Hai warga IIUM Confession, firstly thanks to admin sebab publish article aku. Tujuan aku tulis article ni bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Sekadar luahan perasaan yang menghantui diri aku.
Nama aku Mawar (bukan nama sebenar), aku berusia pertengahan 20-an, wanita bekerjaya status kontrak di sebuah syarikat GLC di lembang klang.
Pendapatan aku setiap bulan sangat cukup untuk menyara diri aku seorang di ibu kota dan berbaki banyak apabila ditolak dengan peruntukan elaun ibu bapa aku di kampung.
Long story make it short, aku baru melangsungkan akad nikah awal PKP lalu. Semua kenduri terpaksa aku postponed gara-gara covid 19. Kisah aku sedikit sebanyak berkait jugak dengan covid.
Masa PM announced yang PKP bakal dilaksanakan seluruh keluarga aku gempak. Abah aku susah hati sebab persiapan telah dibuat memandangkan lagi 3 hari dari tarikh PKP akad dan majlis bakal berlangsung.
Setelah berbincang dengan kadi, kami sepakat adakan akad nikah dengan serba ringkas.
Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum aku menikah bakal suami aku tiba-tiba maklumkan pada aku bahawa kami akan tinggal di rumah ibu bapanya setelah kami berkahwin.
Aku agak terkilan sebab sejak awal percintaan lagi dah aku maklumkan pada dia yang aku tidak bersetuju jika kami perlu hidup sebumbung dengan parents baik parents aku mahupun parents dia.
Aku agak terkejut dengan apa yang dikhabarkan pada aku sedangkan kami telah bersepakat soal ini.
Fyi, bakal suami aku datang dari family yang agak senang. Di daerah seri kembangan sahaja ada berbijik rumah.
Pada aku tiada salah kalau kami duduk di salah sebuah rumah sementara kami kumpul duit untuk beli rumah sendiri. Soal bulanan, aku akan pastikan bakal suami bayar amount yang sepatutnya kepada keluarga dia kerana telah ehsan beri kami tempat berteduh.
Konflik bermula setelah aku halal menjadi isterinya. Dia yang awal berjanji untuk sediakan kediaman privacy untuk kami akhirnya mengheret aku tinggal bersama ibu bapanya. Rumah yang asalnya untuk kami tinggal, disewakan.
Aku kecewa kerana dia mungkiri janji dia, dia seolah-olah sengaja menidakkan hak aku. Berkali-kali aku memujuknya untuk menyewa di rumah lain sebab aku percaya pendapatan kami mencukupi untuk itu.
Alasan yang dia beri “nak kumpul duit untuk beli rumah sendiri”, setiap kali berbincang dia akan meninggikan suara dan mula gunakan kuasa vetonya.
Suami merupakan anak bongsu keluarga, dia anak mak walaupun dia tidak mengakuinya. Aku menjadi tidak selesa apabila kami tinggal bersama ibu bapa kerana semua perihal rumah tangga seolah-olah di atur keluarga mertua.
Bab aurat juga menjadi isu sayangnya suami rela melihat aku bertudung 24 jam tanpa fikirkan keselesaan aku. Belum cerita bab lain-lain lagi.
Aku yakin pembaca yang sudah berkahwin pasti faham bagaimana payahnya seorang perempuan hidup bersama keluarga mertua.
Pada aku perkahwinan ialah tentang tolenrasi dan saling memahami tetapi sejak aku berkahwin aku dapat rasakan bibit-bibit selfish dalam diri suami. Lebih menyedihkan bila aku ajak berbincang, dia akan mula protest dan tidur berasingan.
Aku dapatkan rasakan yang keluarga mertua belum sedia untuk melepaskan anak lelaki mereka.
Persoalan pada aku sekarang, mengapa nikahkan kami sedangkan mereka masih mahu mengatur serba serbi?
Ini bukan rungutan, sekadar mahu minta pandangan. Dalam keadaan aku tidak rela, adakah aku perlu terus memujuk suami atau biar sahaja rumah tangga diatur pihak ketiga?
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit