Asalamualaikum, Selamat Hari Raya. Okey, aku hari nie, rindu pula dekat nenek, jadi mari aku cerita tentang nenek dekat korang. Nenek ada 4 orang anak dan berbelas cucu.
Rumah Pak Long di Johor, jadi nenek jarang ke sana, manakala rumah aku, pak ngah dan pak teh di pahang. Nenek ada tiga anak lelaki sorang perempuan.
Rumah aku dengan pak Ngah dekat, rumah 8 minit je, kalau naik kereta, jadi nenek selalu tukar rumah aku dan rumah pak ngah. Aku anak tunggal, begitu juga anak pak ngah. Anak pak Teh ada 6 orang, anak pak long ada 4 orang.
Nenek duduk rumah aku berbulan bulan, kalau dia rasa nak duduk, duduk lah nek, sebab kalau dia bosan dia pergi rumah orang lain pula.
Nenek dah dekat umur 80, tapi serius cakap nenek masih kuat, mengaji tak pakai cermin mata pun. Nenek kata nenek doa daripada muda biar mata terang dan jelas dapat baca quran sampai tua.
Kalau nenek ada ini rutin aku,
1) Berebut bilik air.
‘Nekkkkkk, orang nak masuk bilik air nie, nenek nak pergi dulu tak?’
‘Tak’
Bila aku tengah mandi
‘cucu oh cucu ko lama lagi ke haa, nenek nak masuk’
‘Tapi nek tadi orang tanye, nenek kata tak nak’
‘dah tua macam nie lah, cepattt’
‘5 minit’ laung aku.
Boleh kata setiap kali mandi, itulah nenek.
2) Bergaduh dengan nenek.
Memandangkan aku je cucu nenek tak kerja, duduk saja, aku pergilah belajar tajwid(mak aku suruh).
Nanti nenek tak faham, dia suruh aku ajar dia, ye stail aku ajar, garang sikit, aku bukan cucu yang lemah lembut, tapi yeah nenek faham pula aku ajar.
Tapi kadang tu nak marah juga, yelah kau tengah baca buku, layan movie, nenek datang bawa buku dia
‘ajar nenek sekarang’
‘kejap lagi lah’
‘janji?’
‘ye, nanti, eh nak habiskan nie’
‘betul nie?’
Sambil duduk menanti, akhirnya
‘yelah orang ajar sekarang, 1 je eh orang ajar’
Dan nenek suka cerita bab nenek moyang, yang mana aku tak suka dengar, aku jenis orang tak suka bercakap sebenarnya, karang nenek dah ulang lebih 4 kali aku potong lah.
‘nenek dah cerita dah nekk, hari tu’
‘biarlah nak cerita juga’
‘tepuk dahi’
3) Memilih makan.
Nenek, biasalah nak makan ikut piramid makanan, yang mana rumah aku kadang tak ada sayur pun, kalau tak cukup apa dia nak, dia termenung lah depan makanan.
‘makan lah nek, nie je sedap apa mama masak’
‘tapi tak ada selera’ (mak aku dah sterss masak macam macam)
‘uish kalau tak ada selera, biar orang jelah makan untuk nenek, nenek tak yah makan, nanti lapar baru makan okey?’ Pergi tengok Tv dulu.
‘yelah, nenek makan sekarang’
*habis 1 pinggan
Kadang kau nak pujuk orang tua makan, kena macam budak budak.
Tapi kalau nenek aku nak makan, dan aku tengah tidur,
‘bangun lah, bangun’
‘kenapa nek, mengantuk’
‘bangun teman nenek makan, nenek lapar’
Ku redo jelah nenek, untuk mu.
4) Mengaji.
Nenek memang seorang yang suka sangat mengaji, sehari, berhelai helai, tapi masalahnya, bila aku tidur tengahari, nenek mengaji kuat kuat(serius kuat dari biasa) , dan kau akan rasa
‘nekk, cucu hidup lagi, baca macam biasa sudahlah’
Dan dia akan behenti bila kau bangun, dan cakap, ‘okey dah bangun, jom teman nenek tengok tv jom’
Pula dah.
5) Membebel.
Okey jujur, kalau cucu lain layankan aja nenek, tapi aku tak, kalau aku rasa bende tu tak patut aku membebel lah, serius kadang aku rasa berdosa tau tak, tapi kalau nak marah autom4tik aku membebel.
Mahu tak rasa nak membebel pukul 12 malam dia ajak sembang sebab dia tak boleh tidur. Haruslah cucu dia membebel
Tapi masa nenek pergi rumah orang lain 2 hari, lepas tu balik semula rumah aku dan cakap
‘RINDU LAH PULA NAK DENGAR MU MEMBEBEL, TAK SUNYI, PERGI RUMAH PAK TEH, SEMUA CUCU SIBUK DENGAN TELEFON JE’
Eh eh dia boleh rindu, aku membebel dekat dia.
6) Nenek cintakan Ilmu.
Ye, nenek gemar membaca, tapi tak lama kalau tulisan bahasa melayu, tak nampak sangat, kadang aku lah yang baca kuat kuat dan terangkan balik dekat nenek. Serius part nie aku kagum.
Tapi seronok bila nenek ada sebab kalau nenek nak solat sunat, mesti nenek tanya nak suruh nenek doa apa apa tak… Ikutkan hati, nak suruh doa pasal jodoh yelah dah 23 bercinta pun tak pernah hahahaha, tapi malu, aku minta doakan aku dapat kerja je.
Tapi tulah masalah nenek, semua orang dia jumpa, kalau aku teman mesti dia cerita dekat semua orang, ‘alah tengok je pendiam nie, dekat rumah suka membebel, lepastu berebut bilik air’
Huh cucu redo lah nenek..
Sebenarnya, nak layan orang tua, tak mudah tapi bayangkan jelah kau layan diri sendiri tapi nenek versi kau yang dah tua.. layan lah dengan baik.
Maaf kalau ada tersalah, terkurang dalam ejaan kali nie.
– Cucu nakal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit