Assalamualaikum pembuka bicara. Nama diberi Aimi, kisah hidup aku ni lebih kepada saudara yang mudah menyalahkan orang lain dan seolah-olah dia mangsa keadaan bila aku menegakkan kebenaran.
Permulaan cerita ni,
Cerita dia bermula dari aku kecil, aku mempunyai 2 orang abang dari 7 beradik dan alhamdulillah semua adik beradik kami berjaya dan bergaji besar, yang bongsu dengan atas dia sahaja tengah lanjutkan pelajaran, insyaAllah berjaya, doakan yaa (sejuk perut mak memgandung hehehe).
Al kisahnya, 2 orang abang aku ni jenis introvert, bercakap hanya perlu, kalau orang tak puas hati dengan dorang, dorang hanya senyum dan lepas tu buat tak tahu. Abang aku jenis, tak suka block saja, tak yah banyak cerita.
Lain pula dengan aku yang kecoh sikit, semua benda nak post (lebih kepada aktiviti harian aku yang nampak seronok lah).
Saudara mara aku memang sentiasa cemburu dengan setiap kejayaan yang kami adik beradik miliki, *nampak sangat weyh*. Belajar sampai master dan degree tapi kejayaan tu hanya kami pamerkan bila dah dapat hasil. Faham tak?
Contohnya macam abang2 aku, hanya tunjukkan segulung ijazah bila dia dah berjaya, dah konvo, susah senang dia belajar, nak cari duit lagi, hanya kami keluarga dia sahaja yang tahu..
Saudara mara kami tak tahu. Tapi yang aku peliknya, mana dorang ni dapat modal nak cari kesalahan abang2 aku, kononnya belajar pandai2 buat apa, bukannya bantu mak ayah cari duit, tahu nak habiskan duit je.
Aku kadang nak balas je balik, tapi bang long aku tu dah gaya macam Jalil sikit (cerita korban kasih tu), balas keburukan orang dengan kasih sayang, mana tahu Allah balas kesabaran kita. Tak pun kalau tak tahan nak marah, keluar dari kelompok tu, pergi jauh2 tenangkan hati dan fikiran dulu.
Sehinggalah tiba masa kami ni masing2 dah kawin, lambat sikit lah kami ni kahwin, dalam umur 30an ke atas. Sebab masa ni kami ni baru stabil.
Saudara aku ni jenis nak kenenkan anak2 dorang kat kami adik beradik, tapi jodoh kami semua lebih kepada orang luar (bukan saudara), berbagai negeri, kelantan, kedah, sarawak, selangor, kuala lumpur sebab kami ni jenis tak nak kalau ada masalah di kemudian hari,
Contohnya kalau lah kami laki bini bergaduh nanti rosak persaudaraan, aaa gittew.. Sebab masing2 tahu kan, nak dapat sebuah kejayaan perlukan pengorbanan yang tinggi, banyak perasaan kena jaga, kadang2 nak luangkan masa untuk diri sendiri pun tak lepas.
Lagipun kawin bukan saudara ni kembangkan lagi jalur keturunan. Betul ke ehh ayat aku hahaha.
Abang2 aku tak pernah lupakan tanggungjawab dorang terhadap mak ayah aku, tiap bulan hantar duit, selalu bagi hadiah, cuma dorang buat tu dibelakang tabir, tak pernah nak post dekat media sos**l. Ni sis respect, aku social media ni yang lemah, sebab kerja aku pun berkaitan social media hahaha.
Tapi, entah dari mana silapnya, tetiba saudara2 aku ni, pergi merungut kat aku, bang ngah kau ni nama je pangkat besar, gaji besar, tapi lebihkan isteri dari mak kau, patutlah tak dikurniakan zuriat (ni bang ngah aku).
Bang long kau tu tiap tahun pergi bercuti, ingatkan dia sedekah jangan lupa, tolong saudara2 dia yang susah kat kampung tu.. Aku be like, pehal doh manusia2 ni, nak sesuatu, usaha lah, takkan nak sedekah pun up dekat social media?? Nak buat anak pun up kat social media??
Alhamdulillah guys, bang ngah aku dah ada zuriat sendiri, anak pertama dia amik anak angkat, sopan budaknya, alhamdulillah masih sekolah rendah, tapi adap sopan memang tiptop, anak kedua kembar seiras lelaki.. Comel, gebu2..
Tapi kak ipar aku tak boleh mengandung lagi dah lepas bersalin si kembar, aku tak tahu sangat kenapa, tapi untuk selamatkan si ibu, tapi apa2 pun keluarga dorang bahagia. Alhamdulillah, terbaik kau bang ngah.
Tentang mak ayah aku pula, insan comel ni jenis bekerja sebab orang zaman dulu jenis tak reti duduk diam, dia yang nak bekerja walaupun kami2 ni dah suruh dia duduk berumah berehat.
Dia kata kalau duduk rumah, nanti saudara datang cari dia nak gosip, jadi dorang bekerja sikit selagi sihat, kurang sikit dosa nak mengumpat orang saja hari2 hahaha. Mak ayah bilalah nak berubah.
Sampailah satu tahap aku sendiri yang dah sakit hati, aku balas lah sakit hati aku ni melalui story instagram, salah aku yang ini sebab aku tak dapat tahan nafsu amarah aku.
Aku up stories instagram aku happy sepanjang aku dah berjaya ni, dapat bersama keluarga relax, diberi kesempatan peluk cium mak ayah, sebab zaman aku study dulu dan zaman aku struggle kerja nak stabil, jarang aku jumpa mak ayah aku :(
Azam aku nak bercuti sama2 dengan keluarga tercapai, solat berjemaah dengan keluarga aku.. Aku kongsi sebab aku rasa gembira, jadi aku nak sebarkan kebahagian tu biar dijadikan azam untuk anak2 muda.
Ehh tiba2 saudara aku (ni aku namakan Sofia) screenshot post saudara aku yang lagi satu (ni Fiza), kata aku riak aku takbur, hipokrit sebab pamerkan kebahagian aku, acah2 bahagia. Aku cari post dia, tak jumpa bermakna dia hide kan aku.. Ni lah bahana social media.. Banyak baiknya dari keburukannya..
Lepas tu aku up story dekat instagram aku cakap, selama ni hanya sebab kami sekeluarga tau peritnya nak capai ke tahap ni,
Kami tak pernah merungut, mengadu kesusahan yang kami rasa selama ni dekat orang, tak bermaksud kami ni tak pernah susah, jauh dari agama, tak bersedekah dan macam2 lagi. Aku bela abang2 aku, aku bela kakak2 ipar aku.
Dan aku cakap aku nak keluar dari toxic relationship yang aku hadapi dengan saudara2 aku selama ni, aku hidup tak ada saudara pun tak apa janji family aku utuh aku dah cukup bahagia.
Aku cuba buat saudara aku Fiza yang batu api ni je yg seen, ehh betul2 seen dan saudara aku yang aku dah anggap dia macam saudara kandung selama ni, Mia jadi salah sangka (mesti Fiza ni buka mesyuarat tepi tingkat, gosip2, berita panas, kalau tak jiran sebelah nak dikongsi, cari lah orang yang boleh panas sama2 aaaa gittew)..
Permulaan tu aku yang salah, sebab aku post benda macam tu, aku post yang buatkan saudara mara aku terasa hati, sebab aku tekankan, kalau nak sesuatu usaha bukan tahu iri hati dengan orang sahaja.
Tetiba Mia ni play victim, cakap selama ni aku tak ikhlas bersaudara dengan dia, cakap aku kacang lupakan kulit, cakap kononnya walau terguris hati macam mana pun, kau masih boleh adaptasi dengan persekitaran dan kau mesti hati kering dan sentiasa ceria walau orang tak suka kau..
Aku dah hadap dia dari kecil, dia yang suka perli orang tak fikir pula, ini tak kena itu tak kena.. Cemburu bila abang aku belikan isteri dia barang mahal2 (aku tak tahu macam mana tajam mata dorang ni tajam dapat tahu baju mahal ke tidak, aku tengok sama saja).
Lepas tu dia kata kalau aku nak putuskan persaudaraan sila kan, dia rela.
Dan akhirnya bertahun aku dah tak berkomunikasi dan beraya di rumah saudara belah mak aku ni, kami adik beradik sahaja beraya,
Dan korang tahu kami masih lagi diburukkan lagi oleh saudara di sana, Sofia sampai meninggal dunia kutu, apa nak buat dengan orang yang suka cari kesalahan kami beradik ni.
Tapi aku tegaskan kat dia, biarlah kami yang buruk sebab kami memang menjauh kan, tak usah dia pulak yang disisihkan, semata mata nak menangkan kami.
Untuk korang di luar sana, belajar selagi mampu dan masih ada azam nak belajar, biarkan sahaja kata tomahan dilemparkan kat kita. Orang cemburu memang ada sahaja salah kita di mata mereka. Buktikan dengan kejayaan dan hidup senang.
Dan jangan lupa sentiasa berdoa pada Allah agar kita sentiasa di bawah redhaNya dan diberi rezeki yang berkah dan halal. InsyaAllah.
– Aimi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit