Assalamualaikum semua. Sebelum ni saya silent reader tegar confession kat sini. Dah lama follow page ni. Dan baru2 ni tertarik dengan perkongsian seorang gadis yang mencari taaruf sendiri demi mencari jodoh.
Saya ingin berkongsi kisah hidup yang mungkin boleh memberi manfaat dan pengajaran buat kita semua. Tak semua yang kita inginkan Allah akan beri. Tapi Allah akan beri apa yang kita perlu. Saya Sheena (bukan nama sebenar).. berasal & membesar dari bandar metropolitan.
Saya mula kenal apa itu cinta hanya selepas saya melanjutkan pelajaran di IPTA.. orang2 muda panggil couple. Saya & M asalnya hanya kawan atas kawan.. tapi bila dah selalu jumpa & lepak kita jadi rapat.
Student bercinta biasa la kan.. takde yang menarik pon ingin dikongsi sebab hari2 rutin yang sama. Keluar dinner sama atau weekend keluar outing jalan2 mall.
Hubungan berlanjutan mula dari saya tahun ke-2 di IPTA iaitu pada 2002 hingga saya habis belajar 2004. Tapi M belum tamat pengajian sebab kena repeat beberapa subjek. Budak2 engineering kebiasaannya macam tu sebab tak dapat nak carry banyak subjek 1 sem.
Walaupon kami dah tak sama2 belajar tapi weekend mesti habiskan masa bersama. Keluarga saya pon kenal rapat dengan M dan kita dah macam keluarga. Saya pernah kerumah keluarganya sekali tapi saya tidak begitu disenangi ibunya. Masa tu takde fikir ke arah lebih serius lagi.
Semuanya berjalan lancar hingga tahun 2005 M makin menjauh & akhirnya meminta kami putuskan hubungan tanpa alasan kukuh. Kami tak pernah bergaduh besar. Kawan2 semua gelar kami loving couple & ramai yang terkejut hubungan kami berakhir macam tu je.
Tak lama lepas tu saya dapat tau dari kawan baik M yang juga kawan baik saya (Al-Fatihah untuk sahabat saya ni yang telah kembali kerahmatullah tak lama lepas kami habis belajar).
M terpaksa lepaskan saya sebab mak dia tak dapat terima saya. Dia sudah meminta emaknya masuk meminang saya sebanyak 3 kali tapi jawapan tetap hampa dengan alasan kami berlainan negeri.
Bak kata pepatah “nak dibuang mati emak, nak diluah mati bapak”. Mungkin 1st impression mak dia pada saya tak begitu baik sebab saya freehair & rambut berwarna. Entahlah saya anggap kami tiada jodoh.
Sedih memang sedih sebab kami dah berkawan lama. Penghujung 2005 kami putus. Dalam masa nak move on, awal 2006 ayah saya meninggal dunia (Al-Fatihah buat arwah ayah saya).
Ya Allah gelap rasanya dunia. Tempat bergantung pergi buat selamanya. Saya masih ada adik bongsu yang masih bersekolah. Mujur saya & adik kedua dah kerja masa tu dapat la kami menanggung pembelajaran adik.
Hidup lebih susah sebab sebelum ayah meninggal kami sekeluarga hanya menumpang di rumah atok sebelah ayah (Al-Fatihah jugak untuk atok saya yang juga telah kembali kerahmatullah tahun 2016).
Atas nasihat keluarga sebelah mak, mereka minta kami berpindah sebab atok hanya mertua tinggal & nenek saya juga telah lama meninggal dunia (Al-Fatihah untuk nenek tersayang).
Bermula la kami sekeluarga struggle untuk hidup sendiri & segalanya dilakukan sendiri. Alhamdulillah perasaan sedih putus cinta tak lama sebab bagi saya takde apa yang lebih menyedihkan dari kehilangan ayah tersayang.
Kami sekeluarga menyewa rumah bersama kawan baik saya dan dalam masa yang sama kawan ibu saya membantu kami mendapatkan rumah perumahan rakyat.
Semua yang dirancang berjalan lancar.. Alhamdulillah rezeki kami. Julai 2006 kami pindah rumah sendiri dan hidup berjalan seperti biasa. Saya juga sudah kerja tetap & adik bongsu pon cuma tinggal setahun untuk habiskan persekolahan.
Saya lebih fokuskan famili dan tiada masa fikir soal jodoh. M juga telah selamat mendirikan rumahtangga atas pilihan keluarganya (Al-Fatihah juga untuk M yang telah kembali kerahmatullah pada tahun 2017).
Hingga tahun 2008 saya berkenalan dengan seorang lelaki..saya namakan dia T. Kenal atas kenal juga. Tuptup.. kawan baik saya bagi tau yang T berkenan dengan saya.
Saya mula belajar buka hati saya untuk orang lain & tak lama selepas itu T nyatakan hasrat untuk ikat hubungan kami dengan ikatan pertunangan. Semuanya terlalu cepat berlaku & segalanya berjalan lancar.
Kami rancang untuk mengakhiri zaman bujang pada akhir 2009. Saya jenis orang yang tak suka buat kerja last minute. Jadi semua persediaan saya telah lakukan awal untuk side saya. Saya dah beli semua barang hantaran. Saya juga buat sendiri goodies & telah siapkan 1000pcs.
Hampir penghujung tahun 2009 belum ada apa2 khabar dari pihak lelaki. T pon takde cakap apa2 mengenai persediaan. Makcik2 saya semua dah bising sebab pihak kami telah lama bersedia.
T macam main tarik tali & dia juga telah beberapa kali kantoi dengan saya ada perempuan lain. Saya masih maafkan dia atas dasar keluarga yang dah terjalin.
Menjelang raya tahun 2010.. terbongkar la semua kecurangan dia & kali ni bukan sahaja kantoi biasa2 malah saya dapat tau dia bersekedudukan dengan perempuan lain. Saya dah tak boleh maafkan dia kali ni. Kata perempuan tu dia juga ditipu oleh T & kami berpakat untuk game dia balik.
Perempuan tu minta saya datang sendiri kerumahnya & tengok sendiri T yang tinggal bersama dia. Saya dah nekad untuk putus tapi saya perlu sokongan keluarga sebagai bukti kukuh. Saya bawa ibu sekali bersama adik & kawan2 saya.
Dan memang T ada disana, sedang makan & tidak berbaju. Saya nekad pada malam tu untuk putuskan pertunangan kami.
Tak lama lepas tu mak T call saya tanya apa yang jadi sebenarnya? Mungkin T mengadu pada emaknya. Saya diam & tak lama lepas tu mak T sampai dirumah saya pukul 2 pagi ye.
Saya ceritakan semua yang terjadi & mak T terkejut. Mak T minta saya maafkan dia atas dasar keluarga tapi saya dah nekad untuk putuskan pertunangan kami.
Seminggu lepas kejadian keluarga saya pergi kerumah mak T untuk putuskan pertunangan cara baik. Dengan berat hati mak T setuju & itu kali terakhir saya berhubung dengan mak T & T.
Cerita tak habis sampai situ. Semua ahli keluarganya salahkan saya putuskan pertunangan. Saya dimaki & dituduh macam2. Mungkin mak T tak ceritakan hal yang sebenarnya pada keluarga mereka. Malu agaknye.
Saya ambil langkah hanya berdiam diri. Tak menjawab segala message atau call dari pihak sana. Macam2 drama lagi berlaku..saya pon malas nak ungkit semuanya. Macam drama tv kan? Hehehe..
Barang hantaran saya & semua goodies saya, saya hadiahkan pada adik kedua saya yang bertemu jodoh pada akhir tahun 2010. Saya dah tak nak ingat apa2 pon pasal T. Sebut nama pon dah berbulu..haha.
Live goes on. Saya bz kan diri travel dengan kawan office saya. Kami kerap ke pulau. Pergi camping di Taman Negara. Saya mula cintakan laut & sampai sekarang setiap tahun saya akan ke pulau untuk bercuti.
Lelaki? Ramai yang datang tapi no lah. Saya lebih enjoy bz dengan kerja & travel. Kawan memang ramai sebab saya bekerja dalam bidang yang saya perlu berurusan dengan ramai orang.
Kena desak dengan keluarga pasal jodoh memang perkara biasa. Lagi2 adik saya sudah berkahwin. Semua pakcik & makcik risaukan saya yang takde tanda2 ingin mencari jodoh.
Mereka fikir saya serik dengan pengalaman lalu. Sampai satu tahap saya pernah cakap pada mak saya yang saya akan lari dari rumah kalau mak saya paksa saya kahwin dengan sape2.
Ramai jugak yang berkenan dengan saya & berhasrat nak jadikan saya menantu. Tapi berkahwin takde dalam kamus hidup saya masa tu. Enjoy single life..hehe.
Kita hanya merancang kan? Dia Maha Berkuasa yang tentukan. Pada Mac 2011 saya berkenalan dengan S. Macam biasa la kawan atas kawan. Mula2 kawan lepak lama2 dating pulak, hehehe.
Saya sangat selesa dengan S. Bagi saya kesempurnaan bukan yang saya cari dalam jodoh. Saya lebih pentingkan keserasian atau bak kata orang “sekepala”.
S kelakar orangnya. Tu ciri utama yang perlu ada pada semua lelaki kalau korang nak jadikan suami. Sense of humor gittew. Kami bertukar kisah hidup. Kebetulan S pon baru lepas putus cinta yang terjalin selama 3 tahun.
Bermula dari gurauan S ajak saya kahwin. Katanya “kawan lama2 pon tak jadi apa2”.. hehe. Saya yang agak gila2 orangnya.. mungkin sebab tu saya disenangi ramai. Dan saya bukan jenis cover cun.
Saya lebih suka tonjolkan diri saya yang sebenar dari berpura-pura suci untuk dapatkan perhatian orang lain.
Saya bersetuju tapi dengan syarat saya nak jumpa mak S terlebih dahulu. Kalau mak S setuju.. kami teruskan. Kalau mak S tak bersetuju.. kami hanya teruskan sebagai kawan. S yakin mak dia akan setuju.
Takde apa yang saya risaukan sebab saya dah lalui macam2 dugaan dalam hidup. Yang sampai sekarang saya pegang “takde apa yang lebih menyedihkan saya dari kehilangan ayah tersayang”.
S bawa saya berjumpa maknya. Mak S dan keluarganya menerima saya seikhlas hati. Saya masih freehair dan rambut berkarat.. hehe.
Alhamdulillah 1st step berjalan lancar. Mak S sampai call mak saya tanya betul ke anak kita ni nak kahwin? Mak saya hanya tertawa, betul la agaknya tu. Kalau dah jodoh mereka mak saya terima sedanya S.
Bulan Mei 2011 kami bertunang. Berkenalan Mac, Mei bertunang & kami selamat bergelar suami isteri pada Julai tahun yang sama. Alhamdulillah perkahwinan kami hampir menjangkau usia 10 tahun.
Betapa besarnya kasih sayang Allah pada kita. Saya pernah dengar “setiap kali kita kehilangan seseorang, Allah akan gantikan dengan orang yang lebih baik”.
Kat sini saya nak share, don’t rush into marriage. Kita just enjoy life kita dengan keluarga, kawan2 & semua yang kita sayang. Bila sampai masanya jodoh kita tiba.. kita akan ditemukan dengan orang yang tepat. Semua tu rahsia Allah.
Perkahwinan saya juga diuji apabila saya disahkan doktor tidak boleh mengandung secara natural kerana rerambut kedua-dua rahim saya totally rosak.
Saya bersyukur dapat suami yang penyabar & supportive, keluarga mertua yang tak mendesak untuk dapatkan cucu & keluarga saya yang sentiasa ada dibelakang saya saat susah senang saya.
Setelah beberapa tahun berusaha, kami hanya dikurniakan rezeki anak angkat yang sekarang dah berusia 4 tahun.
Syukur Ya Allah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan pada kami. Syukur atas segala ujian yang telah mematangkan saya. Syukur atas kehidupan yang hampir sempurna hingga hari ini.
S mungkin tak sesempurna orang lain tapi kami terima kekurangan masing2 untuk melengkapi sesama sendiri. Kami juga masih belajar untuk jadi Muslim sejati. Doakan kami istiqomah.
Untuk semua pembaca, doakan jodoh kami hingga ke Jannah & doakan kami bahagia hingga akhir hayat kami.
Bahagia tidak murah harganya. Setelah semua yang pernah saya lalui.. kehilangan orang2 yang saya sayang, akhirnya saya mendapat bahagia yang saya pernah impikan. There’s always light at the end of the tunnel.
Salam sayang untuk semua warga IIUMC. Moga apa yang kita hajati kita dapat capai suatu hari nanti dengan izinNya. Aamiin.
– Sheena (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit