HIV Titik Permulaan

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan terima kasih kepada admin kerana menyiarkan confession ini.

Sebelum ini saya hanya menjadi salah seorang silent reader tapi saya tergerak hati ingin menulis setelah membaca dua confession berkaitan HIV.

Ya, HIV. Semua yang tahu penyakit ini tiada ubat, tapi pernah tak terfikir bila salah seorang dari ahli keluarga anda mengidap penyakit ini.

Kakak saya telah disahkan mengidap penyakit HIV semasa membuat saringan ujian darah untuk permohonan berkahwin, 3 bulan sebelum majlis dia telah disahkan positif.

Ya, pada permulaan nya kami sekeluarga berat untuk menerima, dan kami sekeluarga tertanya-tanya darimanakah dia mendapat jangkitan HIV.

Selepas selidik dan fikir balik, kakak kemungkinan telah dijangkiti melalui jarum berbekam, sebab kakak suka berbekam.

Dan beberapa minggu sebelum dia membuat ujian darah dia baru habis berbekam. Mungkin itu puncanya, kalau disebalik itu kami tidak tahu.

Akhirnya, kami sekeluarga menerima sebagai salah satu ujian untuk kami lalui, ibu orang yang paling sedih tapi kami tahu ibu kuat demi kakak.

Alhamdulillah disebalik ujian ini terselit hikmah, iaitu kami mendapat kakak kembali.

Kakak nih seorang yang workaholic, dan dia jugak seorang ramai kenalan rapat, dan dia ada keluarga angkat.

Sebelum dia dapat penyakit nih dia memang kurang rapat dengan keluarga kami, apa-apa yang dia buat dia dahulukan keluarga angkat dia.

Semasa hendak bertunang dulu pun semua keluarga angkat dia yang uruskan, kiranya kami hanya terima pinangan tanpa persiapan apa-apa.

Selepas dia tahu dia mengidap penyakit HIV, dia banyak luangkan masa bersama keluarga, banyak sangat perubahan kakak.

Majlis kakak terpaksa juga dibatalkan kerana mak pihak lelaki tidak mahu menerima, dan kami sekeluarga menerima dengan hati terbuka walaupun segala persiapan telah dilakukan.

Kakak pun redha dan menganggap ini salah satu ujian untuk dia, tapi cerita perkahwinan kakak terbatal tidak berakhir disitu.

Kami sekeluarga diuji lagi, kakak juga terkena buatan orang yang dihantar oleh orang yang pernah rapat dengan dia.

Selain menjadi salah seorang pengidap HIV, kakak juga sedang bertarung dengan ujian terkena buatan orang. Sekarang kami juga sama-sama berjuang dengan kakak.

Maaf kalau cerita berbelit atau tergantung, sebab ini kali pertama saya cuba menulis.

– Nurul iman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *