Aku ada terbaca kisah adik ni tentang ayah dia yang abusive. Cerita dia boleh baca sini, (https://iiumc.com/abusive-narcissistic-father/).
Entah kenapa lepas baca kisah adik ni, aku rasa nak menulis cerita aku dekat sini. Mungkin sebab kisah kita mirip. Diuji dengan ayah yang garang, panas baran dan ego tinggi melangit.
Bila kita diuji dengan ayah yang begitu, maka jalan cerita memang lebih kurang sama. Pantang tersalah kata, tersalah perbuatan, kaki tangan memang akan hinggap atas muka dan badan. Bab mulut tak payah cerita, bahasa kesat dan makian saja yang meniti di bibir.
Aku dan adik beradik semua pernah merasa kena balun. Lelaki ke, perempuan ke, sama je. Yang paling aku ingat sekali masa darjah 5 kena pukul dengan tali pinggang sampai berbirat atas belakang sebab tak dapat jawab soalan “dalam sebulan ada berapa minggu”.
Itu baru sikit. Kalau nak cerita yang lain, banyak sangat. Bulan depan pun tak habis. Memang betul la kena pukul sebab ada buat salah. Cuma pada aku, level kena pukul tu ekstrem sangat tak kena dengan kesalahan yang kami buat.
Kena pijak muka dan badan, ludah atas muka, kena terajang atas belakang, tarik rambut pastu tampar berkali kali, penampar sampai lebam pipi tu kira mainan jela. Kiranya kami akan kena pukul sampai tahap ayah aku betul betul puas.
Membesar dalam suasana yang begitu, boleh teka la kan macam mana dengan perangai kami? Ya. Kami semua panas baran. Abang abang aku semua pernah merasa masuk lokap sebab bergaduh. Kena buang sekolah, kena gantung sekolah sebab pukul orang.
Dengan adik beradik pun sama naik. Pantang tak puas hati, bertumbuk la. Aku sampai tahap muak tengok orang bergaduh. Aku yang perempuan ni pun kena pukul kalau bergaduh dengan diorang.
Aku pulak sebagai seorang perempuan yang lemah, aku membesar sebagai seorang yang kuat memendam perasaan dan pendendam. Yela, kalau kau suarakan rasa tak puas hati bila bergaduh, memang dapat sakit la endingnya.
Dan aku pulak, akan pukul adik aku bila kitorang bergaduh. Setiap kali lepas pukul dia, aku menyesal. Aku tak boleh kawal marah. Kita cuma akan pukul orang, bila kita rasa kita lagi berkuasa dari dia.
Kami semua abusive. Lebih lebih lagi waktu muda belia. Aku benci! Aku benci perangai baran ayah aku sekaligus aku benci perangai aku. Kenapa? Sebab aku pun baran macam dia.
Aku tak boleh ada dalam situasi yang tegang, tengok orang sekeliling bergaduh. Walaupun aku tak kena mengena dengan hal tu tapi aku rasa macam kepala aku nak pecah. Rasa nak menjerit. Jadi aku akan pergi dari situ cepat cepat.
Aku dan adik beradik rapat dengan mak dan tak rapat dengan ayah. Mana nak rapat kalau salah sikit asyik kena pukul.
Mak aku tak pernah campur kalau kami kena pukul, sebab nanti lagi teruk kami kena. Orang baran ni kalau waktu diorang marah, jangan la kau kacau. Nak nasihat bagai. Memang menempah maut la ceritanya.
Akibat lali kena pukul, aku sampai tahap dah tak menangis bila ayah aku pukul aku. Entah. Kering air mata ni. Bila aku tak menangis, lagi teruk kena. Mungkin sebab nampak macam memberontak.
Bila mak aku masuk bilik untuk sapu ubat dekat luka badan , dia siap merayu suruh aku menangis bila kena pukul. Aku bukan saja tahan air mata. Air mata tak nak keluar. Aku pun tak tahu kenapa.
Kami adik beradik jadi manusia yang elok pun sebab didikan mak. Setakat ni belum ada yang masuk kategori anak derhaka walaupun selalu kena belasah. Dengan mak la kami meluah rasa. Aku rasa, kalau bapak aku je yang jaga kitorang, memang kitorang akan jadi sampah masyarakat la.
Adik beradik aku ni bijak orangnya. Abang2 aku semua masuk sekolah asrama penuh. Tapi macam aku cakap la, kena buang sebab pukul orang. Sebab selalu kena maki ngan ayah aku la kot. Kata kata kan satu doa. Kejayaan pun payah nak lekat dekat anak sebab selalu kena doa yang bukan bukan.
Mak aku ni seorang ibu yang lemah lembut, isteri mithali. Mak aku pun hari hari menjeruk rasa. Tapi sebab dia percaya yang isteri yang taat balasannya syurga maka dia sabar dengan ujian Allah ni.
Kenapa la nasib orang yang baik, lemah lembut selalu dapat suami yang baran, tak reti hargai isteri. (Minta maaf sebab aku macam pertikai kerja Tuhan). Pada aku, mak aku deserve better.
Dulu masa sekolah menengah, aku harap yang mak aku bercerai dengan ayah aku. Hehe. Jahat kan impian aku. Tapi Allah Maha Mengetahui. Dan itu ujian kami. Aku nak jadi anak yang solehah, berjaya sebab nak balas jasa mak aku. Nak buat mende tak elok pun, ingat mak. Takut mak aku kecewa.
Bila masuk umur 18 tahun, aku mula belajar hidup sendiri. Sambung belajar jauh dari keluarga. Perasaaan tu, humppp seronok! Aku bebas! Bebas dari mengadap orang orang yang baran. Aku cuma akan balik bila cuti sem.
Habis degree pun aku terus kerja. Jadinya aku jarang balik rumah. Balik bila ada cuti je. Start dari duduk jauh, hubungan aku dengan ayah pulih la sikit. Ayah pun dah makin berusia.
Dia pun pernah cakap yang nanti dia tua, anak anak semua tak nak jaga sebab benci dia. Dia kata yang dia dulu pun selalu kena pukul dengan atuk aku.
Aku anggap ada ayah yang baran adalah ujian Allah untuk aku. Dan aku juga husnuzon yang segala perbuatan dia dulu sebab aku yang salah, b****h tak cerdik macam orang lain. Tak apa lah. Nak break the cycle ni susah weh.
Abang aku pun cakap yang dia tak nak jadi macam bapak aku. Tapi bila dia marah dengan anak dia, tangan hinggap di muka dan badan macam yang dia kena dulu. Hmmm. Begitulah sampai abang jamil mampus.
Malu nak mengaku, tapi aku pun ada ciri tu. Umur aku dah nak masuk 30 tapi aku tak kahwin sebab takut. Takut dapat suami abusive dan takut aku jadi mak yang abusive. Maka, aku decide untuk tak kahwin dan tak ada keturunan. Rasa nak kahwin tu meninggal dunia.
Perempuan kalau nak kahwin dengan lelaki yang baran, fikir banyak kali ya sayang. Fikir diri sendiri, anak, fikir masa depan. Jangan nak fikir sayang dan cinta, mende tu tak lama pun. Dan lagi 1, jangan rasa awak mampu ubah lelaki untuk jadi tak baran sebab tu semua fantasi.
Ku sangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari. Allah jemput mak aku pergi dulu. Gelap dunia. Aku decide untuk berhenti kerja dan balik teman ayah aku la kononnya.
Tapi lepas setahun lebih, aku rasa pulang ke kampung halaman adalah satu keputusan yang salah. Aku ingat lepas mak aku tak ada, dia cuba la nak berbaik dengan anak dia memandangkan aku dan adik belum berkahwin.
Mimpi jela. Aku hampir hilang sabar dengan perangai ego ayah aku. Kena pula sejak dah makin dewasa ni mulut aku pun tak nak kalah. Ada je yang aku nak melawan. Dendam sebab dulu kecik2 tak berani. Pecah muka kang kena belasah.
Sejak usia lanjut ni, dia dah tak pukul anak. Tapi ego dia yang tinggi melangit dan kata kata yang selalu mengguris hati. Pedih. Aku lagi rela kena pukul dari dengar kata kata yang menyakitkan hati.
Antara anak dengan dia, ego di tengah. Tak pernah cuba nak berkasih sayang. Kadang aku diam sebab fikir tak nak jadi anak derhaka. Kang jadi anak derhaka, tak sampai pulak doa untuk mak aku dekat alam sana.
Bila aku kena marah, aku diam. Tapi bila adik aku kena marah, aku melawan. Sebab adik aku dari kecil sampai besar, tak pernah melawan. Tabah betul budak tu.
Aku tak sabar nak tunggu Malaysia ni bebas covid. Nak pindah jauh. Bila dekat ni, serba serbi tak kena. Tu yang rajin sangat aku menaip dekat sini. Tak tahu nak meluah pada siapa. Pada kawan, mestilah tidak. Aib keluarga.
Pada adik beradik, makin sakit hati dibuatnya. Diorang semua dah berkeluarga,balik sekali sekala. Tak duduk serumah jadi diorang tak rasa apa yang aku rasa. Jadi aku lah yang jahat sebab tak boleh bersabar dengan karenah ayah yang dah tua. Ya. Aku yang salah.
Untuk adik anonymous, akak nasihatkan awak belajar dan kerjalah jauh dari rumah. Jangan lupa untuk balik jenguk dan telefon untuk tanya khabar. Bila sentiasa ada depan mata, yang elok pun jadi buruk. Lebih lebih lagi bila terkenang perbuatan dia yang melukakan hati kita.
Selagi akal masih waras, iman masih didada, aku sentiasa ingatkan diri yang redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Bersabarlah wahai hati.
Sementara masih bernafas, aku akan terus bersabar dan sentiasa berdoa untuk dipinjamkan kekuatan untuk menghadapi ujian Allah ini. Sebab aku tak tahu bila dan siapa yang akan pergi dulu. Mungkin aku, mungkin ayah.
Hari hari aku akan cuba recall kebaikan yang dia buat dan cuba untuk melupakan keburukan dia. Aku anggap itu adalah khilaf dia sebagai seorang ayah dan aku harap jika aku ada anak, anak aku akan memaafkan segala ketidaksempurnaan diri aku sebagai seorang ibu.
Aku doakan kita semua dilembutkan hati dan dijauhkan dari sifat amarah dan panas baran.
Assalamualaikum.
– Miss Hot FM (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit