Love Hate Relationship With My Mother II

Untuk part I, (https://iiumc.com/love-hate-relationship-with-mother/).

Assalamualaikum semua. If anda semua masih ingat, saya pernah post tentang my love hate relationship with my mother. Few months back. I had go through comments, good & bad comments. Ada yang komen tidak baik memburukkan ibu sendiri.

Hrmmm tidak berniat pun memburukkan (and you all pun don’t know me & my mother), tetapi lebih kepada sharing perasaan seorang anak yang telah dewasa, untuk diambil iktibar oleh ibu bapa yang masih muda.

But i don’t like the comment with harsh words (e.g. Musibat, lahanat). Yes it is up to you to type or write what you want, tapi ingatlah ada malaikat yang memerhati tindak tanduk kita.

Okey, one of the comment i noticed was kenapa my mother tak pakai perancang. Dah tahu suami tak membantu dengan susah macam tu. I want to talk deeper into this.

My mother was tied to old thought that perancang itu haram. Sebab anak itu adalah rezeki. Berdosa menolak rezeki daripada Allah.

Dan dia selalu bagitau, jaga anak ni jangan ‘bersolek’ sangat, buat mudah2 je. Nanti tak boleh beranak ramai. Rugi. Masa muda untuk beranak. Tua nak rehat. Saya sendiri sampai skrg tak faham maksud kata2 dia tu.

Dan bila saya masuk medical school, i learn more about perancang. When i told her, she rejected the idea. Ambil ubat perancang ni nanti jadi gemuk katanya.

Now i know it is a taboo about contraception. Ubat perancang ni banyak jenis sebenarnya, tak semua akan menjadikan kita gemuk. Dan gemuk itu sebenarnya berpunca dari corak pemakanan yang tidak sihat & kurang bersenam, bukan ubat perancang.

Back to my mother, dia bukan saja tidak ingin merancang. Tetapi memandang serong kpd orang yang merancang. But now, since kami pun dah kahwin, ada anak, dia nak pulak kami merancang. Yelah, penatla jaga orang berpantang.

Mana tak penat, semua benda dia nak buat sendiri. Dari segi pengurusan memang tidak kena la. Masa saya pantang anak sulung jatuh time raya puasa.

Dia sangat ingin membuktikan dia boleh buat semua sampaikan boleh menjamu tetamu dengan makanan special di pagi raya. Tapi makan orang pantang tak disediakan (i was accepting her pantang rules at that point).

Masa my sister bersalin, she attempted to jamu tetamu yang datang jauh mkn tengahari walhal ada banyak keutamaan lagi untuk dia buat. Mak penat sgt sampai tekanan darah dia mencanak naik. Dgn ayah yang tidak membantu faham saja la.

Another issue with my mother is expect orang faham apa yang dia nak tanpa diberitahu. She keep complaining that my father didn’t help her, but she never ask for help. Dgn anak2 pun macam tu. Dia tak suruh pun, tiba2 kitorg kena marah sebab ada benda tak buat.

Relationship with my father, she tied to old tradition yang merajakan suami. Mak selalu berbangga yang ayah tak pernah cari baju dalam bakul atau gosok baju sendiri sepanjang kahwin dengan mak. Tapi mak lupa yang kami kena gosok baju sendiri seawal umur 7 tahun.

Adik saya pernah kena seterika panas masa sekolah rendah, naik gelembung kat tangan pun mak tak sempat nak letak ubat. Saya tertanya sendiri, apa ertinya penjagaan ayah yang dah dewasa tu tip top kalau kami ni anak2 tidak dapat diuruskan dengan baik.

Begitu juga dengan urusan pembelajaran kami. Seingat kami mak tak pernah periksa buku sekolah kami even masa saya baru masuk darjah 1. Buku apa ada dalam beg dia tak pernah ambil tahu.

Mak mungkin bernasib baik sebab kami adik beradik tidak pernah menyusahkan dia. Saya sendiri tidak pernah hutang A.

Kadang2 mak berbangga walaupun dia tak ambil tahu hal sekolah anak semua anak menjadi masuk universiti semua. Doa kat Allah katanya. Bab doa tu betul la. Tapi nak ikut style tu tak berani sebab anak ni amanah Allah, baik buruk pun kita juga menjawab.

Zaman remaja dulu saya selalu bila tengok ada kawan yang mak ayah dia bercerai, rasa eh bestnya tak payah serabut fikir masalah orang tua. Tak perlu hadap perangai ayah yang toksik.

Mak memang masih lagi terkongkong dengan taboo lama yang memandang hina perempuan yang bercerai. Mak sendiri pun selalu pandang serong kepada janda.

My sister cakap, i don’t know why they live together for a looong time, but don’t have their togetherness. Mcm ni ke orang kahwin. And yes it affect me.

Bila kahwin saya tidak tahu bagaimana nak jaga aib suami, how to be a team player with husband. (if i got time i will write how i failkan fasakh masa early marriage).

Lagi satu tentang nafkah. Kita orang perempuan pelzz jangan naif. Nafkah tanggungjawab suami. Jangan terlebih rajin nak bantu suami.

Kalau dah lepas 30 tahun nak sedar macam my mother it is too late already. That’s why we live a B40 life in the past even though dengan gaji ayah tu boleh jer hidup as M40.

Gangguan daripada extended family? As we live in keluarga besar (kampung ayah) memang mak banyak diganggu. Oleh atok nenek, sedara mara. Silap mak ialah sebab dia tiada assertive, tidak menolak permintaan orang dengan baik. Tapi layankan semua just to show other people she is good.

Pernah je mak baru balik kerja atok panggil suruh kacau dodol. Padahal masa tu anak kecik berduyun.

Ayah pernah nak buat jamuan buka puasa suruh mak masak dengan apa2 barang dapur takde, anak kecik berduyun, boleh pulak sorang sedara tu hantar cucu dia kat rumah kami suruh mak jaga. You see how horrible it was. Ayah memang tak membantu la.

Lesson yang saya kutip ialah :

1. Gunalah perancang kalau tidak mampu menjaga anak yang ramai atau tiada sokongan daripada pasangan.

2. Penceraian itu dibenci Allah, anak2 jadi mangsa, tetapi dlm keadaan tertentu ia adalah pilihan terbaik.

3. Jangan ego untuk menjadi yang terbaik. Akui kelemahan kita, lakukan sesuatu ikut kemampuan.

4. Isteri dan ibu adalah pengurus rumah tangga, bukan kuli atau bibik untuk buat semua. Agihkan tugasan dan minta bantuan bila perlu.

5. Learn to be assertive. Menolak permintaan yang tidak munasabah itu tidak menjadikan kita orang yang jahat.

6. Nafkah tanggungjawab suami. Tuntutlah hak kita sebagai isteri.

Lasyly, sayang la diri kita sebelum sayang orang lain.

Wallahu a’lam.

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *