saya dah boleh agak dia side pada siapa).

Suami taknak bagi anak kepada ex dia dengan alasan dia takut dia tak boleh tengok anak dia membesar depan dia. (Sebab masa dia bercerai, dia tak dibenarkan langsung datang melawat anak dia.

Yes ex dia tak bagi datang tengok anak. Cuma sekarang bila dia tau suami kahwin baru then baru lah dia bagi tengok, itu pun kena datang rumah dia untuk pickup. Dia takkan pegi hantar hatta anak yang mintak nak jumpa daddy dia.)

Sekarang ni saya betul-betul dalam dilemma, dan saya juga dah rasa tawar hati pada anak tiri dan suami. (Sebab saya rasa tak dihargai).

Sampai satu tahap saya penah terpikir kalau suami tetap pilih anak dia instead of saya, saya akan walk out with my baby and live by ourselves without my husband. Tapi kata-kata ni berlegar dalam kepala, belum dizahirkan lagi.

Saya sayang suami saya, saya sayang anak tiri saya tapi honestly saya rasa tawar hati bila saya tau saya tak pernah rasa dihargai dan rasa diterima. Selepas segala yang saya buat untuk anak tiri saya, still ibu tiri masih ‘jahat’ di mata anak tiri.

Saya dah tak tau nak buat apa lagi tapi sekarang ni memang saya memendam rasa je. Hopefully Allah bagi kekuatan pada saya untuk mengharungi cabaran sebagai ibu tiri yang diterima oleh anak tiri.

Mujur saya masih ada emak dan now ada anak sendiri yang jadi sumber kekuatan saya. Mudahan bulan Ramadhan penuh barakah ni Allah bukakan pintu hati suami dan anak tiri untuk terima saya.

Ibu tiri yang memendam rasa;

– YM (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *