Assalamulaikum semua. Saya rasa ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca semua.
Yang trigger saya untuk berkongsi kisah ini apa bila ada satu posting dalam ni yang menyentuh hati saya. Boleh baca link ni ye: (https://iiumc.com/dia-isteri-solehah-penyejuk-mata-penenang-di-hati/).
Ok berbalik kepada cerita tu, yang menarik minat saya adalah komen2yang diberikan oleh pembaca sekalian.
Saya suka semua yang mendoakan pasangan ini, saya pun doakan mereka memperolehi kebahagiaan dan syurga Firdausi seperti yang mereka idamkan.
Namun ramai juga meyarankan mereka untuk membuat treatment IVF, mengambil anak angkat dan lain2 usaha.
Ok bila saya baca komen2 berkenaan saranan ni, dia membawa kepada kisah saya. Usia perkahwinan saya dan suami akan mencecah 20 tahun Insyaallah pada tahun 2020 ni. Doakan yang baik2 untuk kami juga ye.
Seperti pasangan tadi, kami juga tiada cahaya mata. Sekadar untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya adalah seorang insan yang amat suka kepada kanak2. Minat saya pada kanak2 adalah semenjak saya kecil lagi.
Dan bila saya berkahwin, saya yakin saya akan ada anak. Pelbagai planning saya buat untuk mendapatkan anak. Contohnya, saya beli rumah dengan enam bilik, sebab kalau ada anak saya nak mereka selesa.
Seawal usia perkahwinan saya 1 tahun saya telah pun berusaha untuk mendapatkan anak. Dari yang traditional hingga ke perubatan moden.
Sekadar berkongsi, saya ringkaskan kisah rawatan ini. Saya pernah menjalani rawatan IVF sebanyak 5 kali dan semuanya gagal. Prosesnya bukan mudah, masa, tenaga dan wang ringgit perlu cukup dan ianya amat menyakitkan.
Ye, sakit sangat. Kalau ikutkan hati, saya nak buat lagi sekali. Namun suami saya dah tak mampu melihat sakitnya proses tersebut. Dengan bleeding lagi. Allahu.
Dalam melalui semua rawatan2 saya juga pernah beberapa kali memohon anak angkat. Kisah saya dan anak angkat ini amat menyedihkan. Macam2 pihak kami hubungi, macam2 badan kami minta bantuan. Namun Allah tetapkan rezeki masing2 itu lain2.
Ok saya kongsikan kisah ini, saya pernah tanggung perbelanjaan perubatan dan living expenses seorang wanita yang mengandung tanpa suami. Namun, anak tersebut meninggal ketika di lahirkan.
Sedih saya ketika itu. Harapan yang datang dari usia kandungan 9 minggu hancur saat itu juga. Suami pujuk, katanya bukan rezeki. Tak taulah banyak mana air mata yang mengalir masa tu. Penat dan sedih sangat.
Satu lagi kisah yang saya nak kongsi adalah kisah seorang wanita yang mengandung anak ke 11. Wanita ni dari keluarga yang miskin. Suaminya hanya bekerja biasa. Wanita ini diperkenalkan oleh seorang sahabat saya.
So, bila suami isteri ini bersetuju nak bagi anak tersebut, saya cukup gembira. Mereka memang plan menyerahkan anak kepada yang berkeinginan kerana desakan hidup.
Saya difahamkan anak yang akan lahir adalah perempuan, saya beli pil motilium untuk memastikan saya boleh menyusukan bayi tersebut. Salah satu bilik telah pun saya transform ke warna pink. Katil, almari, meja study semua saya dah beli. Happy sangatlah masa tu.
Maka tibalah hari bayi ini dilahirkan. Atas permintaan ibu dan ayahnya, bayi ini akan diberikan kepada saya apabila pihak hospital membenarkan bayi dan ibu discharge. Saya dan suami ke hospital sejurus tau mereka dibenarkan keluar.
Bayi tadi diberikan kepada saya. Wangi bau dia, putih merah pipinya, halus suara bayi tu. Namun sedang saya dakap dan mencium2 anak tu, apa yang berlaku, ibunya meraung tidak mahu melepaskan anak tersebut.
Saya menangis, sedih. Sedih melihat seorang ibu yang tak mampu berpisah dengan anaknya. Sedih juga bila ingat, anak tu bukan juga rezeki saya. Akhirnya ayah bayi tersebut memohon maaf dan berjanji akan membayar semua kos yang telah saya tanggung mereka.
Suami saya kata kami menghalalkan segalanya dan kami pulang dengan rasa yang sangat hampa. Berhari saya ‘diam’. Dan sekali lagi suami pujuk, katanya masih bukan rezeki.
Panjang cerita saya berkisah rawatan dan anak angkat ni. Tak lah mampu saya detailkan setiap kejadian dan usaha2 saya. Sekarang, saya dan suami meneruskan hidup berdua dengan penuh rasa gembira.
Tiga tahun kebelakangan ni memang tiada ada apa2 usaha yang kami buat. Sekadar melalui kehidupan normal. Dan saya rasa, saya telah hilang 17 tahun perkahwinan saya hanya kerana terlalu mengejar ‘anak’.
Bila kini saya dan suami berhenti mengejar, kami bahagia. Kadang2 pinjam anak2 saudara, kadang2 pinjam anak kawan2, dan selalu kerumah anak2 yatim spend time dengan mereka.
Suami selalu kata, actually anak kita ramai, sambil melihat kepada anak2 yang comel2 di depan kami. Oh lupa, dari rumah anak yatim pun kami pernah usaha. Tak pelah, macam2 hal. Panjang pula nak cerita.
Pernah seorang sahabat pujuk saya. Katanya, kita akan diuji dengan apa yang kita suka. Dan bila saya terlalu suka pada kanak2, maka itulah ujian buat saya.
Namun jangan sampai lupa apa yang perlu kita syukuri. Saya punya kewangan yang stabil, suami yang baik, pekerjaan yang elok, keluarga sendiri dan mertua yang memahami. Maka kenapa hanya satu kekurangan saya perlu sedih berpanjangan.
Cuma berbalik kepada kisah TT di link diatas, saya harap janganlah kita ‘menyuruh’, ‘mencadang’ atau ‘mempertikai’ tentang mereka.
Dari gaya Bahasa penulis, saya rasa dia educated, mesti dan mcm2 usaha dia buat. Lebih baik kita titipkan doakan. Bila ramai marah kakak dan ibu dia, sebenarnya kita yang mempertikai tentang mereka juga sedikit sebanyak membawa ‘watak’ ibu dan kakak tadi.
Jangan sekali bertanya apa usaha ‘mereka’ tau. Kerana setiap soalan itu amat menyakitkan dan mengiggung perasaan. Saya faham kerana saya pernah lalui.
Oklah, rasanya itu jelah yang saya nak kongsi. Insyaallah saya nak menghabiskan sia-sia hidup dengan beramal dan bergembira sahaja lepas ni. Dah tak nak nangis2 dah. Doakan ye.
– An-Nisaa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit