Dahaga Kasih Sayang Seorang Ayah

Assalamualaikum.. Aku tak tahu lah coretan aku terima ke tak. Sebab dah beberapa kali juga aku cuba hantar tapi tak approve.. Aku tertarik nak tulis tentang ayah lepas aku baca kisah, (https://iiumc.com/pretending-to-be-tough/).

Awak mangsa penceraian. Perbezaan antara kita, mak ayah saya tak bercerai. Tapi saya tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah.

Sebagai mana ayah ayah yang lain akan tanya keadaan anak. Bergurau dengan anak. Tapi saya tidak. Ayah berkahwin sudah 4x. Bercerai 2x. Dan mak saya isteri ke2. Isteri ke3 dan ke4 dah cerai.

Namun baru tahun lepas ayah saya kawen lagi. Dan tika itu lagi lah tanggungjwb ayah seolah ayah lupa. Ayah dah tak Pulang rumah. Buka puasa pun dah tak brbuka dengan kami sekeluarga.. Dah tiada potret gambar bersama ayah.

Ayah saya sangat garang dan tegas. Saya tak pernah bersembang mesra dengan ayah. Jika berselisihan, sangat janggal rasanya seperti orang asing. Kadang2 saya sedih sendirian. Lagi lagi me lihat orang yang rapat dengan ayah.

Saya rindu ayah. Tapi saya tak mampu. Ayah saya ego nya tinggi. Saya sayang ayah. Tapi kadangkala saya lihat ayah tak ambil peduli langsung tentang kami anak beranak.. Baru2 ini saya mesej tanya khabar pun tak berbalas sedang kan ayah bluetick.

Senang Cerita, saya juga tak merasa ayah yang sebenarnya macam mana. Dari kecil lagi. Jika makan, kena diam. Tak boleh bersembang.

Jika di dalam kereta Juga begitu. Kena diam tak boleh bersembang. Nanti kena marah dengan ayah. Hanya berbisik di antara kami adik beradik di belakang.

Itupun kalau ayah tak dengar. Kalau ayah dengar walau berbisik, tetap kena marah. Takut ganggu konsentrasi dalam terhad pemandu katanya. Jadi jika 4 jam perjalanan, 4jam tu diam sahaja lah.

Ketika kecil ayah marah pakai seluar jeans sehingga dibakar seluar jeans. Sedangkan ketika itu baru berusia 6 tahun dan seluar itu juga preloved dari sepupu. Ayah tak izin masuk rumah dan londeh depan rumah juga selagi pakai seluar jeans tu dan bakar depan saya smbil marah2.

Saya rasa asing sangat dengan ayah sendiri. Kerana ayah lah, keluarga kami seolah terikut dengan perangai ayah.. Ada yang baran, buat hal masing2 dan semestinya dengan adik beradik pun kekok. Terasa macam orang asing.

Bayangkan berkumpul makan. Adik beradik hanya diam. Tiada gelak ketawa mahu pun gurau senda.

Bila ayah mula kawen baru, Ayah lupa akan tanggungjwb. Duit juga sudah jarang2 hulur. Makan apa yang ada dirumah. Alhamdulillah masih dapat makan. Mak pula tengah tak sihat. Ada gout, kencing manis dan darah tinggi. Jadi ubat mak sahaja dah berapa kosnya. Kesian mak.

Saya dah berkahwin dan hnya surirumah. Tak mampu nak belikan ubat yang mahal untuk mak. Ubat tu jenama biolingzhi search di fb. Alhamdulillah serasi dengan mak. Bagus untuk penyakit mak ni. Menunjukkan perkembangan yang positif.

Ayah hanya dengan isteri baru sekarang. Mak hebat. Sangat hebat. Izin je ayah kawen lain. Sedih bila tak pernah rasa kasih sayang sorang ayah.

Mujur lah alhamdulillah saya dapat ayah mertua yang penyayang. Keluarga mertua yang baik hati. Tak pernah saya rasa erti keluarga yang sebenar. Tapi dengan keluarga mertua saya rasa semuanya. Adik beradik yang ceria, selalu berkumpul.

Bila berkumpul selalu Bergurau senda gelak ketawa. Tak rasa seperti keluarga mertua. Terasa seperti benar2 keluarga kandung. Dari ipar, biras, semuanya. Bila keluarga saya sendiri, terasa asing pula. Sangat berbeza. Terbalik pula kan. Hahaha.

Apa pun semoga kita sentiasa doakan untuk ayah ibu kita. Walau mereka macam tu kita doakan yang terbaik semoga mereka cepat2 sedar akan anak mereka ni. Jangan lupa doakan untuk mak ayah kita selalu.

Ya Allah. Sayangilah ibu bapaku seperti mana mereka mengasihi kami dari kecil. :’) walau kita tak merasa lagi, kita doa moga kita dapat juga merasa one day.

Salam kasih sayang dari seorang anak, Wahai ayahku.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *