Aku Tawakkal

Assalamualaikum semua. Aku Hani (bukan nama sebenar). Aku cuma ingin berkongsi kisah hidup yang terkadang rasa seperti tiada harapan bahagia lagi. Aku kini seorang janda yang baru habis iddah dan mempunyai seorang anak lelaki setahun lima bulan.

Aku diceraikan kerana kami masing-masing keliru dengan keadaan kami sendiri. Dipendekkan cerita, aku salah seorang mangsa sihir. Isu ini kadang kala menjadi sangat tidak relevan bagi yang tidak memahami tetapi ia memang benar terjadi.

Aku sudah hampir 12 tahun hidup dalam keadaan seperti ini. Tapi aku hanya tahu setelah 9 tahun aku menjadi mangsa. Sungguh. Kehidupan dikawal dan sakit tanpa sebab sangatlah perit.

Bekas suamiku, bertemu aku beberapa bulan sebelum aku mengetahui perkara itu dan selepas itu ibuku meminta bantuannya untuk menikahiku kerana pada masa itu, ibu percaya jika aku bersama suami, aku akan lebih bersemangat dan cepat sembuh. Tapi itu mungkin satu kesilapan besar buat bekas suami.

Ayah aku seorang banduan dan masih lagi dalam penjara. Ibu tak mampu menjaga aku sendiri. Kakak abang dan adik aku masing² tak dapat membantu malah menafikan keadaanku. Ibu saja yang mengerti waktu itu.

Aku sudah ditahap kritikal kerana sering saja tak dapat mengawal dari kerasukan. Walaupun suami kerja McD, dan aku bakal menjadi penjawat awam masa itu, ibu tidak kisah. Asalkan suami mampu sayang dan beri aku semangat dan nafkah selayaknya seorang isteri.

Setelah berkahwin ala kadar tanpa majlis kerana aku kerasukan selepas sahaja akad nikah, kami hidup di rumah ibuku. Suami terpaksa berhenti kerja di bandar untuk menjaga aku namun masih mencari kerja di kampung.

Aku menghargainya dan aku nekad buat kerja² menjahit purdah walaupun ketika itu sedang sarat sebagai tanda penghargaan dan ingin membantu suamiku.

Namun, adakalanya suami dingin terhadap aku. Aku juga masih kerasukan selalu selepas kahwin kerana agak stres dengan kedinginan suami.

Selepas melahirkan zuriat pertama, rezeki mencurah². Aku lapor diri di sebuah sekolah menengah kerajaan dan selepas itu, hidupku berubah ceria. Aku mula mengumpul aset² penting sebagai keperluan seperti kereta. Dalam masa yang sama, aku buat bisnes online dan cod makanan.

Ketika itu, suami sudah tidak mahu bekerja lagi. Aku sedih kerana dia menjadikan aku sebagai alasan dia tidak bekerja. Dia mengatakan bahawa akulah punca dia berhenti kerja dahulu dan kini tiada semangat lagi utk bekerja. Aku cuba positif kerana takut kerasukan. Aku biarkan.

Hari berganti hari, aku semakin terbeban dengan tanggungan dalam keluarga. Suami hanya menjaga anak dan memasak di rumah. Semua keperluan lain aku sediakan dari segi kewangan. Namun usahaku tidak pernah dihargai sama sekali.

Suami selalu bertindak berlagak denganku dan menggunakan aku untuk kepentingan. Dia juga mengatakan bahawa aku saja yang rela hati membantu dia sedangkan dia tak pernah minta untuk aku memberinya sesuap nasi.

Aku terlalu tertekan. Hati dirobek² dgn kata² pedas yang mengguris hati setiap hari. Suamiku suka mencari kesalahanku. Dia akan meminta bantuan kewangan jika perlu dan mengatakan bantuan itu adalah kerana kerelaanku bukan dia yang paksa. Baginya, aku takkan bantu sekiranya aku tidak rela.

Hari demi hari, aku cuba menipu diri sendiri. Tapi, apa yang aku dapat hanyalah kemurungan. Aku belum sihat. Tapi aku diuji dengan suami sebegini.

Suami mengatakan jika dia tidak mengambilku sebagai isteri, takkan ada lelaki lain yang sanggup memperisterikan aku dengan status kesihatan dan anak seorang banduan.

Aku terlalu sakit sehingga aku terbuat keputusan yang salah. Aku berniat mahu minta keluarga suami menasihati suami namun apa yang aku dapat hanyalah kecaman dan dikatakan lupa diri. Dan aku difitnah pula.

Aku dikatakan sudah malu mempunyai suami yang kerja biasa² sedangkan aku seorang guru.mereka tidak tahu suamiku tidak lagi bekerja. Hal itu tak pernah terlintas di hati dan fikiranku. Aku sayang suami kerana pernah menerima aku yang serba kekurangan.

Semenjak itu, aku dibenci keluarga mentua dengan fitnah² yang lebih besar. Aku semakin sedih dan kerap kerasukan. Hingga terkadang, ada hari² di sekolah aku kerasukan juga.

Suami mengatakan bahawa aku seorang yang mata duitan dan aku punca kemusnahan keluarga mereka pula. Allah. Allah saja yang mengetahui apa yang aku alami.

Satu malam, aku halau suami dalam keadaan separuh sedar akibat kerasukan selepas terbaca pesanan whatsapp kakak ipar yang mengatakan aku tak boleh lagi jadi keluarga mereka.

Aku dibenci dan mereka hanya menerima suamiku sahaja sebagai keluarga tapi bukan aku. Aku dilarang sama sekali jejakkan kami ke rumah mereka. Suami juga diperli dan diminta utk menceraikan aku.

Keesokan selepas dihalau, aku diceraikan suami dengan talak 2. Aku sedih. Aku buntu. Aku sayangkan suami tapi aku pelik mengapa suami begitu membenci aku.

Sehingga sepanjang perkahwinan aku terasa seperti aku tidak pernah dicintai. Tapi diperguna. Benarlah, mungkin kerana aku sakit, aku telah terhutang budi dengannya.

Sekarang. Aku sedih kerana aku tak mampu kuat untuk ‘move on’. Bekas suami hari² menelefon. Aku tidak block kerana risau aku dikatakan punca memutuskan hubungan dia dengan anak. Namun, aku menjadi gelisah. Sebagai jambatan antara bekas suami dan anak, akulah yang hancur ditengah².

Bekas suami ada masa mengatakan ingin kembali. Namun selepas bebebarapa hari, dia bernekad pula mahu menjauhiku. Aku merasakan bagai hatiku ini hanyalah utk dipermainkan.

Aku terfikir untuk cari pengganti memandangkan umurku 27 tahun. Jangan salah faham. Aku mahu suami kerana aku perlukan bimbingan dan aku mahu lebih bersemangat.

Tidak mudah hidup dengan kesakitan dan menjadi mangsa sihir tambahan pula membesarkan anak seorang diri. Namun, aku jadi fobia pula. Risau suami baru tak dpat menerima aku seadanya dan anakku.

Sedang kini aku terlalu sakit dipermain. Aku pernah bawa bekas suami berubat dahulu. Dan perangai bekas suami dikatakan berkait dengan sihir ini memandangkan adanya sihir pemisah juga.

Namun bekas suami tidak mahu meneruskan rawatan dan tak mahu menerima hakikat yang dia juga sudah menjadi mangsa.

Kini, (selepas cerai,) dia juga pernah mengaku bahawa dia cemburu dgn kehidupan aku kerana aku lebih senang darinya walaupun aku diuji sakit. Disebabkan itu, dia selalu mengeluarkan kata2 kesat kerana rasa sakit hati.

Aku kini keliru. Buntu dan tertekan. Aku tidak tahu apa harus aku lakukan. Mengapa begitu ramai manusia pendengki? Mengapa tidak kita berlapang dada melihat rezeki yang sudah tertulis Allah buat kita dan orang lain? Mengapa kita memilih untuk menjadi manusia yang tidak pandai bersyukur?

Aku tidak percaya kepada sesiapa lagi. Kini aku merasakan semacam aku tidak akan dapat kecapi bahagia. Bahagiaku adalah menjadi seorang ibu dan isteri malah mati dalam keadaan aku bergelar seorang isteri. Itu bahagia bagi pandanganku.

Pembaca. Maafkan aku jika ceritaku berterabur atau ada bahasa² tak menyenangkan serta pandanganku yang bertentangan dengan kalian. Aku cumalah wanita sakit yang hari² ada membuat dosa.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan ini.

Aku mohon doa kalian supaya aku dapat ke Umrah selepas PKP berakhir. Aku ingin mencari ketenangan disana. Terima kasih yang menyiarkan kisahku. Assalamualaikum.

– Hani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Cerita hampir sama..tp sy mmpunyai ank 2…skrg blas suami bnci dn tramat bnci pd saya..nk xnk sy kna troskn hdop..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *