Hikmah PKP

Terima kasih admin kalau luahan ini dapat disiarkan. Aku nak share sikit pengalaman dan hikmah yang aku nampak dalam PKP nie. Aku rasa ada perubahan kecil yang memberi impak besar dalam keluarga aku.

Ayah aku jadi lebih bertanggungjawab dalam tempoh PKP.

Untuk pengetahuan korang, ayah aku kerja biasa biasa je, mak aku pulak yang lebih berkerjaya. Tapi dari segi kasih sayang dan masa yang ayah aku bagi, memang aku puas hati sebab ayah aku akan ambik hantar aku sejak dari sekolah sampai aku masuk universiti.

Mak aku pulak selalu sibuk dan tak banyak masa nak luangkan bersama. Tapi mak aku akan gunakan masa dia semaksimum yang mungkin. Start je balik kerja sampai tengah malam memang dia akan luangkan masa sepenuhnya untuk kitorang.

Tapi bila aku dah besar baru aku perasan yang ayah aku banyak sangat masa terluang tapi tak pernah pon nak tolong mak aku.

Sedangkan mak aku ada masa yang terhad tapi semua benda dia kene buat. Dari masak makanan (sarapan, tengah hari, malam), basuh pinggan, basuh baju, lipat baju sampai tidurkan adik-adik aku.

Aku kadang kadang kesian jugak kat mak aku sebab semua benda dia kena buat. Geram je tengok bila mak penat penat buat kerja, ayah relax je tengok tv dan hisap rokok.

Dalam musim PKP nie, Aku rasa bersyukur sangat apabila Perdana Menteri umum yang hanya ketua keluarga sahaja boleh beli barang.

Mungkin lain orang lain reaksi bila terima arahan macam tu. Aku excited sebab selama nie yang beli barang rumah memang mak aku sorang je buat.

Kadang kadang ada jugak dia tolong drivekan mak aku pergi supermarket, tolong parkingkan kereta tapi bila sampai dekat kaunter bayaran je mesti ayah aku hilang. Lepas bayar je tiba tiba muncul lah ayah aku balik. Tips nak elak kene bayar lah tu.

Pertama kali dalam hidup, ayah aku pergi beli barang dapur bersendirian tanpa ada orang yang temankan. Baru dia sedar yang sebenarnya susah nak beli barang sendiri dan penat.

Alhamdulillah sampai sekarang, ayah aku berjinak jinak dah nak tolong mak aku beli barang. Nampak simple je beli barang dapur tapi penuh makna bagi aku.

Next, aku bersyukur yang ayah aku mampu menjadi imam untuk keluarga kecil kami. Kalau sebelum nie, memang tak pernah solat Jemaah bersama pon. Tapi yang nie puas jugak pujuk dan merayu supaya jadi imam.

Tips dia Janganlah complain kalau bacaan yang dibaca cumalah 4kul. Bayangkan solat isyak (4 rakaat), solat terawih (8 rakaat) dan solat witir (3 rakaat) diulang ulang 4 kul.

Cuma berfikiran positif je, barangsiapa yang membaca 3 kali surah al-ikhlas ibarat telah khatam alquran. Itu pun sebenarnya adalah pencapaian terbesar untuk seorang ayah.

Satu lagi amalan yang baru dalam tempoh PKP nie, kami sekeluarga tengah praktis baca surah al Mulk selepas solat Isyak.  Sebenarnya tak lah lama sangat nak baca surah nie, lebih kurang 10 minit je.

Waktu first kene baca tu, masih gagap lagi dan sambil buka youtube untuk ikut bacaan. Alhamdulillah sekarang dah lancar sikit tapi masih memerlukan bantuan youtube nak ikut bacaan yang sebenar, takut tersalah baca.

Disebalik kesukaran PKP, harap kita dapat melihat hikmah disebaliknya walaupun hanyalah sedikit perubahan yang berlaku. Dalam pada masa yang masa, waktu ini jugalah untuk merapatkan hubungan dengan keluarga.

Terima kasih.

– Han (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *