Dunia Glamor

Untuk baca confession sebelumnya : (https://iiumc.com/bahagia-itu-tidak-murah-harganya/)

Assalamualaikum semua. Thanks admin IIUMC sudi kongsi pengalaman saya yang lepas dengan pembaca. Thanks jugak untuk komen2 yang positif.. love sangat.

Untuk yang tanya rambut saya masih karat ke? Hehehe jawapannya tidak. Saya dah menutup aurat setahun lepas mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah.

Hai untuk pembaca yang baru.. saya Sheena (bukan nama sebenar). Kali ni saya nak kongsi pengalaman saya kerja di dalam dunia glamor lebih dari 10 tahun. Tapi saya bukan artis tau.. hanya di belakang tabir hehe.

Saya berkenalan dengan suami pon ketika sama-sama terlibat dalam satu event. Suami juga bekerja di belakang tabir dalam bidang teknikal. Saya pula lebih khusus dalam bidang event & management.

Kami banyak terlibat dalam award night, live konsert, recording tv & event-event. Sesekali dapat jugak bekerjasama tapi jarang la.

Tak ramai yang tahu pekerjaan kami..tak penting pon orang nak tahu hehe. Saya lebih suka life yang simple & kawan-kawan terima saya seadanya.

Jadi saya tak ramai kawan yang rapat. Yang rapat semua jenis tak heran dengan kerja saya yang sentiasa dikelilingi selebriti glamor. No friends with benefit ya sebab kita hormat kerjaya masing-masing. Peace!

Dengan siapa saya dah pernah bekerjasama? Hampir 80% artis di Malaysia ni saya dah bertemu secara face to face. Kalau artis Indonesia saya dah bertemu Rossa, Samsons, Radja, Peterpan, Dewa 19, Krisdayanti & ramai lagi.

Dan antara artis Bollywood yang saya pernah jumpa ; Salman Khan, Arjun Rampal & beberapa nama yang saya tidak familiar. Dua tu je saya kenal.. hehe.

Saya jugak berpeluang menemui VIP-VIP atas urusan kerja termasuk PM ke 4, 6 & 7.. hehehe. Cama masih belum berpeluang berjumpa artis Korea.. haha.

Permulaan saya terlibat secara langsung dalam bidang event management ni bermula dari internship tahun akhir pengajian di salah satu event company yang agak terkenal dalam penganjuran anugerah berprestij di Malaysia pada tahun 2004.

Saya berpeluang bekerja dalam 2 anugerah besar di Malaysia waktu itu. Berpeluang bekerja dengan wartawan-wartawan hiburan akhbar & menyediakan segala bahan untuk promosi anugerah & memastikan semua story ada dalam dada2 akhbar & majalah sepanjang tempoh promosi.

Antaranya termasuk menyediakan tempat fotografi, tema fotografi & artis yang terlibat. Saya & kawan baik saya.. saya namakan dia H (H ni kawan baik saya since tahun pertama di IPTA & kami masih berkawan baik hingga sekarang).

Kami berdua ditugaskan untuk mengendalikan media. Waktu itu surat khabar antara medium yang penting dalam menyiarkan berita-berita semasa & hiburan. Kami berurusan dengan pihak media juga melalui telefon office & faks. Oldskool kan? Hehe.

Saya juga berpeluang membuat promosi secara langsung atau dalam bahasa kami roadtour / roadshow. 1st time dapat ke Sabah & Sarawak membawa finalis-finalis anugerah membuat promosi & persembahan di beberapa negeri.

Agak culture shock juga sebab kita hanya budak praktikal tapi kena berurusan dengan orang-orang penting secara langsung. Tiada masa untuk belajar..pandai-pandai sendiri la.

Mentor kami hanya memberi bahan & arahan apa yang perlu dilakukan. Selebihnya lu pk la sendiri yang penting kerja siap. Pergerakan juga terbatas sebab saya tiada kenderaan sendiri.. hanya menggunakan pengangkutan awam.

Kenangan yang saya tak dapat lupakan apabila saya & kawan baik yang menguruskan media terpaksa menaiki bas, putra lrt & star lrt untuk ke Utusan Malaysia bagi menjalankan sessi fotografi finalis anugerah.

Kebetulan hujan lebat & kami sampai di Utusan dalam keadaan basah lencun. The struggle is real. Tapi kenangan tu saya akan ingat sampai bila-bila.

Dalam masa sama kami juga sibuk menyiapkan report untuk lecturer. Kami juga berpeluang bawa beberapa artis datang ke booth kami bagi final project internship. Havoc jugak la masa tu.

Hidup agak kelam kabut sebab dalam bidang event ni semua benda kena cepat. Kalau ada masalah kena berfikir & bertindan dengan cepat. Sambil tu kena balancekan dengan report lagi. Akhirnya internship selesai, final project & report pon beres.

Sementara menunggu masa konvokesyen, saya & H dapat peluang menyertai konsert artis no. 1 negara sebagai artis coordinator. Mentor kami recommend nama kami sebab prestasi kami yang agak cemerlang semasa menjalankan tugas internship. Cewahhh.

Kami ditugaskan menjaga timing & segala kebajikan backup vocal & semua musician yang terlibat sepanjang konsert berjalan. Kami on road selama lebih kurang 2 bulan pusing 1 Malaysia. Another sweet moments yang saya akan ingat sampai bila-bila.

Habis pusing Semenanjung Malaysia.. kami break sekejap untuk majlis konvokesyen kami. Dan selepas tu kami berpeluang ke Sabah & Sarawak lagi.

Selesai konsert tour tersebut saya diterima kerja tetap pada penghujung 2004 tapi kali ni dalam collection royalty. Ditugaskan menjaga data ahli.

Dalam masa sama saya masih aktif sebagai event coordinator kerana office based dalam tempat yang sama saya jalani praktikal. Bawah satu bumbung la sebab tu masih boleh buat part time event & boss ok je.

TQ ex-boss saya yang sempoi habis.. Mr. J. Saya kerja dengan Mr. J hingga tahun 2012.. company terpaksa shut down kerana campur tangan banyak pihak. Taik politik wujud dimana-mana ya. Sigh!

Hingga sekarang saya masih terlibat dengan live event & promosi. Cuma dah slow down sikit lepas dapat anak 4 tahun lepas. Lebih 15 tahun berkecimpung dalam dunia glamor. Artis datang & pergi tapi saya & H masih sama macam dulu.

Ada juga sesetengah artis yang kami kenal rapat cuma kami dah biasa di trained oleh sifu masa internship dulu “work is work, jaga gap dengan artis & jangan terlalu rapat”.

Saya apply tu sampai sekarang.. mungkin sebab tu saya bertahan lama dalam bidang ni & tak sama hanyut dalam dunia glamor.

Bergambar dengan artis tu boleh kira je berapa kali. Sampai ada yang kecil hati sebab tak nak bergambar dengan mereka masa tengah bekerja. Kita bekerja sama macam orang lain cuma client kita mereka-mereka yang glamor & terkenal.

Terlalu banyak pengalaman pahit & manis yang ingin saya kongsi. Nanti la ada masa saya kongsi lagi ye. Kalau share semua 1 page ni muntah orang baca nanti. Hehehe.

Terima kasih kalau sudi siarkan cerita saya. Till then, yang dicari redha Allah bukan redha manusia. Babai.. assalamualaikum.

– Sheena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *