Assalamualaikum, selamat pagi. Jam sekarang 0152H dan saya masih belum tidur. Ada berbaki 3 jam sahaja sebelum mula bersiap untuk sahur.
Saya tak jumpa mukadimah yang menarik untuk penulisan saya, mungkin boleh dimulakan dengan simple introduction about myself. Saya seorang ibu anak satu, berusia 30an dan seorang yang suka pada skincare.
Maafkan andai penulisan saya ni akan bercampur bahasa sebab mungkin dengan cara itu, rasanya lebih santai. Confession saya ni has nothing to do with love, human relationship, marriage and things like that. Tapi saya nak kongsi my love-hate relationship with acne.
Ya, jerawat. Mungkin agak boring untuk certain people but it’s okay, I’m gonna share my journey in fighting with breakouts and seasonal acne.
Saya bukanlah seorang dermatologist, aesthetician, beauty guru atau yang seangkatan dengannya. Saya cuma seorang perempuan yang peka dengan perubahan kulit wajah dan sentiasa berusaha untuk merawat jerawat yang on off di kulit muka saya.
Jadi kalau ada term atau input yang saya share ni tak betul, tak tepat, salah dan sebagainya, feel free to correct me okay.
Saya terpanggil untuk berkongsi cerita pasal jerawat ni bila saya terima DM daripada 2 orang di Instagram saya. Baru sebentar dalam jam 2230H semalam, saya post gambar saya tanpa sebarang filter, menunjukkan kulit wajah saya.
To be honest, my skin tak flawless pun. Skin type saya oily and prone to acne. Dan skin saya masih ada parut parut jerawat gelap, atau mungkin ada yang biasa dengar dengan Post-Inflammatory Hyperpigmentation (PIH).
PIH adalah sejenis parut jerawat yang biasanya terjadi pada mereka yang berkulit gelap.
Jadi biasalah, being Malaysian kita ada beauty standard yang tertentu kan which is having fair skin, kulit glowing mowing berkilat, pipi pinkish kan. And I am far from that kind of beauty standard.
Melihatkan keadaan kulit saya yang tak cantik tu, then saya terima 2 DM. 1 DM dari seorang gadis muda, mungkin dalam umur 16-19 tahun. Dan 1 DM dari seorang jamu seller. Yes, jamu seller guys.
Gadis muda ni bagi suggestion pada saya, untuk cuba satu local product. No brand mentioned here tapi product tu adalah product that contained mercury, timbang kilo lah senang cerita.
So memandangkan saya memang dah lama aware pasal product ni, I just thanked her and said that, sorry I prefer drugstores product yang diyakini selamat.
As for the jamu seller tu, saya pun tolak baik baik offer dia. Sebab maaf, saya tak yakin dengan product yang harga cekik darah dan testimoni pun boleh edit guna apps sahaja. Maaf.
Jadi melihatkan dua keadaan tu, terus saya terfikir. Masyarakat kita masih kurang kesedaran tentang bahayanya product yang tidak lulus KKM, serta jamu yang entahlah apa ingredients pun saya tak tahu.
So guys, nak dapatkan kulit cantik dan sihat tu tak mudah. It’s a long journey and it’s a beautiful one. Dalam tempoh 3 tahun kebelakang, kulit saya memang mula naik jerawat on off.
Lepas lahirkan anak, saya noticed yang saya mula bersahabat dengan jerawat. Perubahan hormon mungkin. Jadi since that, saya mula berjinak jinak dengan skincare yang selamat dan mampu milik, of course, drugstores skincare.
Macam mana kita nak berjinak jinak dengan skincare products? Main pakai je ke? Apa basic skincare? Jadi dekat sini, saya nak share secara ringkas tentang asas penjagaan kulit wajah kita.
1. Know your skin type.
Mula mula sekali, kena tahu jenis kulit kita. Macam mana nak tahu? The best is pergi scan kulit dekat mana mana spa atau klinik kulit.
Nak yang murah, boleh pergi kat Aeon Wellness. Mereka ada provide service scan kulit dengan harga murah. Tapi setahu saya, certain branch sahaja mungkin.
2. Kenali skincare ingredients dan peranan mereka.
Kita kena tahu kulit kita boleh tolerate dengan ingredients apa. Macam mana nak tahu ingredients yang sesuai dengan kulit? Once kita dah tahu jenis kulit, kita boleh study ingredients yang sesuai.
Sebagai contoh; kulit berminyak. Bila kulit berminyak, kita kena cari produk yang ada ingredients yang boleh mengawal minyak. Bila minyak di kulit terkawal, pori kita tak akan tersumbat dengan excess oil yang seterusnya boleh menyebabkan jerawat.
Antara ingredient yang mampu mengawal minyak adalah Tea Tree Oil, Niacinamide dan Salicylic Acid (ada banyak lagi ingredients lain, boleh google). Jadi, macam mana kita nak tahu mana satu ingredient yang betul betul sesuai dengan skin kita? Di sini lah trial and error process berlaku.
3. Trial and error.
Trial and error ni sebenarnya macam eksperimen. Kita beli produk yang bersesuaian dengan jenis kulit tapi betul ke produk ni tak akan bagi negative effect pada kulit kita?
Note that kulit kita tak semua sama ye. Elok untuk kawan kita, tak semestinya elok untuk kita. Kitakan diciptakan dengan kepelbagaian. Bila beli sesuatu produk, penting untuk kita perhatikan kesan pada kulit kita.
Kalau kita pakai produk tu dan tak ada naik jerawat yang berterusan ke, should be produk tu sesuai dengan kita. Kalau kita pakai, tapi makin naik jerawat, kulit rasa pedih dan sebagainya, it’s a sign that produk tu may not suitable untuk kita.
4. Gunakan sunscreen/sunblock.
Yang ini penting. Jangan culas. Pakai sunscreen secara konsisten dapat membantu mengurangkan risiko penuaan yang cepat dan juga risiko kanser kulit. Nampak macam remeh tapi sunscreen sangat penting dan you will thank to it later bila dan berusia nanti.
5. Cleanser – toner – moisturizer – sunscreen.
Ini adalah asas untuk rutin yang lengkap. Mulakan dengan yang paling asas. In shaa Allah kulit akan beransur baik. Apa yang penting, cari product yang selamat.
Nak selamat belilah di drugstores. Harga berpatutan dan tak perlu risau akan kandungan products yang dijual. oh ye, kalau ada jerawat aktif, jangan lupa pakai ubat jerawat sebagai spot treatment.
6. Banyakkan membaca dan bertanya.
Do more reading, research, review on skincare products. Kena rajin, kena faham barulah mudah nak rawat masalah kulit. Kalau tak faham, boleh bertanya. Boleh join group di FB yang banyak menceritakan perihal masalah kulit dan sebagainya. Ilmu dihujung jari sekarang ni.
Ada banyak lagi tapi cukup sampai sini sahaja saya rasa. Untuk yang seangkatan dengan saya, those who are struggling with acne/ acne scars, know that you are not alone. Jerawat ni part of our life. Embrace it but at the same time, jangan lupa untuk treat them.
Selain skincare, makan pun kena jaga. Saya kurang jaga makan sebab oh no, makan adalah satu nikmat. So no wonder lah kan kulit lambat baik. Hehe..
Tapi tak apa, I love how I look now. Better than before. Kita semua cantik, cantik itu subjektif. Bukan hanya pada fizikal, tapi pada diri kita sendiri. Kalau kita yakin, automatik kita akan nampak beautiful.
Love yourself, acne are just some skin condition yang boleh dirawat. So, never give up and keep on fighting against them. Thanks for reading, salam Ramadhan, salam PKP, kita jaga kita…
– Mrs.D (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit