Toxic Mother, Enablers and Flying Monkeys

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan kesemua pembaca. Saya ingin minta maaf terlebih dahulu jikalau penulisan saya ini tidak menepati syarat atau etika, kerana saya baru sahaja mendengar khabar mengenai page ini beberapa hari lepas.

Selepas saya membaca beberapa confessions, saya tertarik dengan artikel daripada Es, mengenai “Narcisstic Mothers” (https://iiumc.com/narcissistic-mother/). Apabila saya membacanya, oof… tergores hati saya kerana saya sangat boleh mengaitkan dengan hidup saya.

Ibu saya merupakan ibu tunggal, jadi kehidupan kami sekeluarga agak terumbang-ambing. Beliau bercerai dengan ayah saya sejak kecil lagi. Pada umur itu, saya sungguh merasakan apa yang ibu saya buat epada saya, semuanya wajar kerana saya beranggapan itulah normalnya dalam membesarkan anak.

Pada usia kecil lagi, saya merupakan seorang yang agak clumsy, jadi mungkin ini antara satu sebab yang membuatkan ibu benci saya.

Pernah saya terpecahkan satu periuk kaca, ibu saya menampar saya, dan betapa geramnya beliau, proceed untuk mengambil serpihan kaca dan melukakan saya dengan serpihan itu. Di mana beliau melukakan badan, saya tak sanggup nak cerita kerana parutnya ada sampai sekarang.

Pada masa yang lain juga, saya terjatuh dalam bilik air dan terpatahkan paip air, dan beliau menampar saya dan pukul saya dengan paip air besi itu.

Ada banyak lagi adegan yang sama sepertinya. Pada usia itu, saya sudah mula jadi paranoid dan menjadi seorang yang pendiam, pasif dan selalu cemas, especially bila ibu saya berada di jarak yang dekat.

Pada usia remaja, saya telah diagnosed with mental disorder. Saya minta maaf sebab saya ingin merahsiakan apa disorder yang saya ada. Tetapi, ini adalah kemuncak konflik dengan ibu saya.

Pada pendapat ibu saya, punca saya mendapat masalah itu hasil daripada kes buli yang teramat semasa saya di sekolah berasrama penuh dahulu. Walhal, saya sudah berfirasat yang punca yang sebenar-benarnya adalah daripada kehidupan dan hubungan saya dengan beliau sejak kecil lagi.

Saya mula menyakiti diri saya sendiri dan mula berasa sangat suicidal. Mood saya mula selalu menjadi tidak stabil. Tetapi, apabila saya bergaduh dengan ibu saya mengenai apa-apa perkara sekalipun, ibu selalu berkata “itulah kau tu dah dapat penyakit gila itu sebab kau kurang ajar dengan aku”.

Saya terdiam. Apabila saya menyakiti diri saya sendiri, ibu berkata “kau tu nak minta perhatian sebenarnya kan?”. Saya terdiam. Saya keep on menyakiti diri saya sendiri, dan ibu berkata “kau buat lagi benda tu aku halau kau daripada rumah ni”. Saya terdiam.

Seperti ibu ES juga, saya inginkan ibu saya seperti ibu orang lain. Saya menceritakan masalah saya kepada beliau, dan ibu berkata,

“kau ingat kau sorang je ada masalah bagai? Aku ni lagilah dengan nak bayar bil itu ini, nak bagi kau makan lagi, nak tanggung kau lagi. Jangan jadi selfish dan fikir orang lain sikit”. Saya terdiam.

Berkenaan dengan pilihan saya secara autonomi dan seorang individual pula, ibu saya tidak pernah gagal membuatkan saya rasa seperti bukan seorang manusia yang mempunyai kehidupan sendiri. Pemakaian, penampilan, perwatakan saya semuanya dikawal oleh beliau.

Apabila saya cuba memberi pilihan saya yang sendiri, ibu berkata “itu semua pilihan untuk orang yang ada duit. Kau tu bawah tanggungan aku so tak payah nak mengada-ngada”. Saya terdiam.

Oh ya, jangan lupa dengan kritikan dan backhanded compliment terhadap pemilihan saya seperti “kau tu hodoh kalau tak dengar cakap ibu” dan “ibu rasa kau ni macam ayah kau bila kau melawan”.

Boundaries antara saya dan ibu memamg tidak wujud. Bukan atas kesudian saya pun. Ibu berpendapat bahawa, “kau tu anak aku, jadi kau kena sentiasa dengar cakap aku dan aku berhak nak buat apa pun dekat kau”.

Sudah saya tidak payah terangkan lagilah. Message saya semuanya dibaca oleh beliau, phone saya beliau sentiasa periksa, surat semuanya diambil dan dibaca, beliau yang pilih siapa yang boleh jadi kawan saya dan macam-macam lagi.

Tambahan pula, beliau membuatkan saya berasa bertanggungjawab dengan emosi beliau. Kata-kata beliau seperti,

“sebabkan kau buat benda ni lah kau buat aku rasa sedih” dan “kalau kau tak buat benda tu memanglah aku takkan marah”. Macam saya yang selalu bertanggungjawab atas emosi beliau dan apa yang beliau rasa. Secara amnya, beliau membuatkan saya berasa sangat teruk akan diri sendiri.

Berkenaan dengan kakak saya, dia merupakan seorang “flying monkey” ataupun seseorang yang turut mendera mangsa narcisstic abuse, dan selalu mengikut arahan narcissist itu.

Apabila saya dan ibu bertelingkar, kakak selalu berpihak dengan ibu saya. Tak kisah lah saya betul dan beliau yang terang-terang bersalah lagipun, kakak aku selalu berpihak kepada beliau.

Antara contoh situasi ialah apabila saya bergaduh dengan ibu saya sebelum saya pergi keluar untuk urusan sendiri, selepas saya balik ke rumah, saya mendapati ubat preskipsi saya telah dibuang oleh ibu.

Saya menyoal ibu dan beliau mengaku bahawa dia yang buang, dan saya merajuk selama beberapa hari kerana ubat itulah yang membantu insomia, panic disorder dan beberapa lagi simptom mental disorder saya.

Semasa saya berada dalam bilik, kakak saya mengetuk pintu bilik saya dengan kuat dan berkata “kau jangan kurang ajar sangat dengan ibu. Ubat tu dahlah ibu yang beli untuk sakit gila kau tu, lagipun kau tahu kan dalam Islam 3 hari tak bertegur sapa dengan ibu, jadi anak derhaka nanti”.

Saya terdiam. Walhal kalau dia bergaduh dengan ibu, saya selalu cuba bagi support dekat dia. Sigh, semuanya saya yang salah. Kalau saya yang salah sebenarnya, lagilah mereka teruk mengecam saya.

Implikasi selama apa yang ibu saya telah buat kepada saya selama ini, sama seperti apa yang ES telah terangkan.

Saya selalu berasa yang saya bertanggungjawab membuatkan orang lain berasa tidak selesa, jadi saya selalu merendahkan diri dan bersusah payah melakukan pelbagai perkara untuk tidak menyakitkan mereka, sehinggakan saya pun dipergunakan.

Saya tidak akan berasa happy jikalau orang lain tidak happy. Satu-satunya cara yang saya boleh berasa gembira ialah jika saya mendapat approval ataupun pengesahan daripada orang lain. Setakat ini, pendirian saya memang lemah dan teruk.

Yang membuatkan saya sedih lagi, saya cuba mendapat support daripada luar. Walaupun ada yang positif, tetapi yang negatif itu tersangatlah overwhelming. Saya tak faham kenapa majoriti masyarakat Malaysia ini teramatlah bias kepada ibu.

Bagi mereka, “ibulah yang susah payah mengandungkan kau selama 9 bulan. Rahmat Allah terletak pada rahmat ibu. Cuba kau letak kan diri sendiri tu pada situasi ibu kau, baru kau faham.

Tak kisah apa pun, dia tu still ibu kau. Hak ibubapa lagi tinggi daripada anak, jadi kau tak berhak nak melawan. Ibu kau tu ibu tunggal, so kau kena fahamlah yang dia tu penat dan bersusah-payah demi kau.”

Sedih, marah, kecewa, tergamam semua pun ada. Jadi, disebabkan dia ibu saya, wajarkah saya diperlakukan sedemikian?

Ya, hak dan kedudukan ibu bapa lebih tinggi daripada anak, tapi itu bukan bermaksud mereka mempunyai hak untuk mendera dan mencaci. Ia bermakna ibubapa mempunyai tanggungjawab dan peranan yang besar dalam membesarkan anak yang dikurniakan kepada mereka.

Ibu saya pernah marah saya, “aku dah sediakan makan, baju dan tempat tinggal untuk kau berteduh, kau nak apa pagi dari aku yang buat kau mengada-ngada dan kurang ajar sangat ni?”

Ya, kesemua perkara yang ibu uturkan itu memang perlu untuk anak, tetapi anak ini masih seorang manusia yang kompleks dan mempunyai personaliti, kehidupan sendiri dan boleh berfikir bagi sendiri.

Saya tidak pernah pun minta untuk dilahirkan, dan seperti biasa jikalau aku berkata perkara tersebut ataupun kata-kata yang lain yang sama maksudnya, mulalah beliau “merajuk” dan mengamuk sehinggakan satu keluarga seperti atuk, nenek, mak cik pak cik, saudara saudari semua tahu.

Mereka pun mempunyai fikiran yang “ibu bapa ini suci dan tinggi hak daripada anak” jadi mereka teruslah sentiasa mengecam, mencela dan menyerang saya. Sungguh, saya berasa sangat tersisih dalam seluruh keluarga ini.

Dalam pada itu, ada si fulan ini cuba oppose saya dengan memberi artikel yang menceritakan pendapat seorang ustazah mengenai “apabila anak yang merajuk”.

Artikel itu mengatakan “anak-anak tiada hak untuk merajuk mahupun berdendam dengan ibu kerana pengorbanan mereka melahirkan kita ke dunia amat mulia di sisi Allah”.

Maaf saya berkata, saya tergelak kuat apabila membaca artikel itu. Wahai ustazah, alhamdulillah perwatakan ustazah sebagai seorang ibu telah membesarkan beberapa anak yang rapat dengan ibunya. Tetapi, itu adalah pendapat ustazah yang sangat tidak adil dan berfikiran sempit.

Ia seperti ustazah menafikan yang konsep ibubapa yang mendera anak itu tidak wujud. Tambah pula berkat yang anak tidak berhak merajuk. Haih, saya just nak berkata yang jikalau ingin berkata-kata sedemikian, fikirlah yang setiap manusia mengalami situasi yang berbeza.

Manusia beginilah yang dinamakan “enablers”. Individu-individu yang membolehkan narcissists ini terus hidup dengan sifat dan perangai sedemikian.

Pada pendapat saya, enablers sama sahaja teruk dengan narcissists. Mereka yang mengatakn perkara yang similar seperti ustazah tadi, memang lupa bahawa situasi bagi setiap manusia yang berbeza.

Ya, kamu mungkin ada seorang ibu yang penyayang dan baik hati, tetapi realitinya tidak sama seperti orang lain. Dan ya, bagi saya frasa “family is everything” itu tak apply langsung kepada saya.

Frasa itu kerap digunakan oleh ibu dan kakak apabila mereka kata yang saya ini “selalu berahsia dan lebih pentingkan kawan daripada keluarga sendiri”. Mana taknya, setiap kali saya meluahkan masalah kepada mereka, selalu kena tempias kepada saya balik.

Tidak pernah mereka menguturkan kata-kata sokongan, dan yang ubat untuk mental disorder saya pun beliau beli sebab “aku dah belikan ubat untuk penyakit gila kau tu jadi jangan nak mengada-ngada atau kurang ajar dekat aku lagi”.

Sungguh, saya sudah bertekad. Pada suatu hari di mana saya sudah boleh hidup berdikari, saya akan go “low contact” ataupun meminimalkan interaksi dan komunikasi saya dengan mereka. Lantaklah orang hendak kata “anak derhaka” ataupun “anak tak bersyukur” sekalipun.

Here’s hoping for a better hope and better life, me.

Terima kasih kerana sudi membaca kisah saya ini, dan maaf jikalau penggunaan bahasa saya agak teruk dan maaf jikalau saya menyinggung mana-mana pihak. Saya cuma berasa sangat sedih dan marah dan emosi lain pun bercampur-bauk ketika menulis confession ini.

Terima kasih lagi saya ucapkan kerana sudi mendengar kisah saya ini.

– Diego (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *