Wanita, Kau Berhak Bahagia

Assalamu’alaikum, Selamat Sejahtera dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam. Terima kasih kepada admin IIUM confession sebab sudi approve confession ini.

Dengan tajuk, “Wanita, kau berhak bahagia”. Izinkan untuk membahasakan diri sebagai aku agar lebih terasa rapat dan dekat dengan kalian.

Confession aku nak jelaskan lebih berfokuskan tentang perkahwinan. Sememangnya kita tahu, semua orang inginkan perkahwinan yang bahagia biarpun ada diuji dengan kesulitan dan keperitan namun kita sangat mendambakan kebersamaan pasangan kita iaitu suami tersayang.

Aku berumur pertengahan 30an, baru berkahwin sekitar 12 tahun dan dikurniakan 6 orang anak. Alhamdulillah.

1. Tetapkan matlamat ketika berkenalan dengan lelaki yang pilihan hati. Jelaskan tentang pendirian kau, cita-cita kau, apa perancangan kau walaupun secara spesifik.

Details kau jenis macam mana; sederhana, suka enjoy, suka travel, kaki study, kaki tengok wayang atau kau memang jenis Muslimah sejati. Biar dia tahu kau secara peribadi. Biarpun muka kita biasa-biasa bukan calon diva TAPI prinsip hidup mesti jelas.

Kalau laki tu macam kau juga, OK, boleh teruskan. Kalau laki tu pun blur semacam, sodaqallahal’azim. Benda basic macam ni sangat penting sebab ia akan mencorakkan kehidupan kau akan datang.

2. Sekiranya kau datang dari keluarga yang sederhana, atau susah, kau tentunya harapan mak ayah untuk capai cita2 setelah bermatian belajar di U. Mak ayah kirim duit serta doa tulus setiap waktu lepas solat. Kau mesti capai cita2.

Setidaknya kau ada duit sendiri untuk beri pada mak ayah walaupun tak terbalas jasa mereka hingga akhirnya. Benda ni kau kena explain pada calon kau, agar masa dah kahwin nanti dia tak suruh kau berhenti kerja secara tiba-tiba.

Sekiranya kau datang dari keluarga kaya-raya bak Megah Holdings, mak ayah pun tak kisah kau tak kerja lepas habis belajar, silakan teruskan niat. Bakal calon pun CEO syarikat terkemuka, sila oh sila.

Aku cakap macam ni, sebab aku dah jumpa ramai orang yang sedih sebab tak dapt bantu keluarga, suami pula kedekut atau terlampau berjimat walaupun mampu. Jadi aku hanya mampu berdoa untuk mereka.

Pendapatan solid untuk kau penting BUKAN sebab takut suami kahwin lain atau suami meninggal, tapi sebab niat untuk bantu keluarga sendiri. Setidaknya, kau mampu beli barang-barang untuk mak ayah dan adik-adik di kampung sebagai bekalan mereka.

Aku tau, ramai sekarang yang hidup senang tapi aku tak nafikan ramai mak ayah yang masih susah, kais pagi makan pagi.

3. Kehidupan selepas kahwin: walaupun kau bekerja dan suami bekerja, hiduplah secara sederhana. Biarpun gaji dekat 10k, amalkan hidup sepertia biasa.

Ini aku selalu ingatkan diri aku. Beli baju biasa-biasa, tak perlu semua nak branded dan mahal. Sebab kita semua akan disoal dengan segala harta yang kita miliki nanti.

4. Sekali lagi, ini aku selalu ingatkan diri aku juga.Teguhkan keluarga dengan ajaran Islam sebenar. Solat awal waktu, Quran setiap hari dibaca, anak-anak diberi pendidikan agama dari kecik. Benda basic, agama penyuluh hidup. Contohnya, biarlah orang cakap pakai tudung belum tentu baik.

Kena ingat, tak pakai tudung dah tentu dapat dosa. Akhlak wajib seiring dengan imej Islam. Biarpun kita bukan dari sekolah agama, tapi praktikkan agama yang Nabi Muhammad bawak tu sangat penting.

Sekarang dah akhir zaman, sendiri mau ingat. Kita taknak anak kita tergagap baca Al fatihah sedekah untuk kita bila kita tiada nanti. Kita nak semua smooth urusan kita di sana kelak.

5. Setiap detik saat susah dan senang, kita wajib mensyukuri pada Dia. Kau tahu, kadang kita takda duit untuk makan dan minum, ada masa hidup susah tapi SETIA pada pasangan amat penting di samping cari jalan keluar.

Selalulah kita baca Quran. Hati akan tenang. Yakin seyakinnya Allah akan bagi jalan keluar segala permasalahan kita. Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal.

6. Hubungan suami isteri kena jaga. Kadang biasa ‘hormon’ jeles terlebih, kena pula ada yang tak kena, perang dunia juga. Sewajarnya face to face apa yang tak puas hati. Apa yang terbuku biarpun mengeletar menahan marah.

Kau kena luahkan kalau tak, boleh jadi gila. Aku cakap sebab aku pun sama ja. Perempuan kan. Jangan expect suami akan terus faham, ambik masa juga. Biasalah, loading lama sikit, hahaha!

7. Jaga anak-anak elok-elok. Sekiranya dikurniakan anak, kita jaga mereka elok-elok. Mereka harta kita. Kata-kata seorang ibu akan diingati sampai bila-bila. Doa untuk anak-anak setiap kali lepas solat.

Kalau belum dikurniakan anak, kita boleh berbuat baik dengan anak saudara, anak yatim, anak angkat dan sebagainya. Percayalah, mereka akan mendoakan kita kelak. Kesan kebaikan kita buat kat dunia, hanya Allah yang Tahu.

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu sahabat di luar sana, agar lebih terancang dalam kehidupan dan berbahagia dengan insan tersayang. Salam sayang dari aku buat wanita di luar sana.

– McNally (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *