Keluarga Kedua

Assalamualaikum dan hai. Aku Syifa. Sudah berkahwin dan belum dapat rezeki anak lagi. Sebelum aku nak cerita terlebih dulu aku ucapkan selamat menyambut ramadhan. Cerita ini hanya sekadar perkongsian bersama sahaja. Tiada niat untuk melukakan mana2 pihak.

Aku kahwin umur pertengahan 30an. Masa tu dah 10 tahun lebih kerja. Kahwin lewat kata orang melayu. Apa yang aku nak ceritakan pada kalian adalah tentang keluarga sebelah pihak suami.

Iya memang betul bila kita dah kahwin kita akan dapat suasana baru dengan family baru. Aku ambik perkara positif untuk pengajaran.

Sebelum kahwin kami kenal melalui tempat kerja tapi berlainan syarikat di mana kami jarang berkerjasama tapi selalu bertembung. Tua 5 tahun kira dia adalah satu ciri suami idaman aku walaupun suami aku duda takda anak (cerai mati).

Semenjak kami serius, kami hanya contact bila perlu. Takda manja sana sini. Keluar pon bila perlu sahaja. Keluarga dia pon baik.

Sampai dah kahwin, mak ayah dia sediakan bilik untuk kami tinggal sementara tunggu rumah kami siap renovate atas nama aku. Bilik lengkap dengan bilik air. Masa tu aku agak curious berat sebab yelah tak pasal2 kena duk hadap family baru hari- hari.

Aku setuju tapi bersyarat hanya menumpang sebulan dua then cari rumah sewa sementara rumah dah siap. Dia hanya berkata okay. Cuma pandangan aku agak negatif berbanding apa yang aku fikir dan bayangkan.

Semenjak aku duduk apa yang aku perhatikan:

1) Solat jemaah.

Walaupun makayah mertua aku masih lagi bekerja mereka sangat titkberatkan tentang jemaah. Selalu Subuh atau magrib. Sibuk mana pun mereka tetap usahakan untuk berjemaah.

Agak jarang lah tak berjemaah sehari kecuali ada hal yang tak dapat dielakkan. Dalam rumah memang ada ruang untuk solat bahagian atas.

Sebelum kahwin, tiap kali keluar bersama dia akan cepat-cepat settlekan urusan sebelum waktu magrib. Tahu tak alasannya apa, syaitan akan ikut dia balik sebab dia handsome(perasan sangat suami). Aku terpaksa ikot sama.

2) Together.

Together ni adalah masa keluarga. Together ni masa sarapan kadang makan malam bersama. Kalau sarapan tak dapat bersama dinner mesti bersama. Kalau tak masak pon mereka akan makan luar.

Apa yang aku tertarik dengan diorang ialah sikap mereka yang memberi. Belanja makan untuk keluarga. Adik-beradik berebut-rebut nak bayar makanan kat restoran ke hotel.

Kalau masak kat rumah berebut nak tanding sapa masak sedap even menu simple. Patutlah rezeki keluarga ini sentiasa murah hasil doa makayah mertua.

3) Less gadget.

Sebelum kahwin kami hanya contct bila perlu. Kadang lepas dari pukul 8-9 pm suami biasanya takkan layan aku. Masa awal-awal dulu aku agak curious tentang dia tapi still berhunuszon. Lama-lama aku okay.

Selepas kahwin baru aku tahu yang suami aku jarang pegang henpon kat rumah. Kalau ada panggilan kecemasan atau hal kerja yang urgent sahaja dia akan layan. Media sosial pon dia jarang online.

Dalam fb dia tak aktif sangat paling pun share benda ilmu sahaja. Keluarga dia pun sama. Makayah mertua jarang pegang fon utk tngok fb ke, layan group whatsapp ke bila kat rumah.

Adik-adik ipar pun takdelah terlalu taksub dengan hp walaupun mereka ni muda paling-paling game PSP dan rancangan tv itupun mereka hadkan penggunaan sehari.

Apa yang aku perhati mereka banyak berinteraksi sesama mereka di rumah. Setiap hari ada saja aktiviti yang nak dibuat walaupun 7 orang dalam rumah termasuk aku. Apa-apa masalah memang diorang discuss.

Apa yang menarik diorang ni suka buat video call dengan biras aku dan adik ipar yang belajar kat oversea dengan abang ipar kerja merantau negeri lain then sambung kat tv.

4) Sikap ambik berat.

Dalam hal ini, aku jatuh cinta pada keluarga mertua. Even aku dah kahwin ikut suami, keluarga mertua selalu tanya khabar keluarga besan diorang termasuklah keluarga bekas arwah isteri suami.

Tiap kali aku atau biras aku balik kg masing-masing, mertua aku akan kirim makanan takpun barang untuk keluarga besan. Walaupun tak mahal tapi sangat bernilai. Kalau ada kematian ke kenduri ke mereka pasti datang selagi mampu. Biras aku orang Sabah dan menetap sana.

Tiap kali diorang nak balik sana makayah mertua selalu kirimkan barang termasuklah belikan roti gardenia tu haa. Sekotak tau. Haha. Tiap bulan pasti sekali atau dua kali balik kg mak mertua sebab nak jaga silaturahim memandangkan ayah mertua anak yatim piatu.

5) Agama.

Walaupun makayah mertua kerja biasa. Pendidikan agama sangat dititberatkan. Walaupun masing-masing dah besar keluarga suami tetap amalkan berguru mengaji dengan Ustaz. Ayah mertua tiap kali jemaah mesti akan suruh kami minta maaf sesama sendiri.

Suami aku pernah tegur aku setiap kali waktu balik rumah belah keluarga aku selalu solat lewat disebab kan rancak borak dengan family. Keluarga mertua takdelah alim sangat. Sederhana dan masih belajar bersama.

Mak mertua biasa sahaja tapi bab aurat dia sangat tegas. Tak pernah lagi dia ungkit kisah buruk arwah bini pertama suami aku. Semuanya baik-baik. Walaupun kami belum dikurniakan rezeki anak mak mertua tak pernah ungkit.

6) Hormat.

Kami dapat menumpang 5 bulan sahaja selepas rumah kami dah siap untuk diduduki. Masa tu aku rasa menyesal pulak nak cepat pindah. Mertua hanya mampu setuju bila kami nak pindah malah mereka galakkan untuk privacy keluarga masing-masing.

Walaupun dah pindah, suami akan pastikan kami akan selalu contact dan ziarah keluarga masing-masing. Suami aku tetap layan dan hormat keluarga aku walaupun pangkat kerja dia besar dalam keluarga aku.

Tak pernah lagi suami berhimpit dengan aku selepas kahwin. Dialah yang tolong beli dan belanja barang dapor. Kadang tu ada saja idea untuk amik hati makayah aku dan keluarga. Sikap yang diterap dalam family dia dia masih kekalkan dengan keluarga aku.

7) Give and take.

Selepas kahwin, aku agak terkejut dengan budaya mereka. Bukan nak kata queen control tapi kebiasaan untuk memberi. Suami aku selalu iron baju kerja ayah, mak termasuk aku. Kadang basuh baju untuk satu family.

Aktiviti pembersihan pun semua anak-anak yang buat. Adik ipar aku semua lelaki pun termasuk sama. Takde satu pun makayah mertua buat kerja kat rumah. Waktu aku nak masak kat dapur pun adik-adik ipar semua pakat turun tolong. Tak segan silu macam dah lama kenal.

Agak jauh beza lah dengan family aku. Tiap hari ada je turn orang masak, beli brang dapur, kemas dan sebagainya. Semenjak start PKP adik ipar dah buat jadual siap-siap untuk kerja rumah kecuali makayah mertua. Dari lepas subuh sampailah tidur ada saja aktiviti mereka.

Dalam setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Apa yang aku belajar dari kehidupan keluarga mertua dapat merubah kehidupan aku yang dulu.

Walaupun dah lima tahun berkahwin pun aku tetap dilayan macam anak raja dalam keluarga mertua. Nilai dalam keluarga ni buat aku belajar erti menghargai. Saya tahu kehidupan kita tidak sama dan bersyukur dapat keluarga mertua yang baik.

Orang kata rezeki dari Allah. Doakan saya dan suami dikurniakan cahaya mata. Terima kasih.

– Syifa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *