Assalamualaikum. Aku harap admin post confessions aku ni. Seperti yang kita tahu, stigma masyarakat kita terhadap warga asing ini sangat extreme terutamanya makcik pakcik kita kat kampung semua dan berdasarkan pengalaman orang ramai.
Kenapa aku mention extreme?
Kalau biasa seorang perempuan nak berkahwin dengan warga asing, benda pertama diorang akan cakap,
‘Jangan cari warga asing, dia nak ambik kesempatan sahaja itu, nak kikis duit habes duit isteri lari balik negara sendiri, nak jadi warganegara malaysia lah tu, habes madu sepah dibuang (sorry tak pandai peribahasa), macam macam lagi.’
Sebenarnya soal jodoh pertemuan ni ditangan Tuhan. Setengah orang dapat jodoh orang melayu, beragama alhamdulillah.
Sesetengah orang berjodoh dengan warga asing (afrika, indonesia, nepal, bangladesh, western country)
Aku pernah dengar satu ceramah pasal jodoh ni, seorang ustaz berkata, jodoh ini rahsia Tuhan, jodoh boleh cari di mana mana seluruh negara bukan tertakluk kepada satu negara sahaja. (Nama pun rahsia kan). Sejauh mana usaha kita nak mencari jodoh yang terbaik untuk kita tak kira bangsa.
Oleh kerana di malaysia ini banyak kes2 warga asing yang bermasalah dan menipu wanita malaysia, benda ini menjadi satu trauma dalam diri warganegara malaysia terutamanya ibu bapa.
Tapi sentiasa ingat, baik seseorang tu bukan dilabel berdasarkan bangsa atau negara dia. Manusia ada pilihan, nak jadi baik atau nak jadi jahat semua itu bergantung pada diri sendiri bukan pada negara anda duduk yer.
Dalam mana mana negara pasti akan ada orang yang baik dan orang yang tak baik.
Cuma nak berpesan kepada wanita terutamanya untuk memilih calon warga asing terutamanya:
1. Cari jodoh warga asing niat kena betul, bukan semata mata nafsu nak enjoy. Matlamat utama kena betul. (Kalau memang nak cari suami, niat nak cari suami yang soleh, bertanggungjawab, insyaaAllah Allah bantu).
2. Jadilah wanita yang bijak. bijak bermakna anda selidik terlebih dahulu semua background dia/ bertanya no telefon family dia untuk dihubungi atau kawan2 serumah dia, boleh tanya. (Jangan terus terima, take your time to investigate it, sebab ini soal masa depan).
3. Kenal /taaruf dahulu sebelum nak beri keputusan apa apa. It takes time.
Kalau dalam process taaruf tu, nak pinjam duit, lebih baik tinggalkan. It is more to manner, how can you just asking money from someone you don’t know, its not proper especially pinjam duit yang beratus, beribu raban. RM10 sebulan boleh la kot niat nak menderma.
Tengok juga sejauh mana dia nak mengenali anda, effort penting. Bila awal perkenalan dia berbicara soal pertunangan dan perkahwinan, bermakna niat dia kenal untuk kearah itu. (Carilah yang sebegini rupa).
4. Kenal cara pemikiran dia, budaya dia, mazhab dia, pendapat dia. (Sekufu atau tidak). Bertanya lah soalan kepadanya jika anda musykil tentang dia, soalan akademik, soalan agama. Wanita perlu ada ilmu juga yer takut anda ditipu hidup hidup, ditindas dan sebagainya.
Kalau dia betul betul baik, bertanggungjawab, memang serius dengan anda, dia tak akan lari untuk menjawab soalan anda.
5. Bergantung harap pada Allah setelah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mengenalinya dan niat anda betul. Jangan terlalu berharap pada cinta manusia, hilang kecewa kerana semua didunia ni Allah yang punya.
Sebenarnya nak mencari jodoh bukan benda mudah, kalau ada jodoh yang baik datang warganegara atau bukan, bagi peluang untuk anda mengenalinya tetapi haruslah sentiasa bijak yer.
– Cik N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit